Wednesday 5 September 2012

Sekitar Expo Senjata Di Amerika Syarikat


Bulan September di Malaysia ialah bulan PC Fair. Penggila barangan PC akan berpusu-pusu untik membeli hardware baru untuk komputer mereka pada harg ayang tak lah murah mana. Di Amerika kini sedang musim Gun Fair pula. Kerana kekerapan kes tembak-menembak warga USA berpusu-pusu membeli senjata peribadi bagi mempertahankan diri sendiri. Hak memiliki senjata termaktub di dalam perlembagaan Amerika Syarikat dan ianya diaggap hak mutlak yang tidak boleh dipinda oleh kebanyakkan warga USA. Ianya sesuci hak istimewa bumiputera di Malaysia. Mana-mana ahli politik yang menyentuh isu ini pasti kena bambu dan dituduh unAmerican.

Kami tak pernah pergi ke Gun Fair tetapi jika ada peluang memang kami nak pergi. Dapat tengok senjata-senjata yang menarik seperti Colt 911, M4 Carbine dan senjata kegemaran kami Mp5.





Laporan asal 365 Jilin

No comments:

Post a Comment

Popular Posts