Monday 10 September 2012

Mapim gerak 350 sukarelawan hantar makanan ke Myanmar

MOHD. Azmi Abdul Hamid (kanan) bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar Flotila to Arakan di Palestinian Organization Malaysia (Pcom) di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) akan menggerakkan seramai 350 sukarelawan bagi membawa 400 tan makanan dan ubat-ubatan ke Myanmar untuk membantu etnik Rohingya yang hidup tertindas di negara itu.
Setiausaha Agung Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, bantuan tersebut dijangka dapat membantu kira-kira 800,000 masyarakat Rohingya yang telah ditindas sejak 1948 lagi.
"Bantuan berupa beras, tepung, gula, minyak masak dan makanan dalam tin serta ubat-ubatan itu dijadual akan dihantar dengan kapal dalam bulan ini juga.
"Sukarelawan terlibat mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari 27 buah negara dan mereka telah mengesahkan untuk mengikuti misi tersebut," katanya pada sidang akhbar Flotila to Arakan di Palestinian Organization Malaysia (Pcom), di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts