Wednesday 28 November 2012

Kucing Ini Pakai Cermin Mata, Mengapa?


JOM KREATIF
KUCING pakai cermin mata! Mengapa? 
Bererti kita boleh berjimna-jinak dan main-main dengan kucing. Tidak ada apa-apa penyakit berbahaya!











Hadith-Hadith, berupa panduan Islam mengenai kucing.


Antaranya..
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan, bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya, lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lalu ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
 
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang jinak rumahan),
(HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
 

Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.  Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.  Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk.
 

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
 

Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
 

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”.
 

Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing,
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


Rasul Muhammad SAW telah memberitahu hal ini sejak 1500 tahun yang lalu, hanya kini baru ditemui oleh para ilmuan. Lihat kajian-kajian ini..


Kajian Yang Dijalankan..

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter 
yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa. 


Yakni yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen 
pembersih di dalam tubuh kucing

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme. 
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Itulah istimewaya kucing, sehingga ia dijadikan binatang peliharaan yang jinak.  Sehingga lekat gelaran seorang sahabat Nabi SAW yang meminati kucing bernama Abu Hurairah periwayat hadis terkenal, ertinya 'bapa si anak kucing'!


NgomongOpoo's Avatar

Monday 26 November 2012

Pencacai UMNO mengganas lagi!! Billboard Keadilan pula menjadi mangsa




Bukan disebabkan dipukul ribut 'billboard' turunkan harga minyak yang didirikan oleh KeAdilan ini tumbang menyembah bumi, tapi kerana keganasan yang timbul akibat ketakutan oleh UMNO terhadapnya.


Bukan disebabkan dipukul ribut 'billboard' turunkan harga minyak yang didirikan oleh KeAdilan ini tumbang menyembah bumi, tapi kerana keganasan yang timbul akibat ketakutan oleh UMNO terhadapnya.

Billboard "Harga Minyak Turun" yang telah didirikan oleh pihak KeAdilan di KM383, Lebuhraya Utara Selatan ini didirikan sebagai medium untuk menyampaikan kepada rakyat antara agenda Pakatan Rakyat andaikata berjaya ke Putrajaya telah menjadi mangsa samseng upahan UMNO.


Ini terbukti dengan kesan potongan menggunakan "Dics Grinder" pada ditiang billboard tersebut.



Apa yang mereka takut dengan 'Billboard" ini agaknya hingga mereka mengambil tindakan untuk merobohkannya?

Adakah mereka yakin dengan tindakan mereka ini, mereka berjaya menghalang agenda Pakatan Rakyat diketahui oleh rakyat?



Apa yang terbukti dari tindakan mereka ini ialah, mereka sebenarnya kini dalam ketakutan yang amat sangat hinggakan 'billboard' yang tidak bernyawa itupun menjadi sasaran mereka.

Ketakutan mereka kini umpama seekor biawak yang dikepung, merasakan nyawanya terancam ianya akan melanggar apa saja ynag mengepungnya biarpun ianya adalah tiang sekalipun..

Lagi gambar sila lihat di ( SINI )

Pencacai UMNO mengganas lagi!! Billboard Keadilan pula menjadi mangsa
Posted on Monday, November 26 @ 00:37:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita

Pengenalan Kepada AL-QASSAM!



Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam, sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
 
 
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984. Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.
 
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.
 
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
 
"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.
 
Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.
 
SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH
[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.
 
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.
 
Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
 
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.
 
Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
 
Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!
 
Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!
 mazeermohamad.blogspot.

Beza Komuter Malaysia Dengan Negara Arab


Suasana dalam komuter di Malaysia
VS
 
 
Suasana dalam komuter di Arab
Suara13: Mudah-mudahan diberi petunjuk dan hidayah pada diriku..

Tokoh Penterjemah Al-Quran Ke Bahasa Jepun



Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.

Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.

Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab.

Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.

Tidak dapat saya pastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam. Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS.

Imam Shumei Okawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.

Beliau telah dituduhkan sebagi seorang yang mengalami ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah hospital mental yang terkenal.

Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shumei Okawa pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama.

Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.

Subhanallah, Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al Qur’an di Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an hasil daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.

Semoga Allah mengurniakan kepadanya Syurga Firdaus al’aala.

Sumber: islamituindah.my
Sumber Asal: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Wednesday 21 November 2012

Akhirnya ahli Umno ini memohon maaf kerana ketelanjurannya


Blog batuvskayu.blogspot.com

Akhirnya Haji Alfaiezeen minta maaf secara terbuka setelah menghina ulama dan ahli Pas serta mempersendakan kalimah syahadah . 

Setelah dikecam dengan hebat dilaman sosial dan blog  Haji Alfaiezeen Hamat terpaksa tunduk dan MEMOHON MAAF kerana keceluparan kata katanya yang menghina ulama serta  mempersendakan kalimah syahadah.





Moga diampun dosa serta di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah kepada Haji Alfaiezeen.

Pepatah melayu ada menyebut telajak perahu boleh di undur tetapi kalau telajak menulis jika tak sempat delete maka ini lah padahnya.

Saya penulis pun tak terlepas dengan perkara  seperti ini. mohon dijauhkan dari Allah. amennnn.









Monday 19 November 2012

LELAKI INDIA YANG BAIK HATI. (SATU CERITA BENAR)


Semalam, saya bersolat Jumaat di masjid Darul Quran. Khatib pada hari semalam, sedap dibacanya. Berkisar kepada cerita-cerita penghinaan terhadap Rasulullah dan agama Islam dan cara kita menanganinya. Bersemangat sungguh khatib berkhutbah semalam.

Semasa solat, hujan turun. Khatib yang berkhutbah berapi-api tadi, membaca surah dalam solat dalam keadaan sungguh mendayu-dayu. Seperti langit pun menangis mendengar bacaan imam. Saya dapat merasai, imam menahan menangis ketika membaca surah. Sayang sekali saya tidak tahu makna surah itu. Jahilnya saya.....

Selesai solat Jumaat, saya terus ke Kuala Kubu Bharu. Ke kedai mamak. Makan nasi. Lapar perut. Makan nasi cara ala nasi kandar. Segala kuah yang ada di kedai mamak itu saya campurkan diatas nasi. Sayur peria goreng, dan lauk, ayam goreng. Pergh,.. memang sedap. Sudahlah hujan turun dengan lebat, kita pula makan sambil mendengar bunyi hujan jatuh menimpa bumi. Memang nostalgia.

Dalam keadaan yang begitu, selepas menyuap nasi 4-5 kali ke dalam mulut, mata saya terpandang seorang manusia. Dia sedang menghisap rokok daun. Berserban. berbaju lusuh. Berseluar lusuh. Dan memakai baju panas hitam. Keadaan dia tidak terurus. Saya pandang tidak lama. Mungkin tidak sampai 3-4 saat. Kemudian saya terus menyambungkan proses kerja memakan nasi saya. Atau lebih tepat, saya buat tak kisah pada insan itu. Dalam hati, 'mamat ni tak betul kot otak dia..'. Itu yang terkeluar dalam hati saya.

Berselang 5 minit saya makan. Mata saya terpandang seorang India yang memasuki kedai mamak itu. Kemudian dia duduk 4 meja didepan saya. Sambil mata berkeliaran mencari pekerja restoran untuk memesan air minuman. Orang yang saya anggap tidak siuman tadi, duduk betul-betul di tepi sebelah India itu. Semasa mamat India itu mengangkat tangan kepada pekerja restoran, mamat yang tak siuman itu pun mengangkat tangan kepada lelaki India itu. Macamlah lelaki India itu menyapanya.

