Thursday 13 September 2012

Wayang Di Dalam Tab Air Panas Di London



Seperti yang kami sudah maklumkan didalam entri sebelum ini, kami di Blogserius amat minat menonton filem. Sambil buat kerja monitor kedua kami selalunya memainkan filem untuk kami enjoice. Hari ini kami menonton Pat Tillman Story sebuah dokumentari yang menarik! Biasanya kami menonton sambil bebaring diatas katil. Tetapi alangkah best kalau boleh nonton filem dengan cara yang lebih unik dan bawse?

Di Malaysia kini sudah ada premium class cinema yang menawarkan seat yang lebih besar, boleh sandar dan perkhidmatan makanan dihantar terus ke kerusi anda. Kami rasa GSC One Utama ada wayang sebegini. Kami tak pernah try tapi orang kata agak bawse juga walaupun harga tiket mencecah RM60 sekepala.

Di London ada Hot Tub Cinema dimana anda menonton filem dari dalam tab air panas. Hot Tub Cinema ialah wayang yang muncul setiap September di atas bumbung apartment di London. Ianya bermula sebagai sebuah parti peribadi dan kerana kepopularannya ianya kini menjadi acara tahunan. Anda boleh nonton wayang sambil berendam dengan awek dan makan apa sahaja anda hendak. Tidak terhad kepada hotdog, popcorn dan air gula pada harga lebih mahal dari Tesco. Tahun ini ianya diadakan di Hackney London. Nampak macam sebuah pengalaman menonton filem yang menarik dan unik. Sesiapa di London boleh lawat laman sesawang HotTubCinema untuk booking ticket anda. Harapannya mereka akan menayangkan Hot Tub Time Machine!






Laporan asal HotTubCinema

No comments:

Post a Comment

Popular Posts