Deretan gerai di belakang Arked Niaga Wang Kelian  yang menjual pelbagai produk tiruan dari negara jiran menjadi tumpuan pengunjung. Deretan gerai di belakang Arked Niaga Wang Kelian yang menjual pelbagai produk tiruan dari negara jiran menjadi tumpuan pengunjung.
Alor Setar: Arked niaga di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dikesan menjadi lokasi lambakan pelbagai produk kesihatan, terutama pil perangsang seks dan kosmetik, tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan yang berbahaya kepada pengguna.

Tinjauan BH di Arked Niaga Padang Besar serta Wang Kelian di sempadan Perlis-Thailand mendapati, banyak produk berkenaan termasuk kosmetik dari Thailand dijual, dipercayai kerana permintaan tinggi di kalangan rakyat tempatan.

Produk dijual disempadan


Selain itu, pil perangsang seks yang kononnya mampu memberikan lebih nikmat dan ketahanan ketika berasmara turut dijual walaupun mengundang pelbagai risiko seperti kerosakan organ dalaman penting terutama buah pinggang.


Pelanggan pula ada dari Kuala Lumpur, Melaka dan Johor – sama ada membeli untuk kegunaan sendiri atau secara pukal yang dipercayai mahu dijual kepada pelanggan masing-masing.

Tanpa mereka sedari, penggunaan produk kesihatan atau kosmetik yang tidak diketahui ‘asal-usul’ terutama bahan yang digunakan, boleh menyebabkan komplikasi serius kepada tubuh terutama pengelupasan kulit dan masalah buah pinggang.
Produk tiruan mengandungi racun


Kebanyakan produk perangsang seks tiruan mempunyai racun seperti sildenafil, tadalafil dan steroid. Selain itu, kandungan logam berat dan bahan asing lain yang tinggi boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengguna.

Lebih membimbangkan, produk yang kebanyakannya dibawa masuk dari Thailand, Indonesia dan Filipina walaupun dipantau Kementerian Kesihatan, mudah diperoleh terutama melalui peniaga sekitar kaki lima, pasar malam, kedai runcit, kedai ubat tradisional serta internet.

Ketaksuban kelihatan cantik terutama badan yang kurus, kulit halus atau memulihkan tenaga batin menyebabkan masyarakat gagal memilih produk berdaftar dan selamat digunakan.

Kandungan bahan tertentu dalam produk itu mungkin mampu memberi kesan yang diingini dengan pantas, tetapi ia amat berbahaya kepada kesihatan untuk jangka panjang, malah dalam sesetengah kes kesan sampingan berlaku lebih pantas.