Monday 14 December 2015

PARIS PLAGES : PANTAI SEMENTARA DI TENGAH-TENGAH KOTA PARIS


Mat Salleh mempunyai satu kelemahan iaitu mereka tidak boleh melihat matahari. Pantas matahari panas tegak atas kepala mereka akan berubah menjadi biawak hidup dan melakukan mandian mentari. Aneh sekali kerana mandian air biasa di waktu pagi mereka malas gila nak buat sedangkan kejap sahaja jika dibandingkan dengan mandian mentari. Di Paris Perancis setiap Julai dan Ogos akan diadakan Paris Plages ataupun dalam bahasa ketuanan keris bermaksud"Pantai Paris". Sebahagian tebing Sungai Seine di Bassin de le Vilette akan berubah menjadi pantai buatan manusia. Acara tahunan ini telah dilakukan sejak 2002 bagi membolehkan warga Paris menikmati pantai dan mentarai walaupun jauh dari laut. 




Sumber Paris Plages

'Jone Jitra' 505


Jitra: Kelicikan seorang penarik kereta dikenali ‘Jone Jitra’ yang menukar nombor pendaftaran menggunakan label 505 pada setiap kereta yang ditariknya dengan cara agresif, akhirnya kecundang apabila ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 semalam.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan selepas lebih 400 laporan polis dibuatnya mengenai penarikan kereta diragui apabila status kenderaan itu sehingga kini tiada di bank.

Susulan penahanan suspek, sekurang-kurangnya sembilan kenderaan yang disyaki berstatus kereta piang (kereta sakit) dirampas membabitkan jenis Audi, Mercedes, Toyota Alphard, Honda CRV, Mitsubishi Triton, Nissan Frontier, Proton Inspira, Mitsubishi Airtek dan sebuah motosikal berkuasa besar jenis Gold Wing.


Menurut sumber, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Judi Maksiat dan Kongsi Gelap (D7A) Bukit Aman diketuai Penolong Pengarahnya, Asisten Komisioner Amir Rashid Derani, di sekitar Bandar Darulaman, di sini, pada Jumaat lalu, berikutan kes lampau pada 2005 mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, tindakan mengikut POCA diambil petang semalam selepas mengambil kira operasi suspek melalui label 505 yang menimbulkan ketakutan kepada orang awam.
“Tindakan itu juga diambil sebagai langkah pencegahan berikutan siasatan dan risikan mendapati suspek dalam usaha membina rangkaian kumpulan itu,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata, berdasarkan modus operandi, suspek menyalahgunakan lesen sebagai penarik kereta untuk mengumpul pelbagai kenderaan menggunakan kaedah kereta piang (kereta sakit).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100237#sthash.nW3XlX4S.dpuf

Popular Posts