Tuesday 24 November 2015

Pendebat UIAM kalahkan pelajar Israel‎


Pendebat UIAM kalahkan pelajar Israel‎
Dari kiri: Sara Rahim, Jasmine Ho, Ameera Natasha dan Mifzal. - Foto The Star Online.

BANGI - Pasukan Malaysia muncul juara dalam salah satu pertandingan debat paling kompetitif di dunia iaitu Pertandingan Debat Cambridge Intervarsity (Cambridge IV).




Memetik laporan portal Isma Web, pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjuarai pertandingan keseluruhan manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menang dalam kategori English as Second Language (ESL).
Pertandingan ini berlangsung di Universiti Cambridge, United Kingdom pada 20 dan 21 November lalu.

UiTM menjadi universiti Malaysia pertama dalam sejarah, memenangi kategori utama apabila mereka menjuarai dalam liga akhir menentang pasukan dari Persatuan Sejarah Dublin, Trinity College dan dua pasukan dari Universiti Toronto, Hart House A & B.
Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron, dan Jasmine Ho, kedua-duanya berumur 22 tahun, berjaya mempertahankan usul ‘Dewan ini percaya komuniti antarabangsa perlu membayar kepada negara-negara yang berdekatan dengan zon konflik untuk memproses, menyelesaikan dan menyekat pergerakan selanjutnya pelarian’ dalam kedudukan mereka sebagai kerajaan.

Sewaktu kategori akhir ESL, pendebatnya Ameera Natasha Moore, 22, dan Sara Rahim, 20, mengalahkan pasukan Tel Aviv dari Israel dan Leiden A dan Leidin B, kedua-duanya dari Belanda.
Mereka membahaskan usul ‘Dewan ini percaya bahawa Arab Saudi perlu menghadkan penglibatan dalam ibadah haji kepada rakyat negara-negara yang komited menentang IS’ sebagai pembangkang.

Bagi semua kategori, usul hanya didedahkan 15 minit sebelum perbahasan dijalankan dan tiada sokongan elektronik dibenarkan selain kamus elektronik.
Tiada bantuan luar dibenarkan dalam masa persediaan 15 minit.
Antara 128 pasukan yang terlibat adalah Universiti Harvard, Universiti Oxford, London School of Economics, Universiti Toronto, Universiti Tel Aviv, Universiti Cornell dan Kolej Trinity Dublin.

Wanita Islam pertama ke angkasa

Anousheh Raissyan
Anousheh Raissyan


WANITA berasal dari Iran ini menjadi angkasawan wanita Islam pertama ke angkasa. Detik bersejarah itu dilakukan beberapa hari sebelum beliau meraikan ulang tahunnya yang ke-40.
Anousheh melakukan penjelajahan ke angkasa lepas dengan menaiki kapsul Soyuz TMA-9 dari Baikonur, Kazakhstan pada tanggal 18 September 2006.

Kehidupan awal
Anousheh lahir di Mashhad, Iran, dengan nama Anousheh Raissyan pada 12 September 1966.
Pada tahun 1984, Anousheh dan keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) untuk membina kehidupan baharu.
Di AS, Anousheh melanjutkan pelajaran di Universiti George Mason dalam jurusan sains komputer dan kejuruteraan elektrik.
Selanjutnya, beliau meraih ijazah di Universiti George Washington.
Selepas tamat pengajian, Anousheh bekerja di MCI iaitu sebuah syarikat telekomunikasi di AS di mana beliau bertemu dengan suaminya, Hamid Ansari.
Mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 1991.

Pasang impian ke angkasa
Sejak kecil, Anousheh memasang impian untuk menjelajah ke ruang angkasa selepas melihat bintang-bintang ketika sedang baring bersendirian di balkoni rumahnya di Teheran.
Impiannya itu menjadi kenyataan apabila syarikat yang diusahakannya bersama suami dan adik iparnya, Prodea System menjalin kerjasama dengan Space Adventures dan Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia (FSA).
Dalam program Space Adventures, seorang peserta akan dipilih bagi mengikuti penerbangan roket Soyuz ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Pada awalnya, Anousheh dipilih sebagai calon kedua atau pengganti kepada Daisuke Enomoto.

