Monday, 24 September 2012

Airport Antarabangsa P Ramlee, Pulau Pinang

Pertandingan mencipta video P.Ramlee sempena Hari Seniman 2012

P.Ramlee
KL 24 Sept 12: Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pulau Pinang agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu.

“Kalau Pulau Pinang boleh berbangga dengan Allayarham Tan Sri P. Ramlee sebagai anak negeri itu, kami keturunan bangsa Aceh Malayisa lebih berbangga lagi, kerana Allahyarhan P Ramlee adalah keturunan dari daerah Perlak negeri Aceh, negara asal kami." Kata Pengrusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM), Tgk Mansur Din (gambar kanan) sewaktu ditemui di sini.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini, mengatakan masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang.


"Menurut cerita 'keluarga jauh'nya yang masih ada di Perlak, ayah P. Ramlee dilahirkan di atas kapal dagang dalam perjaanan dari Kota Raja atau Banda Aceh sekarang ke Pulau Pinang." Jelas Tgk Mansur.


"Kerana itu, lagilah ramai orang yang masih belum  tahu bahawa P. Ramlee itu berasal dari Aceh negara tanah rencung." Kata Tgk Mansur.lagi.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts