Anwar dan Wan Azizah melihat bas yang disimbah cat dan dibaling batu
KOTA BHARU- Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menafikan perasaan ‘malu’ dan kecewa terhadap serangan itu. Beliau percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh kumpulan yang tidak tahu erti dosa dan pahala.
“Ini perkara yang tidak bertanggungjawab, saya berasa malu kerana ia berlaku di Kelantan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Pas Kota Bharu di sini, pagi semalam. Terdahulu Nik Aziz melawat tempat kejadian di perkarangan Siti Khadijah Kota Bharu, Nik Aziz bersama Anwar menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah untuk mengadakan ceramah isu-isu semasa. Lapor Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meneruskan program Jelajah Merdeka walaupun bas yang dinaikinya telah diserang manakala Menteri Besar Kelantan kesal ianya berlaku di negeri itu. Menurut Harakahdaily, Anwar berkata peringkat permulaan laporan polis dibuat, kemudian program jelajah itu akan diteruskan mengikut jadual.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu meninjau bas yang dinaikinya yang telah disimbah cat dan dilontar dengan benda keras pagi tadi. Bas berkenaan masih berada di bandar Kota Bharu, berhampiran Masjid Al-Baroah dan Pasar Siti Khadijah. Beliau memberitahu lagi, perkara itu telah menjadi biasa baginya memandangkan pernah diserang sebelum ini dengan kereta yang dinaiki.
“Saya dah biasa kena serang sebelum ni dibaling batu.
“Saya tidak akan patah semangat dengan kejadian ini dan program jelajah merdeka ini akan diteruskan selepas ni ke Grik, Perak pulak,”ujarnya.
Tuan Guru Nik Aiz juga berkata kejadian itu berlaku berpunca dari manusia yang hilang fikiran sehingga ‘memuja’ nafsu. Menurutnya, nafsu pada manusia ini ada dua, ada buruk dan taqwa.
“Tetapi bila manusia memilih ajaran secular berbanding Islam, perkara sedemikian pasti akan berlaku.
“Bagaimanapun, pejuang ulama terutama para Nabi telah mendahului kita menerima ujian ini,”ujarnya.
No comments:
Post a Comment