Nasib menyebelahinya apabila Enomoto disingkirkan atas alasan kesihatan dan beliau menjadi calon utama bagi menyertai misi Soyuz TMA-9 bersama dua lagi angkasawan dari Rusia dan AS.  

10 hari di angkasa
Selepas lulus ujian perubatan dan kelayakan, Anousheh akhirnya dipilih bagi mengikuti program angkasa ke ISS.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan beliau menjadi wanita Islam pertama ke angkasa lepas.
"Ini merupakan 10 hari yang hebat bagi saya," kata beliau pada majlis perpisahan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (IPS), tiga jam setengah sebelum pulang ke bumi.
Anousheh pulang ke bumi menggunakan kapsul kecil Soyuz TMA-8 dan ia telah mendarat dengan sempurna di utara Kazakhstan.
Ia kembali dari IPS membawa bersama angkasawan Rusia, Pavel Vinogradov dan angkasawan AS, Jeff Williams.

Kontroversi
Hasrat Anousheh untuk mengibarkan bendera Iran telah dilarang.
Beliau bercadang menggunakan dua bendera iaitu Iran dan AS dalam penerbangannya sebagai tanda penghargaannya kepada dua negara yang menyumbang kepada hidupnya.
Beliau tidak mempunyai sebarang mesej politik, lebih-lebih lagi penerbangannya itu adalah atas biaya sendiri.
adalah hanya untuk menunjukkan kemampuan seseorang mencapai tahap kecemerlangan dalam sains dan perniagaan.

Kanak-kanak dalam foto perang berjaya dijejak

Kanak-kanak dalam foto perang berjaya dijejak


Kim Phuc
 


 8 Jun 1972

ANDA mesti pernah melihat gambar kanak-kanak Vietnam yang berlari ketakutan sewaktu perang di negara tersebut pada tahun 1970-an. Satu dunia masih mengingatinya. Ia melambangkan kesengsaran insan tidak berdosa akibat peperangan. 
Kanak-kanak dalam foto yang diambil pada 8 Jun 1972 adalah Kim Phuc yang ketika itu berusia sembilan tahun. Sambil berlari  untuk menyelamatkan diri selepas kawasan penempatannya dibom dia menangis ketakutan. 

Tanpa pakaian, baju yang dipakai terpaksa ditanggalkan selepas terbakar hingga menyebabkan bahagian tangan dan belakang tubuhnya melecur teruk.
Nick Ut, jurugambar yang berada ditempat kejadian sempat mengambil foto tragis anak ini sebelum membawa dia dan beberapa lagi kanak-kanak ke hospital di Saigon. 
Keesokan harinya gambar yang diambil tersiar di muka hadapan akhbar New York Times dan mendapat perhatian masyarakat dunia. Foto menyayat hati itu turut memenangi hadiah Pulitzer. Hanya dengan sekeping gambar Phuc menjadi simbol kesengsaraan akibat Perang Vietnam. 

Namun itu kisah 43  tahun lalu, kini Phuc dan Ut berusia 52 dan 65 tahun.  Phuc  telah berhijrah ke Kanada bersama dengan suaminya, Bui Huy Thian.
Sungguhpun sudah memulakan kehidupan baru namun kecederaan akibat kebakaran itu masih belum pulih sehingga kini. Dia masih lagi meneruskan  rawatan laser untuk parut melecur di bahagian belakang tubuhnya. 

Dalam satu sesi rawatan Phuc baru-baru ini, Ut telah hadir untuk bertemu kembali subjek gambar yang mengetengahkan kerjayanya sebagai jurufoto. Hari itu juga Ut telah diberi tugasan istimewa mengambil gambar Phuc menjalani rawatan memulihkan parut di Miami.
“Dia memulakannya dan dia juga mengakhirinya, ujar Phuc. 

Kata wanita ini walau pun parut itu kekal tapi dia tidak lagi merasai penderitaan dan kesakitan sebaliknya hidupnya dipenuhi kebahagiaan. Gambar itu telah mengubah kehidupannya yang turut membawanya ke negara itu. Phuc ketika ini turut aktif dalam kerja kebajikan. 
Misinya membantu kanak-kanak mangsa perang melalui organisasi yang diasaskan iaitu Kin Faoundatioan International yang turut merangkumi bantuan kepada kanak-kanak di Afrika, dan juga Timur Tengah.
##Rencana ini dipetik dari laman web www.vanillakismis.my

Thursday 5 November 2015

Alat Sulit Grigori Rasputin Yang Terpanjang di Dunia Sepanjang Zaman..


Mistik kehidupan ‘ahli sihir’ Czar Russia, Czar Nicholas II iaitu Grigori Rasputin bukan sahaja berkisar tentang kehidupan dan saat kematiannya yang liat, namun ia turut mengaitkannya dengan organ kemaluannya. Menurut beberapa pendapat, anggota kemaluan Rasputin dikatakan adalah paling panjang pada zamannya. Dianggarkan bahawa ia berukuran lebih daripada 13 inci panjang.

2e16b8339a02f431a2174b2a16a2d11a

Terdapat dua versi bagaimana anggota sulit Rasputin ini berjaya ‘diselamatkan’. Kisah pertama menceritakan bagaimana seorang wanita berjaya menyimpan anggota sulit Rasputin selepas pembunuh-pembunuh beliau bertindak memotong anggota sulitnya. Pada mulanya, wanita tersebut hanya datang untuk mencuci kawasan yang menjadi lokasi pembunuhan Rasputin.
Kisah kedua pula mempunyai versi yang lebih dipercayai. Selepas Rasputin dibunuh, seorang kawan kepada isterinya menyimpan anggota sulit Rasputin sebagai tanda kenang-kenangan. Namun, entah bagaimana, pada 1920-an anggota sulitnya sampai di Paris dan menjadi alat sembahan kepada mereka yang ingin ‘kesuburan batin’. Anak perempuan Rasputin, Marie Rasputin merayu untuk mengembalikan anggota sulit bapanya kepada keluarganya. Ia kekal berada di tangan Marie Rasputin sehingga kematiannya pada 1977 di California.

Rasputin_pt

Pada 1994, anggota kemaluan Rasputin kembali timbul. Seorang lelaki daripada California, Amerika Syarikat telah berjaya membeli daripada seorang doktor yang bernama Dr. Ripple. Selepas itu, kisah tersebut kelihatan kabur.
10 tahun kemudian,Igor Knyazkin iaitu pengarah Russian Museum of Erotica di St. Petersburg telah mendakwa memiliki alat sulit Grigori Rasputin yang berukuran 11 inci panjang. Walaubagaimanapun, ia adalah bertentangan dengan apa yang didakwa oleh Marie Rasputin yang mana beliau mendakwa memiliki alat sulit Rasputin yang berukuran 13 inci panjang.
Terdapat beberapa pihak mendakwa, alat sulit Rasputin yang dipamerkan di muzium tersebut adalah milik seekor kuda atau spesies bovine.

Dead_Rasputin

Rasputin ditemui mati selepas dibunuh dengan kejam. Cuba lihat kesan tikaman di dahi beliau.

Bayangkan Jika Media Sosial Wujud Pada Tahun 1950-an (Gambar)


Bayangakan jika media sosial seperti Facebook, Twitter atau Youtube wujud pada tahun 1950an.

Apakah gajet yang sesuai digunakan untuk mengakses kesemua media sosial ini pada masa itu?

Pasti ia sesuatu yang janggal bukan dimana pada tahun itu media semasa seperti surat khabar, radio dan televeisyen sebagai wacana utama manusia.

Inilah yang dibayangkan oleh seorang pereka grafik apabila beberapa media sosial hari ini digunakan pada tahun 1950-an sebagai sebahagiaan cara untuk mempromosikan media sosial.

Bagaimanakah manusia pada tahun itu menggunakan sebilangan media sosial ini?

Di bawah adalah beberapa poster yang dihasilkan oleh seorang pereka grafik menunjukkan bagaimana media-media sosial ini diperkenalkan kepada umum. -HarianBlogger.Com


1. Facebook


2. YouTube
3. Twitter
4. Skype

Kekuatan Turki dan kisah disebaliknya..


