ALOR SETAR - Jabatan Perikanan Negeri Kedah menegaskan kepada orang
ramai supaya tidak melepaskan sebarang jenis ikan di tempat tertentu
kerana boleh menjejaskan saliran ekosistem.
Ketua Unit Akuakultur Negeri Kedah, Mohd Baihari Md Noor berkata, orang ramai di saran supaya tidak membuang sebarang jenis ikan yang tidak mahu dipelihara lagi di tempat terbuka seperti di bendang, saluran perparitan dan sebagainya.
“Pembuangan itu sebenarnya boleh menjejaskan ekosistem serta beberapa perkara lain seperti ikan-ikan kecil yang mungkin di makan oleh ikan yang lebih besar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Baihari berkata, perkara ini merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabit kesalahan.
Terdahulu, dia turut mengesahkan laporan penemuan ikan bandaran yang dibuang oleh individu tertentu.
Katanya, ikan bandaran tersebut kelihatan pelik berikutan usianya yang sudah tua dan keadaan yang terlalu besar.
Difahamkan sekiranya ikan peliharaan yang sinonim dengan ikan pencuci akuarium dan dilepaskan di kawasan terbuka dikhuatiri pembiakannya akan lebih cepat dan memakan ekosistem persekitaran.
Dalam pada itu, seorang kanak-kanak yang sedang leka bermain di sekitar kawasan bendang di kampung Suka Menanti di sini terkejut apabila dia terjumpa seekor ikan pelik di tepi bendang.
Muhamad Mukrim Muhamad Johari,9, berkata, dia pada ketika itu sedang bermain berseorangan menangkap ikan kecil di kawasan tersebut.
Dia ternampak seekor ikan yang agak besar dan pelik di situ dipercayai sudah mati sejak dua hari lalu.
“Masa tu tengah main tangkap ikan... Tiba-tiba nampak ikan pelik... Lepas tu terus balik rumah panggil ayah...,” katanya.
Ayahnya, Muhamad Johari Man, 46, berkata, sebaik tiba di situ, dia merasakan itu adalah kali pertama dalam hidupnya menjumpai ikan pelik di kawasan bendang.
Katanya, kepala ikan itu seakan-akan seperti ikan keli, manakala badannya pula berduri seperti mengandungi bisa yang merbahaya kepada orang yang tidak mengetahuinya.

No comments:
Post a Comment