Wednesday 29 August 2012

KEDAH perolehi keatas TERENGGANU



 KEDAH 2 - 1 TERENGGANU

Alhamdulillah! Peningkatan dari segi permainan walaupun perlu diperbaiki dari segi hantaran dan urgency dalam permainan. Fokus perlawanan akan datang kerana kini semua pasukan masih mempunyai peluang sama rata.

Tahniah Khyril! 2 gol cantik dari beliau mengukuhkan lagi reputasi beliau sebagai antara penyerang plorifik Malaysia. Teruskan rentak jaringan KM18!

PULUN KEDAH PULUN!




 
 
 

Kenapa Menteri Taiwan Berkempen Kencing Sambil Duduk?


"Nabi Muhammad SAW mencontohkan umatnya untuk duduk atau mencangkung ketika buang air kecil. Meski bukan seorang muslim, tapi Menteri Alam Sekitar Taiwan, Stephen Shen mencontohi anjuran Rasulullah SAW apabila membuang air kecil dengan cara duduk.
Sang menteri ini telah mengusulkan agar masyarakat Taiwan membuang air kecil dengan cara duduk. Usulan mengikuti sunnah Rasulullah SAW itu khusus untuk para pria yang didapati selalu membuang air kecil dengan berdiri. Badan Perlindungan Alam Sekitar  Taiwan (EPA) mengungkapkan bahawa si Stephen memang selalu duduk bila buang air kecil, baik di rumah ataupun di tandas umum.


Badan itu mengatakan, kebiasaan kencing dengan duduk seperti yang dilakukan perempuan akan menciptakan lingkungan yang lebih bersih. Para pejabat Taiwan mengatakan akan meminta pemerintah daerah memasang tanda di tandas-tandas umum berisi anjuran agar pria duduk bila buang air kecil.

Seperti dipetik Yahoonews.com, anjuran ini adalah sebagian dari kempen kebersihan tandas umum di Taiwan.   Masa ini terdapat lebih kurang 100 ribu tandas umum tersebar di Taiwan. Tandas-tandas tersebut saat ini jauh lebih bersih dibandingkan sebelumnya.  "Namun sejumlah tandas ini  masih berbau hancing karena cipratan air kencing pria," kata EPA.

Nantinya, papan tanda menganjurkan pria membuang air kecil cara duduk akan dipasang di tandas umum di sekolah-sekolah, stesen kereta, bandara, hingga terminal bus. Meski pun cadangan itu baik, terdapat jugak bantahan dan berbeda pendapat hangat muncul di dalam internet.

Mayoritas wanita yang memang terbiasa buang air kecil sembari duduk, mendukung cadangan tersebut. Tapi tak sedikit pria yang menentang lantaran sulit mengubah kebiasaan sejak kecil.

Cadangan membuang air kecil sambil duduk bukan kali pertama dikemukakan.  Sebelumnya sejumlah ahli politik sayap kiri di Sweden juga pernah mengusulkan undang-undang baru yang melarang para pria membuang air kecil sambil berdiri.  Beberapa alasan dan keuntungan dari buang air kecil sambil duduk dihujahkan oleh para politisi tersebut.

Partai sosialis dan feminis di Sweden mendakwa keadaan tandas akan lebih bersih dan nyaman apabila seorang pria duduk ketika buang air kecil. Sebab cara tersebut akan mengurangi genangan air dan baik untuk kesehatan pria. Karena buang air kecil sambil duduk akan mengosongkan kandung kencing yang bisa mengurangi risiko kanser  prostat.
"Kami ingin belajar dari Sweden dan Jepun," kata Pengarah Sanitasi Lingkungan dan Zat Beracun EPA, Yuan Shaw-jing, kepada BBC. "Di Jepang, kami mendengar 30 persen laki-laki buang air kecil sambil duduk."

Tuesday 28 August 2012

Tuntut Hak Telanjang Dada


Kampanye hak telanjang dada di AS  

Scenes from National Go Topless Day 2012 
Kempen Telanjang Dada



New  York: PULUHAN wanita di Amerika Syaerikat (AS) mempamerkan  kempen menuntut hak untuk telanjang dada di seluruh negara. seantero negeri. Tidak ketinggalan, aksi mereka ini mengundang massa berkamera yang siap mengabadikan peristiwa itu.  

