ARTIFAK Perak Man menjadikan Malaysia dan Perak terkenal di dunia. |
LENGGONG - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan khususnya
Jabatan Warisan Negara digesa mempertimbangkan hasrat kerajaan Perak
mahu membawa pulang rangka sebenar manusia pertama di Asia Tenggara,
Perak Man ke daerah ini.
Ketika ini, rangka Perak Man atau Orang Perak yang hidup kira-kira
11,000 tahun lalu ditempatkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur sejak Julai
2006 lalu.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sudah tiba
masanya artifak yang menjadi sebutan dunia itu dikembalikan semua ke
tempat asalnya dan ditempatkan di Galeri Arkeologi di sini.
Katanya, permintaan tersebut wajar diberi perhatian serius memandangkan
jumlah pengunjung ke galeri terbabit meningkat mendadak sehingga empat
kali ganda sejak Lembah Lenggong diisytiharkan Tapak Warisan Dunia oleh
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO).
No comments:
Post a Comment