Lelaki India itu memandang lelaki Melayu yang tak berapa betul itu. Lama juga dia memandang lelaki Melayu yang tak betul itu. Kemudian, lelaki India itu bangun, pergi depan mamat tak betul itu, sambil membuat tangan muncung yang ingin masuk ke mulut. Atau lebih tepat, lelaki India itu memberi syarat kepada lelaki Melayu yang tak betul itu, 'dah makan ke belum?'.

Mamat Melayu yang tak betul itu buat muka seposen. Kemudian lelaki India itu memanggil perkerja restoran, dan kemudian memesan air minuman untuk dirinya sendiri dan untuk Melayu yang kurang siuman itu dengan tambahan makanan apa-apa yang Melayu tak betul itu mahu. Saya tidak berapa jelas apa yang lelaki tidak siuman itu berkata, namun apa yang jelas, dia hanya hendak minum sahaja. Maka lelaki India itu pun belanjalah segelas minuman kepada lelaki Melayu yang kurang siuman itu.

Hati saya, tiba-tiba rasa sungguh tersentuh dengan lelaki India itu. Beliau saya lihat secara zahirnya sudah berumur. Mungkin dalam lingkungan akhir 50-an. Kerut wajahnya jelas terpancar beliau seorang yang dahulunya membuat kerja berat. Pakaiannya menunjukkan beliau itu seorang yang ala kadar. Seperti India-india yang ramai di Hulu Selangor, bergaji kerja di estet. Pasti dalam hati saya, melihat ranjau kehidupan lelaki India itu dengan penuh dugaan kesusahan.

India yg berhati mulia.
Namun, hatinya, saya lihat, seperti mengerti kesusahan yang ditimpa lelaki Melayu yang kurang siuman itu. Tidak terlintas langsung saya hendak membelanja lelaki Melayu yang tak siuman itu, tetapi lelaki India yang saya lihat, dirinya sendiri adalah berada pada paras tidak mewah, sanggup membelanja seorang yang beliau tidak kenali. Tidak siuman pula itu.

Sambil makan, hati saya bertekad untuk membelanja kedua-dua insan yang berada didepan mata saya. Namun, ianya tidak kesampaian, kerana, seperti tahu-tahu sahaja lelaki India itu, setelah dapat air pesanannya, beliau terus membayar tempahan beliau. Melepas saya hendak belanja seorang India yang berhati mulia itu......

MEMANG PATUT UMNO DIDOAKAN UTK MAMPOS!

Tragedi Memali dalam kenangan...

Hari ini dalam sejarah Negara Malaysia, 27 tahun dulu pada masa ini (19hb. November, 1985 jam lebih kurang 12:00 am) - Arahan terakhir untuk "Operasi Hapus" diterima. Berlaku kekalutan & pertikaian dipihak PDRM apabila Pasukan dari Sungai Petani enggan menjalankan arahan "Serang & Bunuh" perkampungan Memali kerana Pasukan dari Sungai Petani kenal siapa itu "Ibrahi m Libya"...


Pasukan dari Sungai Petani bersetuju untuk HANYA mengadakan kepungan & sekatan jalanraya & memberi peluang kepada "Ibrahim Libya" menyerah diri & menyelesaikan krisis dalam keadaan aman tanpa berlaku pertumpahan darah...

Berlaku rundingan antara Pasukan dari Sungai Petani dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, walau bagaimanapun, rundingan tersebut telah gagal & Musa Hitam mengekalkan arahan "Serang & Bunuh"... Kata-kataa terakhir Musa Hitam ialah "Teruskan Operasi walau terpaksa menyerang Seluruh Negeri Kedah".

Sumber Topeng Perak..


Adilkah kerajaan UMNO BN sehingga  sekarang, tiada lagi perbicaraan mahkamah untuk waris-waris mangsa menuntut keadilan... 



Sehinggakan, seorang pensyarah adik kepada Assyahid Ibrahim Mahmood, menghantar anak lelakinya menuntut di bidang undang-undang,, mengharapkan anaknya itu apabila habis pengajian menjadi peguam dan akan menuntut kes Memali pada 1985 ke muka pengadilan...

Adilkah UMNO... Kalau pemimpin dan pengikut UMNO masih merasakan mereka benar, PAS tak betul, apakata UMNO pun kumpul pengikut-pengikut panggil ulama UMNO, berdoalah,, buat majlis doa perdana mohon pada Allah seperti mana yang PAS buat.. silakan..

Projecteo : Projektor Mini Untuk Foto Instagram Anda

  Projecteo ialah sebuah projektor mini untuk foto Instagram anda. Projector yang menggunakan lampu LED ini dihasilkan oleh Benjamin Redford, seorang pereka yang berasal dari United Kingdom. Buat masa ini Projecteo masih dalam versi prototaip tetapi jika anda mahukan ia menjadi realiti sila menyokong projek ini di laman sesawang Kickstarter mereka. 


Chef Riz & Ana Dahlia Akhirnya Bercerai

PETALING JAYA: Chef selebriti, Chef Riz mengesahkan telah bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia selepas 11 bulan berkahwin.

Menurut laporan Kosmo! pada Khamis, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, memberitahu penceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman di antara mereka selain turut mengakui perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan turut menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya.

"Ya, saya memang sudah bercerai dan saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas 8 bulan berkenalan dan selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman”, ujarnya.

Chef Riz bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai penceraian berkenaan namun menjelaskan ia berlangsung dalam suasana baik.

Baru-baru ini pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor.

Gosip sebelum ini mengatakan perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu goyah apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.

Bagaimanapun pelakon itu menafikan tuduhan tersebut termasuklah kononnya dia berlaku curang.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz pada 11 Disember 2011.

Dalam pada itu, Chef Riz meminta spekulasi dan gosip mengenai bekas isterinya dihentikan segera dan mengakui masih sayangkan Ana.

Menurut Chef Riz, sekiranya ditakdirkan mereka merujuk kembali sebagai suami isteri dalam tempoh edah selama tiga bulan ini dia akan menerimanya.

Sementara itu, bapanya, Chef Wan redha dengan keputusan anak dan menantunya itu dan telah menasihati mereka sebelum ini supaya mencari jalan penyelesaian terbaik buat rumah tangga mereka.

"Saya menyayangi Ana seperti anak saya sendiri. Sekiranya dalam tempoh tiga bulan edah ini mereka mahu merujuk semula, saya menerima dengan hati yang terbuka.

"Apa pun mereka sudah bercerai dan harap-harap tidak akan ada lagi spekulasi negatif dibuat tentang mereka," jelasnya.MSTAR

Inilah Ferrari Sedan Pertama Di Dunia


Lazimnya, kenderaan berjenama Ferrari sering dikaitkan dengan kereta sport yang hanya mempunyai 2 tempat duduk sahaja..Namun, pada tahun 1965, pihak Ferrari pernah mengeluarkan kereta yang mempunyai 4 tempat duduk dan telah menjadi salah satu kenderaan keluaran mereka yang sesuai untuk perjalanan seisi keluarga..Nak tahu apa rupa kereta tu, meh usha kat bawah ni.. 

Dengan keadaan badan kereta yang penuh dengan karat dan ada bahagian yang sudah mula berkulat, pada pandangan pertama, kita mungkin tidak akan tahu bahawa kenderaan tersebut merupakan kenderaan berjenama Ferrari pertama dengan 4 tempat duduk.

Kereta klasik ini telah berjaya diselamatkan dari sebuah kedai besi buruk dan dianggarkan bernilai £40,000 pada saat ia di lelong nanti. 

Ferrari 330GT 2+2 Berlinetta 1965 ini merupakan kereta pertama keluaran Ferrari yang khusus untuk penggunaan keluarga.

Walaubagaimana pun, para penganalisis barangan antik yakin kenderaan ini masih mampu menarik minat pembeli dan melakukan kerja-kerja membaik pulih.

