Menggoreng Ayam Dengan Tangan Kosong
Seorang lelaki bernama Kann Trichan mampu mencelupkan tangannya ke dalam minyak yang sedang mendidih untuk menggoreng ayam. Usianya kini mencecah 50-an dan pekerjaan hariannya ialah sebagai penjual ayam goreng di kota Chiang Mai, Thailand.
Aksi
Trichan langsung tidak mendatangkan kecederaan meskipun minyak
tersebut sedang mendidih malahan dia langsung tidak berasa
sakit. Trichan telah memegang rekod dunia menggoreng dengan tangan kosong 20 ketul ayam dalam masa satu minit.
Trichan
semakin terkenal bukan sahaja di Thailand, malah di seluruh dunia. Dia
menceritakan ketika mula mengetahui kebolehan luar biasanya, dia telah
terkena percikan minyak panas namun dia langsung tidak mengalami
sebarang luka atau kecederaan. Sejak itulah dia mempraktikkan
kebolehannya dalam melakukan pekerjaan.
No comments:
Post a Comment