Diberitakan Daily Mail, Selasa 28 Ogos 2012, salah satu aksi itu dilakukan di hari Minggu di tengah persimpangan ramai di kota New York. Wanita-wanita tersebut hanya mengenakan seluar pendek dan kasut, tanpa paakaian bahagian atas pusat, menyeruakkan apa yang berada di bawah lehernya.
 
Warga yang melintas langsung ramai memotret, dengan kamera profesional mahupun kamera handphone seadanya. Aksi telanjang dada serupa juga dilakukan oleh lelaki di taman-taman kota, ettapi tidak mendapat liputan massa seperti yang dilakukan aktivis wanita.

Aksi ini dilakukan untuk memperingati 'Hari Telanjang Dada Nasional' oleh National Go Topless Day, sebuah organisasi yang didirikan pada 2007. Aksi ini untuk menuntut hak wanita yang sama dengan lelaki, untuk bebas bertelanjang dada.

Aksi serupa yang tidak kalah banyak mengundang penonton dilakukan di sekitar 30 kota di AS dan 10 negara di dunia. Beberapa wanita membawa poster dan spanduk bertuliskan "Hak Bertelanjang Dada untuk Semua."

"Tidak ada yang salah dengan puting wanita. Saya punya dua, anjing saya enam, tetapi saya boleh dipenjara kerana menunjukkan puting saya. Ini tahun 2012 bung, apa kamu fikir?" kata Karen Heaven, penyelenggara aksi.


Di New York sendiri, perempuan dibenarkan dan tidak melanggar undang-undang ketika bertelanjang dada di hadapan umum, namun peraturan ini berbeda-beda di berbagai negara AS.  Menurut lain sumber.

"Saya akan menunjukkan ini pada beberapa teman dan menghapusnya setelah beberapa hari," kata Rudy Sison, penduduk kota New York yang kebetulan berkunjung ke taman pada Minggu, sambil melihat-lihat foto dan video yang baru ia ambil di telefon bimbitnya.. "Mereka telanjang dada."

Beberapa wanita membawa spanduk bertuliskan, "Hak Telanjang Dada Buat Semua". 

Setelah pidato-pidato, seorang gitaris memimpin kerumuman orang untuk menyanyikan lagu The Beatles' "Let It Be" dan mengganti liriknya dengan "Let 'em breathe" atau 'biarkan mereka bernapas'.(IH)

 



Lepas rindu 59 tahun


BERSATU...Normah (duduk dua dari kiri) ditemani anaknya, Nuraida Mohd Ali (kiri) bersama adik-beradik dan saudara-maranya yang terpisah 59 tahun lalu.
BERSATU...Normah (duduk dua dari kiri) ditemani anaknya, Nuraida Mohd Ali (kiri) bersama adik-beradik dan saudara-maranya yang terpisah 59 tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Selepas 59 tahun terpisah, empat beradik berlainan agama akhirnya bertemu semula dalam suasana penuh emosi, semalam.
Pertemuan Normah Hashim, 59, dengan tiga adik-beradiknya, diatur Biro Pengaduan Awam MCA.

“Saya terpisah daripada keluarga kandung selepas diserahkan kepada suami isteri berbangsa Melayu ketika berusia tiga bulan berikutan kesempitan hidup.
“Arwah ibu bapa angkat memberitahu saya mempunyai kembar dan keluarga kandung berniaga air di tepi jalan di Pekan Kulim, Kedah,” kata Normah.

Beliau berkata, dia cuba mengesan keluarga kandungnya itu sejak 23 tahun lalu sebaik diberitahu arwah bapanya, namun menemui jalan buntu.

Menurutnya, dia gembira usahanya itu menjadi realiti dengan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA.
“Saya bertambah gembira dan terkejut apabila diberitahu yang saya sebenarnya ada seorang adik lelaki kembar,” katanya.

Kakak kedua Normah, Teo Hooi Nai, 63, turut berterima kasih kepada biro berkenaan yang dipengerusikan Datuk Seri Micheal Chong kerana mempertemukan dia dan Normah yang terpisah selama 59 tahun itu.
Katanya, dia dan adik-beradik lain juga pernah cuba mengesan Normah atau nama keluarganya, Teow Hooi Sang menerusi siaran televisyen, namun tiada sebarang khabar diterima.

“Kini, kami sekeluarga telah disatukan dan perasaan kami amat gembira walaupun Normah beragama lain daripada kami.

“Selepas 59 tahun tidak pernah bersua muka, pasti banyak perkara ingin diceritakan antara kami,” kata Hooi Nai.
Artikel ini disiarkan pada : 29/08/2012

Monday 27 August 2012

Fakta : 6 Produk Amerika Yang Bukan Berasal Dari Amerika

Jom kita tengok produk-produk di Amerika yang korang rasa berasal dari Amerika tapi sebenarnya bukan berasal dari Amerika.. kah3.apa pon


1. Bendera Amerika

Bendera Amerika
Menurut laporan daripada Persatuan Pengilang Bendera Amerika, mereka telah mengimport bendera Amerika yang bernilai USD$22 juta daripada tahun 2005 hingga 2009. Majoriti pengilang bendera ini adalah daripada China. Pada tahun 2001, mereka telah mengimport bendera Amerika yang berjumlah USD$51.7 juta termasuk USD$34.8 juta dalam bulan Oktober sahaja.
 
 
 
 

2. Bola Lisut 

Bola Lisut
Lebih 80% pengeluaran bola lisut yang menjadi sukan kegemaran warga Amerika Syarikat berasal dari China dan setiap bola lisut yang digunakan dalam kejohanan Major League Baseball dibuat oleh sebuah kilang yang terletak di Costa Rica. Tambahan pula, setiap bola lisut tersebut dibuat menggunakan tangan dan bukan mesin.

3. Hot Dogs.

Hot Dog
Hot dogs sebenarnya berasal daripada Jerman dan asal-usulnya melibatkan golongan imigran daripada negara Jerman itu sendiri. Menurut fakta, hidangan sosej yang dihimpit dengan roti panjang ini telah wujud di Jerman sejak abad ke-13 lagi. Pada zaman tersebut, ramai yang berpendapat bahawa daging sosej yang digunakan itu diperbuat daripada daging anjing berdasarkan nama yang digunakan iaitu 'hot dogs'. 

4. Kereta Amerika.

Ramai yang menyangka bahawa kereta yang berjenama Ford, GM, dan Chrysler merupakan produk sejati Amerika namun ia terbukti salah kerana model domestiknya diperbuat dari Kanada dan Mexico. Tambahan pula, walaupun kebanyakkan kereta tersebut dibuat di Amerika namun, alat ganti dan aksesorinya dibuat dari luar Amerika Syarikat.

5. Anak Patung.

Anak Patung
Anda sangka anak patung yang berharga USD$100 ke atas dan bernama "American Girl" dibuat 100% di Amerika? Anda salah, kerana semenjak tahun 1980an, anak patung ini telah dibuat di Jerman dan kini di China.

6. The Statue of Liberty.

The Statue of Liberty
Mungkin kebanyakkan anda tahu bahawa patung Statue of Liberty ini merupakan hadiah daripada pihak Perancis kepada pihak Amerika Syarikat. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa setiap ko

Keajaiban Pergerakan Arah Lawan Jam


Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?
Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.
Lihat semua pergerakan ini:
 
 
 
 
 
 
Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.
Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.
Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.
Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.
Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.
Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.
Mengikut artikel “Rahsia Kaabah” yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam.

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.
Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.
Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.
Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a’lam.
Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!
- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -
 ikhwanmencarinurillahi.

Himpunan Gambar Majlis Resepsi Ustaz Don & Husna Di Pulau Pinang

5 Fotografi Cun yang Zam maksudkan~ Semoga ikatan yang disimpul berkekalan hingga ke Jannah! Tahniah sekali lagi untuk Ustaz Don Daniyal & Isteri!

“Barakallahu lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair"


 
 
 
 
 
 



Mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas ?

 
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
 
 
 

"Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari," kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
 
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.

Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.

Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.

Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.

Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.

Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm 'Atlas Haji dan Umrah' dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.

Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.

Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.

Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.

Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melakadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.

Budak ‘otak kalkulator’ Ingin Masuk Universiti

 Budak otak kalkulator ingin masuk universiti,
 Ketika ramai remaja belasan tahun gementar apabila menduduki peperiksaan matematik A Level, Yasha Asley menyifatkannya sebagai amat senang dan dia hanya berusia tujuh tahun.

Kini, kanak-kanak yang berbakat luar biasa itu memperoleh kelulusan tertingggi ketiga peperiksaan A Level, pada usia 10 tahun. 

Yasha, yang didakwa gurunya memiliki ‘otak seperti kalkulator, mencatatkan markah A* dalam subjek Statistik dan berharap untuk memasuki universiti.

Dia sebelum ini lulus subjek Matematik, juga dengan markah A* dan A dalam Matematik Tulen. Dia lulus kedua-dua subjek itu ketika berusia lapan tahun.

Asley menjadi orang paling muda di dunia mendapat gred A dalam Matematik, dengan mencatatkan 100 peratus dan 99 peratus dalam dua daripada enam kertas yang didudukinya dua tahun lalu.

Kanak-kanak dari Leicester itu berkata, dia tidak gementar ketika menduduki peperiksaan kertas Statistik tahun ini.

“Saya membuka kertas soalan, lihat soalan pertama dan mula menulis jawapan.
“Saya tidak gementar. Saya mungkin merasa lebih selesa berbanding pelajar lain,” katanya.

Bapanya, Moussa Asley, warga Iran berusia 49 tahun, membesarkan anaknya sendirian selepas bercerai dengan isteri.

“Ia mengesahkan jangkaan saya. Saya gembira dan bangga.

“Dia langsung tidak bekerja keras. Dia hanya melakukannya pada tahap minimum. Dia memang dilahirkan berbakat,” kata Moussa. - DM

Rasa Cinta Digambarkan Pada Mangga Di Pagar Ini


GAMBAR fail menunjukkan 'mangga cinta' yang terdapat di Jambatan Pont des Arts di Paris pada 4 Oktober 2010. - AFP
PARIS - Pihak berkuasa Dewan Bandar Raya Paris tidak melarang orang ramai meletakkan 'mangga cinta' di beberapa jambatan di Sungai Seine di sini. 'Mangga cinta' itu diletakkan di pagar jambatan atau di tempat awam lain oleh pasangan lelaki dan perempuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.

"Kami membenarkan fenomena itu berdasarkan perasaan kasih sayang," kata jurucakap dewan itu, Damien Steffan kepada agensi berita AFP.

Kebanyakan pasangan itu membuang kunci tersebut tetapi sebahagian lagi menyimpannya untuk anak-anak mereka. Pada mangga itu, tertera kata-kata cinta. Seorang pelancong, Suzan Field dari negeri Nevada, Amerika Syarikat menyatakan, dia dan suaminya meletakkan mangga tersebut di jambatan Pont de l'Archeveche di sini dua tahun lalu. Menurutnya, dia merancang untuk memeriksa mangga itu setiap dua tahun. - Agensi

Tv Islam Pertama Di Rusia


Pemimpin Redaksi Al-RTV, Rustam Arifdzhanov 
Pemimpin Redaksi Al-RTV, Rustam Arifdzhanov (AL-RTV)

KL 21 Ogos 12: Saluran Tv Islam pertama di Rusia, Al-RTV, telah ke udara. Siaran Al-RTV mencakup lapan wilayah Rusia: Bashkortostan, Tatarstan dan enam republik di kawasan Kaukasus Utara. Al-RTV didirikan oleh organisasi Muslim terbesar di Rusia, untuk mempromosikan nilai-nilai agma dan spiritual Islam.

Al-RTV dilancarkan pada hari Minggu kelmarin, bertepatan dengan perayaan Idul Fitri. Saluran tv ini berada di bawah sebuah dewan umum yang mencakup perwakilan dari semua organisasi Islam di Rusia. Pemimpin Redaksi adalah Rustam Arifdzhanov, yang juga merupakan wakil presiden Akademi Eropah-Asia untuk televisyen dan radio Rusia.

"Dari hari pertama kami beroperasi, kami adalah sebagai saluran TV publik," kata Arifdzhanov dalam wawancara dengan berita RIA Novosti.

Biaya saluran tv ini akan disokong oleh sumbangan peribadi dan hibah dari pemerintah. Rencananya, pihak Al-RTV akan memperluas cakupan siaran ke kawasan lain di Rusia.

