BUENOS AIRES, Argentina - Seorang lelaki, Artin Elmayan menjadi pemain tenis tertua di dunia pada usia 95 tahun.
Dilahirkan
di Armenia, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) menyenaraikan Elmayan
sebagai pemain ranking yang ke-26 dalam kategori pemain tenis berusia
lebih 85 tahun.
Setakat
ini, hanya terdapat 39 lelaki dalam senarai ITF itu dengan tiga
daripada mereka warga Argentina dan cuma Elmayan yang lahir sebelum
tahun 1920.
Pemain
tenis berusia 91 tahun dari Poland, Eugeniusz Czerepaniak merupakan
pemain kedua tertua diikuti pemain Australia berusia 90 tahun, Neville
Halligan.
"Saya biasanya akan bermain menentang pemain berusia 85 tahun kerana tidak ramai yang berumur 90 tahun," kata Elmayan.
Menurutnya, permainan tenis membantu mengurangkan masalah kolesterol dan mengelak tubuh menjadi gemuk. - Reuters
No comments:
Post a Comment