Rob Hubbard, pakar dalam bidang lelongan di Bonhams Auction House mengatakan kenderaan ini telah dibeli oleh seorang warga Amerika pada tahun 1980an dan semenjak itu, ia tersimpan di dalam garaj dan tidak pernah digunakan lagi.drysheet



McDonalds Menutup 110 Cawangan Di Jepun Kerana Jualan Merudum


Bad Time Bad Taste at McDonalds



Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonalds hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun. Penutupan besar-besaran ini terpaksa dilakukan kerana mereka tidak mampu lagi menanggung kerugian yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. September lalu jumlah jualan menurun sebanyak 2.2% lagi dan penyusutan ini sudah berlarutan sejak gempa bumi besar yang berlaku tahun lalu.

McDolands Jepun menerima banyak saingan dari pengusaha makanan segera lain yang menawarkan menu yang lebih baik. makanan yang lebih bercitarasa tempatan dan pada harga yang lebih murah. Ekonomi yang merudum selepas gempa bumi 2011 pula memburukkan keadaan kerana orang ramai mencari makanan yang lebih murah. Proses pengurangan cawangan ini bukanlah yang terbesar yang pernah dilakukan McDonalds Jepun. Pada tahun 2010, 433 cawangan ditutup bagi mengurangkan kos operasi syarikat. Proses penutupan ini sendiri sahaja akan menelan sebanyak Yen 1.2 billion (RM 45.4 Juta) !

Sungguhpun mengalami pemyusutan jualan, McDonalds berjaya melakukan jualan sebanyak Yen 220.7 billion. Kepada mereka yang gemarkan McDonalds anda tak perlu risau. Untuk memenuhi keperluan pelanggan, rangkaian McDonalds yang menawarkan penghantaran ke rumah akan ditambah dari 17 cawangan kepada 250 cawangan seluruh Jepun

What I find fascinating is the sales of fast foods in DEVELOPED country is decreasing almost all at the same time. In these developed nation the people are starting to eat healthy and McDonalds and its ilk are seen as evil. In Malaysian in the other hand the sales are getting stronger. #LULZ

IN B4 "Sebenarnya Jepun lagi Islam kerana boikot McIsrael!"


Laporan asal Yahoo Japan

Kisah Sahabat – Uwais al-Qarni

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.
Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.


Sumber: Syahirul

Batu Nesan Berbentuk Kemaluan Isterinya


Macam-macam benda pelik berlaku dalam dunia ni.

Itulah yang terjadi kepada pasangan Milena dan Miran Marinkovic dari Serbia.
Kerana takut suaminya akan berkahwin dengan wanita lain, Milena telah membuat satu wasiat yang cukup menggemparkan.

Milena meminta suaminya itu membuat ukiran kemaluannya sendiri di atas batu nisan pusaranya setelah dia meninggal dunia.

Harapannya cuma satu – suaminya itu akan berfikir ‘dua kali’ sekiranya ingin berkahwin lain bila terlihat ‘ukiran’ itu.

” Saya tak mahu awak cari wanita lain bila saya mati. Moga dengan cara ini, awak akan sentiasa ingat pada saya,” katanya dalam surat wasiat tersebut.
Bagi memastikan ukiran tersebut sama 100 peratus dengan ‘bentuk’ yang dimilikinya, Milena telah mengambil foto farajnya sendiri dan diserahkan kepada suaminya.

Setelah bertarung dengan penyakit yang dideritainya, Milena pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Dan, bagi memastikan wasiat tersebut dipenuhi, Miran pun mencari pengukir yang dirasakannya mampu untuk merealisasikan permintaan terakhir isterinya itu.
” Sebenarnya duit tak ada masalah, masalah saya hanyalah untuk mencari mereka yang sanggup mengukir gambar kemaluan isteri saya itu di batu nisan,” kata Miran.

