MIAMI - Seekor orang utan betina bernama Peanut di Amerika Syarikat (AS) menjalani rawatan kanser yang sama seperti manusia.
Empat
hari lalu, orang utan berusia lapan tahun itu menjalani rawatan
kemoterapi di Pusat Kanser Menyeluruh Sylvester di sini selepas ia
disahkan menghidap kanser darah.
"Saya belum pernah diselubungi perasaan bimbang seperti ini," kata Joseph Rosenblatt salah seorang doktor yang merawat Peanut.
Peanut bukan satu-satunya orang utan yang menerima rawatan kanser seperti manusia.
Pada
tahun 2000, seekor orang utan yang menghidap kanser di Zoo Nasional di
Washington telah menjalani pembedahan untuk membuang tumor pada usus
haiwan itu.
Namun, berbeza dengan beberapa kes lain, Peanut masih muda dan berpeluang untuk hidup lama selepas menjalani rawatan. - AP
No comments:
Post a Comment