Monday 30 June 2014

Motosikal Elektrik Dari Harley Davidson

Harley Davidson sinonim dengan lelaki stylo yang berimej macho. Motosikal mereka juga dinaiki geng motosikal di Amerika Syarikat seperti Hell's Angel. Jadi kami agak aneh apabila mendapat tahu Harley Davidson kini sedang percubaan menghasilkan motosikal elektrik mereka sendiri yang diberi nama Project Livewire. Spesifikasi motosikal elektrik pertama mereka ini masih rahsia tetapi mereka menjanjikan prestasi yang setanding dengan motor berkuasa bahan api fosil mereka. Beberapa motosikal Project Livewire sedang dipandu uji di seluruh Amerika Syarikat bagi melihat reaksi orang ramai dan prestasi mereka. Adakah anda bersedia untuk Harley berkuasa elektrik? Looks cool enough. 





IMI Combatguard : Kenderaan Offroad Tentera Tahan Lasak Terkini

Kenderaan Humvee ialah kenderaan membawa infantri yang paling popular sebelum ini. Ianya digunakan askar Amerika Syarikat secara meluas ketika perang teluk. Akhir-akhir ini Humvee tidak lagi layak digunakan kerana tentera Al Qaeda menemui kelemahan kenderaan ini yang mudah dimusnahkan menggunakan RPG 7 dan bom tepian jalan IED. Kenderaan baru yang lebih tahan lasak diperlukana bagi menggantikan Humvee yang sudah digunakan sejak 1984.


Pihak Israel Militiry Industries menghasilkan CombatGuard, kenderaan infantri generasi terkini untuk kegunaan mereka. Jika dibandingkan dengan Humvee, CombatGuard bukan sahaja lebih tahan serangan roket dan IED ianya juga lebih tahan lasak. Ia mampu meredah permukaan berbukit bukau dan beralun dari Humvee. CombtGuard diperkasakan enjin diesel 300 kuasa kuda. Menurut IMI ia mampu memecut sehingga 150 kilometer sejam di atas jalan raya dan 120 kilometer sejam di atas permukaan tidak berturap. Ini adalah menakjubkan bagi sebuah kenderaan armor dengan berat bersih 8000 kilogram!



Popular Posts