Kini batu nesan itu siap sepenuhnya seperti mana yang dirancang.
Ketika ditanya apakah perasaan Miran ketika ini, dia dengan selamba menjawab;

” Saya lega kerana ukiran itu benar-benar ‘serupa’ dengan apa yang dimiliki oleh mendiang isteri saya. Dengan ‘melihatnya’, saya rasa Milena sentiasa berada di samping saya,”. 
Macam-macam hal….(THE SUN uk)mynewshub



Helah tempah cincin tunang


Helah tempah cincin tunang
Gambar kamera litar tertutup menunjukkan lelaki berkenaan sedang berurusan.
Zamzalina Zakaria
Zamzalina Zakaria

ALOR SETAR - Seorang lelaki menggunakan helah menempah cincin tunang untuk menyamun seutas rantai leher jenis kait seberat 11.15 gram ketika berurusan dengan seorang pembantu kedai emas di Jalan Langgar, semalam.

Difahamkan lelaki itu masuk ke premis kedai terbabit sekitar jam 11.55 pagi sebelum bertindak menyamun sebahagian rantai berkenaan dengan membawa lari keluar menuju ke motosikal jenis Honda Wave yang diletakkan kira-kira tiga meter dari kedai itu.


Pembantu kedai, Zamzalina Zakaria, 38, berkata, kejadian berlaku dalam tempoh 10 minit ketika berurusan dengan lelaki berumur 38 tahun itu yang juga pernah menjadi pelanggan kedai terbabit pada 13 November lalu.


Menurutnya, pada bulan lalu lelaki itu datang ke kedai untuk menjual loceng emas dengan harga RM65 dan sewaktu dia datang kedai mereka melayannya seperti biasa kerana pernah berurusan sebelum ini.


“Pada mulanya dia memberitahu mahu menempah cincin tunang dengan menggunakan batu sendiri dan saya menyuruhnya membawa batu berkenaan untuk memudahkan kami membuat anggaran berapa jumlah yang patut dikenakan.


“Selang beberapa minit kemudian, lelaki berkenaan menyuarakan hasrat untuk menukar rantai leher dan gelang kaki milik ibunya dengan seutas rantai anggaran harga lingkungan RM2,500,” katanya kepada media, di sini, semalam.


Zamzalina berkata, dia kemudian membawa keluar rantai itu dari ruang pameran dan apabila ditunjukkan, lelaki itu terus menarik rantai berharga RM2,480 yang masih dipegangnya sehingga terputus.


“Lelaki yang memakai kemeja T berkolar merah dengan mempunyai tattoo di sebelah kanan itu membawa lari rantai setelah melihat salah seorang kakitangan keluar dari pejabat.


“Kebetulan semasa kejadian saya sedang bertugas bersama empat rakan yang lain dan mereka sempat menekan alat penggera keselamatan serta cuba mengejarnya namun tidak berjaya,” katanya.


Katanya, sepanjang lebih dua tahun dia bekerja di kedai yang baru dibuka empat tahun lalu kejadian itu merupakan kali pertama berlaku.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian itu.

Anak tukang cuci dapat 5A UPSR


JITRA - Anak seorang tukang cuci, Ahmad Adli Fais Ahmad Kamal, 12, membuatkan ibunya, Amishah Ahmad, 45, seorang ibu tunggal menitiskan air mata apabila mencatat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
  
Ahmad Adli, anak bongsu daripada tiga beradik itu adalah antara 32 murid Sekolah Kebangsaan Jitra 3 (SKJ 3) yang memperoleh 5A yang diumumkan hari ini.
  
Beliau berkata kejayaannya itu kerana memberi tumpuan semasa guru mengajar di samping bertanya kepada rakan-rakannya.
  
"Saya berharap dapat menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu," kata Ahmad Adli yang bercita-cita menjadi pegawai polis.
  
Sementara itu ibunya, Amishah yang bekerja di sebuah hospital di sini dengan gaji RM550 sebulan melahirkan rasa syukur dengan pencapaian anaknya itu walaupun mereka hidup susah.

"Kesusahan bukan alasan bagi saya untuk tidak memberi pendidikan kepada anak-anak walaupun ada masa saya mengeluh kerana tiada wang namun keluarga saya sentiasa membantu," katanya semasa ditemui di SKJ 3, hari ini.
  
Katanya beliau sentiasa menemankan anak bongsunya itu belajar bagi memastikan dia sentiasa memberi tumpuan.
  
"Semua tiga anak saya diberikan didikan sama. Setiap hari saya berikan kismis sebanyak tujuh biji waktu pagi dan malam. Saya tidak mampu hantar mereka ke pusat tuisyen. Cukuplah dengan apa yang dipelajari di sekolah," katanya.
  
Amishah berkata kejayaan Ahmad Adli juga mungkin didorong oleh kejayaan dua lagi anaknya yang mencatat 5A dalam UPSR. - Bernama

Facebook satukan mempelai bisu

Facebook satukan mempelai bisu
Hasmadi (kiri) tersenyum setelah tangannya dikucup Norazizan sewaktu majlis akad nikah di rumah keluarga pengantin perempuan, Taman Seri Serai, Bagan Serai kelmarin.



BAGAN SERAI - Dilahirkan bisu bukan halangan kepada Hasmadi Hassan, 41, dan pasangannya, Norazizan Masran, 36, untuk menjadikan laman sosial Facebook sebagai medium mengenali hati budi sekali gus hidup bersama melalui ikatan perkahwinan.

Pasangan istimewa itu melangsungkan pernikahan di rumah keluarga pengantin lelaki di Taman Seri Serai kelmarin dengan Hasmadi melafazkan akad nikah menggunakan bahasa isyarat.

Majlis akad nikah disempurnakan jurunikah, Sabri Sabran lebih kurang jam 5 petang sambil disaksikan sanak saudara kedua-dua mempelai.

Pasangan terbabit dipertemukan buat pertama kali sewaktu keluarga Hasmadi datang ke rumah kakak Norazizan di Selinsing, di sini, untuk merisik setahun lalu.

Hasmadi yang berasal dari Kangar, Perlis tidak menyangka perkenalan dengan Norazizan ketika itu melahirkan perasaan mahu mengenali gadis itu secara lebih dekat.

Menurutnya, sikap Norazizan yang lemah lembut membuatkannya terpikat dan kedua-duanya mula cuba mengenali hati budi masing-masing melalui laman sosial Facebook sejak pertemuan itu.

“Luahan rasa hati melalui Facebook menguatkan perasaan cinta dan setiap kali berkomunikasi, saya dapat rasa keserasian yang wujud di antara kami.

“Walaupun kami berdua golongan orang kurang upaya (OKU) tapi saya berharap jodoh kami berpanjangan dan ikatan perkahwinan ini diberkati ALLAH SWT,” katanya menggunakan bahasa isyarat yang diterjemahkan seorang ahli keluarga.

Dalam pada itu, Norazizan berkata, sejak bertemu Hasmadi, dia mula menyimpan perasaan sayang kepada pemuda itu.

“Kali pertama berjumpa, saya rasa bimbang sekiranya keluarga Hasmadi tidak dapat menerima kekurangan diri saya kerana tidak tahu bakal suami juga OKU.

“Bagaimanapun, saya bersyukur pertemuan kali pertama akhirnya membawa ke jinjang pelamin dan berharap dikurniakan sekurang-kurangnya lima cahaya mata,” katanya.

Sementara itu, ibu Hasmadi, Che Rokiah Bakar, 64, berkata, dia tidak menghalang anak istimewanya itu memilih pasangan hidup demi kebahagiaannya.

“Dia juga insan biasa yang memerlukan perhatian daripada seorang wanita bergelar isteri,” katanya.

Bagi kakak sulung, Nor Kamaliya Masran, 41, pula, dia berasa terharu dan bersyukur kerana adiknya bertemu jodoh dengan jejaka sepertinya walaupun jarak perhubungan di antara kedua-dua mempelai begitu jauh.

“Saya berharap Norazizan mencapai kebahagiaan hakiki bersama pasangan hidupnya dan percaya kedua-duanya mampu menempuh cabaran alam perkahwinan dengan tabah,” katanya.

Mengapa Doa Hancurkan UMNO/BN?


Nik Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Haron Din pada hari ketiga Muktamar Tahunan Pas ke-58, hari ini
KOTA BHARU – Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.

Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah. Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.
Raptai Perhimpunan Agung Umno: Tiga ahli Puteri Umno melintasi kain rentang Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini. Raptai perhimpunan diadakan hari ini. - Foto Bernama
“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.

“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pas meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana ALLAH memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, malam kelmarin.

Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan kononnya isu orang Melayu murtad disebabkan oleh paderi Kristian adalah tidak benar kerana ia adalah perbuatan umatnya sendiri yang menolak Islam. Menurutnya, sekiranya seseorang itu menolak Islam atau orang itu jahil maka ia boleh jadi murtad.

“Bila Umno tolak Islam daripada dasarnya, agama apa Umno pakai? Agama Islam berpandukan al-Quran. Jadi dia Kristian ke Buddha ke atau tiada agama?
“Timbulnya isu murtad kononnya paderi Kristian tapi saya nak kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekehkan Islam. Umno tolak Islam maka dia memperlekehkan Isla," katanya.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau menganggap Umno murtad kerana mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata, soal murtad tidak kira siapa, sebaliknya sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad.

Anwar tiada masalah jika Hadi jadi PM




SHAH ALAM, — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak ada masalah jika Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dipilih menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April ini.

 
Ketua pembangkang itu ditanya soalan tentang pandangan beliau tentang kenyataan ahli-ahli PAS yang mahu Datuk Seri Hadi Awang sebagai calon perdana menteri. 
“No problem (tidak ada masalah), kita boleh bincang dengan baik,” kata Anwar selepas berucap dalam Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Industri Selangor (Unisel), hari ini. 
Semalam, wakil daripada Dewan Ulama memberikan kejutan apabila mengemukakan cadangan memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang, sedangkan PR sebelum ini telah sepakat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon mereka. 
Dalam perbahasan dari Dewan Ulama semasa Muktamar Agung PAS ke-58 di Kota Bharu, seorang wakil dari Dewan Ulama berkata, Abdul Hadi adalah calon paling layak untuk menjadi perdana menteri, dan selaku ahli PAS tidak sepatutnya mereka berkempen untuk orang lain menjadi pemimpin. 
“Saya ingin bertanya kepada perwakilan, siapa orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia kalau bukan Tuan Guru Presiden? 
“Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tapi beliau yang paling layak untuk menjadi perdana menteri akan datang, dan kita sebagai anak didik kepada parti Islam tidak sepatutnya kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin,” kata Hairul Nizam dalam ucapannya di Muktamar Agung PAS. 
Anwar tiada masalah untuk berbincang siapa jadi PM jika menang pilihan raya.Sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan dalam Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Unisel, pagi ini. 
Anwar mengkritik sistem universiti yang tidak membenarkan pelajar untuk berfikir. 
“Universiti dikehendaki lebih kurang seperti sekolah menengah. Ruang bicara tidak bebas. 
“Saya masih ingat wacana di universiti, di mana forum dan seminar mengenai pendidikan, ekonomi, kemiskinan tersebar dan memberi ruang kepada mahasiswa dan para akedemik untuk mengupas mengolah cara yang bebas,” kata Anwar dalam ucapannya. 
Anwar juga mengkritik pihak universiti yang sering menghalang beliau dari berucap. 
“Saya tidak dibenarkan masuk ke mana-mana universiti, kecuali Unisel. 
“Kita akan memastikan para pelajar universiti dapat berfikir untuk pencambahan ilmu,” kata Anwar lagi.

Popular Posts