KUALA LUMPUR 24 SEPT : Tiada rahsia menyebabkan Datuk Seri Anwar
Ibrahim membenarkan gambar menaiki jet eksekutif bersama pemimpin
Pakatan Rakyat(PR) dipaparkan dalam media sosial masing-masing, kata
Ketua Umum PKR itu di parlimen hari ini.
Malah Anwar menyifatkan ia adalah satu percubaan Umno-BN memperbesarkan
isu itu dan menakutkan ahli korporat lain untuk tidak membantu PR.
Anwar menjelaskan keperluan menaiki jet terbabit untuk ke Labuan kerana
keadaan terdesak disebabkan tiada penerbangan pada petang itu.
“Oleh kerana saya menghadapi masalah, saya dihubungi oleh seorang kawan untuk membenarkan saya menaiki jet itu.
“Beliau hanya seorang kawan bukannya penyokong PR dan beliau tidak
berminat dengan mana-mana kontrak di negeri Selangor,” katanya.
Tambahnya, sekiranya mana-mana pihak masih tidak berpuas hati, boleh
menyemak rekod pemilik yang terdapat di Jabatan Penerbangan Awam
Malaysia (DCA).
Sebelum ini, Anwar dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama
beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke
Labuan, Sabah pada 15 September lalu untuk menyambut perayaan Hari
Malaysia.
No comments:
Post a Comment