Takungan air kuno 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis
RUANG dalam takungan kuno berusia 3,000 tahun yang ditemui di Baitulmuqaddis.
Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.
Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.
Menurut
kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman
pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun
kemudian.
"Penemuan
ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan
sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam,"
kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman
Israel, Tvika Tsuk.
Menurutnya,
tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada
di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini. - Agensi
No comments:
Post a Comment