Thursday 13 September 2012

Panduan kenali ciri gay, lesbian disokong kerajaaan

Panduan kenali ciri gay, lesbian disokong k'jaan


 
Menteri Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengabil langkah untuk membetulkan keadaan itu.

Panduan itu menggariskan empat ciri oleh gay dan lesbian:

"Simptom" gay:
  • Mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan
  • Gemar pakaian ketat dan berwarna cerah
  • Tertarik kepada lelaki
  • Suka membawa beg besar, sama seperti yang digunakan wanita, apabila keluar

"Simptom" lesbian:
  • Tertarik kepada wanita
  • Menjauhkan diri daripada wanita lain, selain teman wanita mereka
  • Gemar keluar, makan, dan tidur dengan wanita
  • Tidak tertarik kepada lelaki
Garis panduan itu juga memberi amaran bahawa perhatian segera perlu diberikan kepada anak-anak sekiranya menunjukkan "simptom" berkenaan.

Akhbar Sin Chew Daily menyebut, garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran.

Ia dilancarkan dalam satu seminar di Pulau Pinang semalam, lapor akhbar itu.

Seminar mengenai usaha menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender itu merupakan program anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikian Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi.

Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mengadakan seminar tersebut selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Program berkenaan merupakan seminar kesepuluh yang diadakan di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts