Monday 17 December 2012

Semakin ramai remaja buat pembedahan faraj


Pembedahan yang dilakukan untuk ‘mencantikkan’ vagina kini semakin meluas. Malah penyelidik mendapati ramai remaja yang baru berusia 14 tahun sudah melakukan operasi mencantikkan faraj ini.
Penyelidik dari University College Hospital, London menunjukkan ada 343 pembedahan yang dilakukan kanak-kanak berusia 14 tahun atau kurang dalam 6 tahun terakhir. Kebanyakan prosedur ini dilakukan mungkin untuk alasan kosmetik.

Kajian itu, yang diketuai oleh Dr Sarah Creighton mendakwa perkara tersebut sudah mengganggu kerana tidak ada batas usia minimum untuk melakukan pembedahan tersebut. Permintaan yang makin banyak ini kerana sedikit dan ketidaktepatan maklumat yang banyak diinternet.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam BMJ Open, syarikat yang menyediakan bedah kosmetik untuk kelamin perempuan ini membuat ‘justifikasi’ tentang manfaat daripada prosedur tersebut dan tidak menonjolkan risiko pembedahan yang mungkin timbul.
Labiaplasties merupakan pembedahan untuk membentuk semula labia (bibir bahagian dalam faraj) telah menjadi semakin umum, seiring kerana perempuan-perempuan ini tidak puas dengan penampilannya.
“Kajian ini tidak dapat memastikan sama ada beberapa gadis menjalani pembedahan perubatan yang tidak perlu. Tapi dalam 6 tahun terakhir ada 343 labiaplasties yang dilakukan di Britain pada perempuan berusia 14 tahun atau kurang,” ujar Dr Creighton, seperti dikutip dari Daily Mail, Sabtu (24 / 11/2012).
Dr Creighton berkata dalam satu kajian pengamatan terbaru menunjukkan ada gadis muda berusia 9 tahun dengan labio normal menjalani labiaplasties. Padahal perubahan labia minora adalah sebahagian daripada pertumbuhan akil baligh yang normal hingga nantinya menjadi individu dewasa.
“Memandangkan anatomi terus berubah seiring umur, gadis muda yang mula melakukan pembedahan kosmetik untuk alat kelamin ini akan mempunyai risiko lebih besar dan juga lebih ramai,” kata beliau.
Sesetengah pakar mengatakan meningkatkan permintaan ini didorong oleh industri ponografi dan program televisyen yang menunjukkan semua perempuan mempunyai bahagian tubuh yang simetri.
Pembedahan kosmetik termasuk yang dilakukan pada alat kelamin boleh saja dilakukan, tapi ini hanya untuk pesakit yang mempunyai keperluan klinikal tertentu seperti kelainan perubatan atau ada gangguan bawaan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts