Austin Patilov
Pada asalnya, jentera yang dikenali
sebagai Austin Patilov adalah jentera perang buatan Britain. Namun,
Britain dan syarikat Austin Motor bersetuju untuk membinanya sendiri di
negara Rusia. Jentera Austin Patilov yang lengkap dengan dua mesingan
dibina di sebuah kilang di St. Petersburg. Austin Patilov mampu bergerak
selaju 35 km/j.
Garlord-Putilov
Jentera Garlord – Putilov dikeluarkan
oleh Rusia semasa Perang Dunia Pertama dengan menggunakan rangka lori
yang diimport khas daripada Amerika Syarikat. Jentera Garlord – Putilov
bagaimanapun boleh dikatakan gagal dan tidak praktikal terutamanya
ketidakmampuannya bergerak pantas kerana dipenuhi dengan
kepingan-kepingan besi yang berat. Berat purata jentera unik ini adalah
11 tan dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai hanyalah 18 km/j.
Tsar Tank
Mendapat jolokan sebagai Tsar Tank,
jentera janggal ini tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama.
Apa yang menjadi penghalang adalah kegagalan jentera ini semasa ujian
pertama semasa jentera ini masih di peringkat prototaip.
Jentera ini yang memiliki roda yang besar
di belakang menyebabkan jentera ini terperangkap di dalam lumpur.
Menariknya, ia kekal terperangkap di situ sehingga pada tahun 1927
sebelum ia dileraikan untuk dijadikan besi buruk.
Pierce-Arrow
Jentera Pierce-Arrow adalah adalah antara jentera Anti-Aircraft(AA)
yang terawal dibuat. Jentera hebat ini adalah milik Britain dan mula
digunakan pada musim luruh 1914. Jentera Pierce-Arrow dilengkapi dengan
rifel automatik Vickers Naval 2-pdr yang mampu mendongak 45 sehingga 70 darjah ke langit.
Mark IV
Jentera yang dikenali Mark IV adalah
hasil buatan Britain. Ia digunakan secara sepenuhnya pada pertengahan
1917 di Pertempuran Messines Ridge. Jentera Mark IV dikendali oleh 8
orang krew dan mampu bergerak 6.4 km/j. Model Mark IV adalah
kesinambungan daripada jentera Mark I, Mark II dan Mark III. Mark IV
membawa tiga turet yang mampu memusnahkan mana-mana jentera ringan
musuh.
Mesin Boirault
Mesin Boirault adalah jentera paling bermasalah selepas jentera Tsar Tank. Sepertimana
Tsar Tank, Mesin Boirault tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia
Pertama kerana kegagalannya semasa ujian awal. Tujuan pembinaan Mesin
Boirault adalah untuk menerombos kawat duri dan bertindak sebagai
perisai semasa perang statik.
Mesin Boirault yang dibina oleh jurutera
daripada Perancis M. Boirault hanya mampu bergerak 1km/j.
Walaubagaimanapun kekurangan paling ketara adalah kesukaran untuk
mengawal pergerakannya.
Frot-Laffly
Jentera Frot – Laffly
direkabentuk daripada tahun 1914 sehingga Disember 1915 oleh seorang
jurutera Perancis bernama Paul Frot. Walaubagaimanapun, jentera ini
gagal menambat hati semasa ujian awal dan tidak pernah digunakan semasa
Perang Dunia Pertama.
Prototaip jentera ini kemudiannya dijual
kepada Britain pada tahun 1915. Tidak lama selepas itu, Britain
mengeluarkan model Mark yang diinspirasikan daripada prototaip Frot – Laffly.
Model Mark adalah kereta kebal pertama yang digunakan manusia dan
dianggap sebagai pencetus kepada pembinaan besar-besaran kereta kebal
semasa Perang Dunia Kedua.
takusahrisau
Tonton TV1.T2.T3.TVi .Muzik Aktif,astro ria,astro prima.astro warna,astro ceria
ReplyDeleteastro arena,bernama tv dan pelbagai channel menarik hanya di http://www.vecests.com/2013/01/online-tv-malaysia-radio-streaming.html semua nya di bawakan khas untuk anda