Dibekal baju kalis peluru


ABDUL Azeez Abdul Rahim menunjukkan antara barang bantuan kemanusiaan Rohingya di pejabat Kelab Putra 1Malaysia, Jalan Kampung Attap Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Rashed Osman (dua kiri). - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seramai 45 sukarelawan yang mengikut Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya Kelab Putera 1Malaysia bakal dibekalkan baju kalis peluru bagi tujuan keselamatan.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, baju kalis peluru itu akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan tentera serta dibawa bersama dalam misi tersebut.
Menurutnya, selain baju kalis peluru, pihaknya turut menyediakan perlindungan insurans ke atas semua sukarelawan termasuk wakil media.
"Kita mengambil berat mengenai keselamatan sukarelawan yang terlibat dalam misi ini dan menyediakan baju kalis peluru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam proses penyaluran bantuan.

Sheikh Australia Syahid Di Syria. Al-hamdulillah!

Sheikh Mustapha Al Majzoub has been killed in Syria.
Sheikh Mustapha Al Majzoub has been killed in Syria.
SEORANG sheikh yang terkenal di Sydney telah terbunuh dalam satu serangan roket di Syria, pengesahan telah dibuat oleh keluarganya di Australia.

Sheikh Mustapha Al Majzoub meninggal dunia Ahad lalu semasa menjalankan kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan di Syria, ujar keluarga itu dalam satu kenyataan, yang turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas sokongan dan mesej takziah.

''Walaupun sekarang adalah masa yang amat mendukacitakan kami kerana kehilangan ahli keluarga yang amat kami sayangi, namun kami amat berbangga kerana Sheikh Al Majzoub meninggal dunia sewaktu melakukan apa yang dia telah lakukan sepanjang hidupnya - berkhidmat kepada masyarakat demi Allah, tanpa memikirkan dirinya sendiri," katanya.

Beliau telah dikebumikan di Syria Isnin lalu dengan majlis pengebumian diketuai oleh abangnya, Sheikh Fedaa Majzoub, satu-satunya warganegara Australia yang menjadi ahli kumpulang pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria, lapor laman web Muslim Village.

Disebabkan kesukaran mengakses maklumat dari Syria, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan masih belum mengesahkan kematian Sheikh Al Majzoub, atau sama ada dia adalah warga Australia pertama yang mati dalam konflik yang berterusan di Syria.

Penghargaan untuk syeikh terkenal ini, yang berketurunan Syria, telah membanjiri laman sosial media sebelum satu perhimpunan yang akan dihadiri oleh keluarganya di Lakemba Selasa lalu. Pusat anti-keganasan New South Wales berkemungkinan besar akan memerhatikan situasi ini, memandangkan potensinya untuk terus memarakkan ketegangan antara masyarakat Sunni dan Syi’ah di Sydney sejak konflik Syria berlaku.

Bekas guru di Unity Grammar School di barat Sydney itu pergi ke Syria atas alasan kemanusiaan Jun lalu. Punca kematiannya masih tidak diketahui apabila berita kematiannya tersebar di Australia di tengah-tengah sambutan Aidilfitri. Beberapa laporan awal menyatakan bahawa Sheikh Al Majzoub mengetuai platun pemberontak di bandar utara Salma apabila dia telah diserang, satu kemungkinan yang ditolak oleh keluarga dan pemimpin komunitinya.

Presiden Persatuan Muslim Lubnan, Samier Dandan, berkata beliau percaya Sheikh al Majzoub menguruskan perbincangan antara pemimpin kumpulan pemberontak yang perlu bekerjasama selepas konflik, dan bukannya terlibat secara langsung dalam sebarang pertempuran.

"Sheikh al Majzoub adalah seorang individu yang berkaliber, maka mereka memerlukannya untuk cuba membina hubungan antara kumpulan pemberontak yang berbeza," katanya.

''Orang seperti beliau, secara jujurnya, jika saya adalah komander tentera, saya tidak akan meletakkan mereka untuk berperang kerana mereka tidak mempunyai apa-apa pengalaman berperang. "

Jurucakap Persatuan Persahabatan Islam Australia (Islamic Friendship Association of Australia), Keysar Trad, yang percaya Sheikh Al Majzoub berada dalam wilayah Latakia pada masa kematiannya, juga menolak kemungkinan beliau terlibat dalam pertempuran, dan menganggap kemungkinan itu sebagai "tidak masuk akal".

"Beberapa roket telah dilancarkan kira-kira 50 kilometer dari bandar beliau menginap oleh tentera rejim Syria, dan malangnya beliau terbunuh dalam serangan rawak yang menghujani bandar tersebut," katanya.

"Seorang lelaki berjubah yang misi hidupnya ialah untuk membawa keamanan dan memenuhi keperluan rohani orang-orang di sekelilingnya telah dibunuh secara kejam oleh rejim Assad yang hampir runtuh."

Mr Dandan berkata Sheikh Al Majzoub dikenali sebagai seorang yang sederhana dalam komunitinya, dan juga dihormati untuk kerja-kerja beliau dengan belia Islam Australia.

"Beliau adalah seorang lelaki yang sayangkan keluarga, seorang bapa yang penyayang. Dia sangat mengambil berat tentang apa yang sedang berlaku di Syria," katanya.

Pada bulan Januari, Sheikh Al Majzoub berucap di satu perhimpunan protes di Bankstown yang menyokong pemberontakan Syria terhadap rejim Bashar al-Assad. Beliau menyatakan tentang keperluan menyokong mereka yang tertindas di seluruh di dunia, khususnya di Syria. Dalam status Facebook terakhir beliau pada 3 Ogos, dia menulis bahawa dia belajar untuk tidak menghukum seseorang melalui kekuatan mereka, "tetapi menghukum seseorang berdasarkan kesabaran mereka di waktu musibah dan di medan perang".

"Saya bertemu dengan saudara-saudara orang Islam di sini yang pada mulanya anda berfikir mereka terlalu pengasih atau lemah (kerana cara mereka melayan orang Islam yang lain), namun di medan perang mereka adalah singa yang mengganas," katanya.

Sheikh Al Majzoub mengajar di Unity Grammar School di Australia, sebuah sekolah Islam, sehingga awal tahun ini. Guru besar sekolah itu, Walid Ali, berkata Syeikh al Majzoub adalah seorang yang komited dalam pengajaran dan terhadap pelajar-pelajar beliau. Pelajar-pelajar bersama-sama kakitangan sekolah itu terkejut dengan berita kematiannya.

"Beliau adalah seorang yang benar-benar periang, sangat komited dalam pengajaran, sangat komited terhadap pelajar-pelajar di bawah jagaan beliau, dan beliau benar-benar seorang contoh teladan yang positif untuk orang lain," katanya. "Kehilangannya akan amat dirasai oleh semua orang yang mengenali beliau."
Link asal
http://www.smh.com.au/nsw/sydney-sheikh-killed-in-syria-reports-20120821-24k0r.html

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mati adalah sesuatu yang telah ditentukan. Cuma cara mati dalam perjuangan, adalah anugerah Allah SWT.untuk ditinggikan darjatnya di akhirat.  Al-hamdulillh!!

Gambar Putera Hary Britian & Wanita Berbogel..


HARRY dikelilingi beberapa wanita di hotel tempat dia menginap  di Las Vegas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
HARRY dikelilingi beberapa wanita di hotel tempat dia menginap di Las Vegas. 
FOTO  (kanan) bogel Harry yang tersebar di Internet.

LONDON: Putera Harry pulang ke Britain semalam selepas tercetusnya berita yang menggemparkan apabila fotonya berparti dalam keadaan bogel bersama seorang wanita yang bertelanjang tersebar di seluruh dunia.

Harry menanggalkan pakaian ketika bermain permainan ‘strip billiards’ selepas dia dan rakannya menjemput sekumpulan wanita dan dibawa memasuki bilik hotel mereka di Vegas.

Satu foto yang diambil dengan mengguna telefon bimbit menunjukkan Harry menutup kemaluannya sambil seorang wanita bogel berdiri di belakangnya. Dalam foto lain, Harry memeluk seorang wanita dari belakang sambil memegang bola snooker. Kedua-duanya dilihat bertelanjang.

Foto kurang sopan itu dipaparkan menerusi ribuan laman web di seluruh dunia, termasuk laman web baru dicipta. Bagaimanapun, Istana St James menghantar surat rasmi kepada akhbar Britian menggesa pengarang tidak menggunakannya dengan berkata foto itu adalah satu bentuk pencerobohan terhadap kehidupan peribadi putera terbabit.

Sumber diraja berkata, Harry, anggota tentera dan juruterbang helikopter Apache hanya cuba ‘menenangkan tekanan’ sebelum kembali bertugas. Dia dijangka dihantar ke Afghanistan hujung tahun ini. Sumber tentera berkata, kepemimpinan tinggi tentera hanya ‘memandang ringan’ mengenai kenakalan Harry itu. Walaupun dia akan diberikan teguran tegas, dia tidak akan berdepan dengan sebarang tindakan disiplin kerana berbuat demikian ketika bercuti.

Foto berkenaan mencetuskan pertikaian mengenai tahap keselamatan putera berusia 27 tahun itu dan peranan pengawal peribadinya.  Pegawai tidak akan mengulas mengenai foto berkenaan dan enam pengawal keselamatan yang melindunginya juga tidak akan disoal.

Harry yang mewakili Ratu Elizabeth pada acara penutup Olimpik berparti di Vegas bersama rakannya di Kolej Eton, Tom Skippy Inskip, 27, dan anak lelaki peniaga senjata yang kaya-raya, Arthur London, 30. Parti bogel dihadiri mereka berlangsung selama 72 jam di Sin City.

Ia berlaku pada malam Sabtu di bilik rakannya, di hotel Wynn yang eksklusif. Seorang daripada rakannya mendedahkan: “Harry dan rakannya memulakan malam mereka dengan makan malam. Kemudian mereka minum arak di bar hotel sebelum bertemu dengan sekumpulan wanita dan mengundang mereka untuk berparti. - TS

Malu Nak Sebut.. Restoran Alat Kelamin


 Antara penis dijadikan santapan.
JOM KREATIF

ADA sebuah restoran di Beijing bernama Gualizhuang. Di restoran ini, anda akan disajikan berbagai menu makanan unik, iaitu penis atau aalat kelamin. Ya, seluruh menu masakan yang ada di restoran ini dibuat dari penis. Bukan penis manusia, tetapi penis dari berbagai macam binatang yang ada.

Banyak orang China mempercayai bahawa alat kelamin binatang dapat meningkatkan keperkasaan untuk lelaki dan memiliki khasiat yang sangat bagus untuk kaum wanita. Sebab itu, sejak di buka di jalan Dongsishitiao tahun 2006 silam, populariti restoran ini dengan cepat menyebar ke seluruh penjuru negera.
Melihat dari menu yang ditawarkan, restoran ini jelas bukan ditujukan kepada seseorang yang hanya sekedar penikmat biasa. Walau mungkin mempunyai kesan menjijikkan, namun cara penyajian yang ditampilkan tidaklah seseram yang dibayangkan. Beberapa menu disajikan dengan tampilan menarik. Dengan nama-nama yang unik, seperti 'Saripati Buddha Emas', 'Burung Phoenix Terbang', atau 'Bunga Melati 1,000 Lapisan'.
 
Alat kelamin yang digunakan pun mulai dari penis lembu, penis kambing, penis kuda hingga penis monyet. Jika anda ingin merasakan khasiat lebih, anda boleh dapatkan menu mentah, macam sushi.
Restoran Guolizhuang didirikan oleh seseorang bernama Guo, Menurut cerita, ia meninggalkan China di tahun 1949 masa perang, dan pindah ke Taiwan, sebelum akhirnya ke Atlanta, Georgia, tempat dimana ia mendalami ubat-ubatan tradisional China.

Tidak sebarang orang masuk ke restoran ini. Pihak restoran melarang remaja di bawah 15 tahun menikmati makanan di tempat ini kerana hormon yang terkandung di dalamnya dapat mempengaruhi pertumbuhan alami mereka. Kebanyakan dari pelanggan adalah kalangan pebisnis dan pegawai kerajaan.






Hampir seluruh menu makanan di tempat ini berharga mahal. Namun diantara semuanya, ada satu menu yang dianggap paling spesial, yakni penis harimau. Untuk menu yang satu ini, pelanggan perlu  bayar lebih dari USD 1,500 dan memesan beberapa bulan sebelumnya. 

Popular Posts