22 September 2012
ALOR SETAR - Wanita sering kali dikaitkan dengan pekerjaan yang
memerlukan mereka berpakaian cantik dan bekerja di persekitaran bersih
serta di dalam pejabat.
Namun berbeza dengan tiga wanita yang bekerja di Environment Idaman sebagai pemandu lori ‘multipurpose armroll’ dengan membawa muatan sampah yang dikutip dari rumah ke rumah.
Biarpun pekerjaan yang dilakukan Maziyana Azmi, 32, Nor Azlinda Sobri, 27, dan Effa Izahwati Mohd Hatta, 29, mencabar, namun bagi mereka cabaran itu membangkitkan semangat untuk mencari sesuap nasi.
Mereka antara tiga wanita cekal yang terpilih untuk membawa lori multipurpose armroll di negeri Kedah sejak permohonan jawatan tugas pemandu lori wanita dibuka syarikat sisa pepejal itu.
Jadi tumpuan orang
Maziyana yang merupakan ibu kepada dua anak berkata, pekerjaan dilakukannya sememangnya berbeza dengan wanita lain dan memerlukan kesabaran tinggi dalam mengendalikan lori muatan seberat lima tan berkenaan.
Menurutnya, pekerjaan itu dipilih setelah diberi sokongan oleh suami selain minatnya terhadap aktiviti lasak dan mencabar.
“Sebelum ini saya bekerja sebagai guru memandu dan ia juga merupakan salah satu pekerjaan mencabar apabila kita perlu mengawal pemandu yang tidak mempunyai kemahiran memandu pada peringkat permulaan.
“Saya juga pernah memandu lori milik abang ipar dan daripada situ minat untuk memandu lori mula timbul sehingga saya mengambil keputusan menjadi pemandu wanita di Environment Idaman,” katanya.
Maziyana berkata, biarpun sering kali menjadi tumpuan masyarakat terutama sewaktu menjalankan tugas di kawasan perumahan, namun bagi dirinya tugas yang dilakukan sama seperti pekerjaan lain.
Menurutnya, cabaran terpaksa dihadapi semasa bertugas apabila sewaktu menjalankan kerja kutipan sampah di kawasan perumahan yang memerlukannya lebih berhati-hati.
“Kebanyakan kawasan perumahan, mereka meletakkan kenderaan di hadapan rumah atau laluan keluar masuk yang kecil. Jadi dari situ saya perlu berhati-hati untuk memastikan tidak berlaku pelanggaran atau bergesel dengan kenderaan mereka.
“Selain itu juga saya perlu berhati-hati dengan kanak-kanak yang bermain atau melintas di sekitar kawasan perumahan ,” katanya.
Rakan, keluarga tak setuju
Bagi Effa Izahwati, pengetahuan yang dikongsi bersama pemandu lelaki berpengalaman dijadikan panduan sewaktu dia menjalankan tugas yang telah dilakukan hampir setahun itu.
Effa Izahwati sebelum ini bekerja sebagai pembuat donat di sebuah restoran donut berkata, pada awalnya, rakan dan keluarga tidak bersetuju dengan pekerjaan yang dipilih namun disebabkan minat dia tetap meneruskan cita-citanya itu.
“Ramai terkejut dengan pilihan yang saya buat dan menyuruh mencari pekerjaan lain kerana bagi mereka kerja memandu lori sampah tidak sesuai dengan wanita.
“Namun bagi saya, asalkan pekerjaan dilakukan ini tidak salah di sisi undang-undang apa salahnya untuk saya bekerja,” katanya.
Effa Izahwati berkata, cabaran dihadapi sewaktu menjalankan tugas sama seperti pemandu lain iaitu perlu berhati-hati sewaktu memandu terutama di kawasan perumahan.
Dia berkata, selain itu, sewaktu mengangkat tong sampah menggunakan mesin yang terdapat pada lori armroll multipurpose, dia juga perlu memastikan tidak ada individu di sekitar tong sampah.
Seorang lagi pemandu, Norazlinda berkata, pengalaman memandu lori selama tiga tahun digunakan sewaktu mengendalikan lori armroll multipurpose.
Dia yang mula bertugas April lalu mengakui banyak cabaran yang perlu ditempuh terutama sewaktu memandu termasuklah berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat.
Perlu pengendali cermat
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman, Mhd Saiful Anuar Zainal berkata, pihaknya masih membuka jawatan pemandu lori wanita dari masa ke semasa.
Beliau berkata, pihaknya amat memerlukan pemandu wanita mengendalikan lori tersebut kerana lori multipurpose armroll memerlukan pengendali yang cermat dan berhati-hati.

No comments:
Post a Comment