Bangsa Turki pernah bangkit sebagai kuasa besar paling utama pada abad ke-15 dan berterusan sehingga kejatuhan empayarnya sekitar abad ke-19. Pengaruhnya menjangkaui sehingga ke Eropah apabila beberapa wilayah di bawah naugannya berada di timur Eropah.
Bangsa Turki yang menerajui empayar Othmaniyyah sangat terkesan di hati setiap umat Islam. Bukan untuk menidakkan keagungan empayar Islam yang lain seperti Ummayyah, Abbasiyyah, Mamluk, Fatimiyyah dan lain-lain namun empayar Turki Othmaniyyah mempunyai satu-satunya pemimpin yang diramalkan oleh junjungan besar, Rasulullah saw di hadis kursinya.
Pemimpin yang dimaksudkan adalah Muhammad atau lebih dikenali Sultan Muhammad al-Fatih. Gelaran al-Fatih yang membawa maksud ‘Si Pembuka’ merujuk kepada peranan besarnya membuka dan menakluk kota Konstatinopel.
Penaklukan kota utama umat Kristian sekitar kurun ke-15 itu adalah sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih yang tiada tolak bandingnya. Sehingga ke hari ini kota tersebut masih lagi di bawah genggaman umat Islam yang berada di bawah naugan kerajaan Turki sekarang. Detik bersejarah tersebut yang berlaku pada 1453 masihi menandakan berakhirnya kerajaan Kristian Byzantine Timur yang berpusat di kota Konstatinopel.

Siapa bangsa Turki sebenarnya?
Bangsa Turki disifatkan oleh pakar-pakar Sirah Islam sebagai bangsa yang berasal daripada anak nabi Nuh as, Yafit. Diriwayatkan, Nabi Nuh as mempunyai tiga oleh anak lelaki iaitu Sam, Yafit dan Ham.
Sam menurunkan ras bangsa Semitik yang berkulit keputihan seperti Arab, Parsi, Syria, Yunani, Latin(Sepanyol) dan di sebelah Barat dunia. Daripada anak-pinak Sam lahir ramai Rasul dan Nabi. Dikisahkan bahawa pada zaman Nabi Isa as, berkat mukjizat baginda, Sam telah dibangkitkan daripada kuburnya dan sempat menceritakan peri sakitnya kematian.
Ham menurunkan bangsa berkulit hitam seperti bangsa yang kebanyakan mendiami benua Afrika. Di dalam kitab Perjanjian Lama(Old Tastement), Ham telah dilaknat oleh Nabi Nuh as  dan kisah tersebut dikenali sebagai Ham’s Curse. Laknat Nabi Nuh as yang kononnya diberitakan dalam kitab Perjanjian Lama tersebut antara lain melaknat keturunan Ham dan anak pinaknya bakal menjadi hamba kepada anak-pinak Sam dan Yafit.
Yafit pula menurunkan ras bangsa berkulit kulit langsat seperti Cina, Mongoloid, Russia dan beberapa bangsa di sebelah Timur dunia. Anak-pinak Yafit mempunyai sifat dan semangat suka berperang yang tinggi. Kebanyakan yang lahir daripada suku Yafit adalah sang penakluk hebat. Lihat saja bangsa Cina, Mongol dan juga Russia.
Daripada genetik Yafit ini sebenarnya lahir bangsa Turki. Turki sepertimana bangsa-bangsa suku Yafit yang lain suka berperang dan menakluk. Daripada Yafit juga lahir bangsa yang cukup terkenal kejamnya dan diramalkan oleh Rasulullah saw dalam banyak hadis kursinya. Bangsa tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah bangsa Ya’juk dan Ma’juk.
Ya’juk dan Ma’juk mempunyai beberapa gelaran lain. Bangsa Cina mengelar mereka Xiongnu, Yunani pula mengelar mereka sebagai Sos dan bangsa Barat mengelar mereka sebagai bangsa Sychtia atau Simmeria. Dalam tradisi masyarakat Kristian juga mengenali bangsa Ya’juk dan Ma’juk sebagai Gog dan Magog.
Dariialsk_ravine_(A)
Sebuah kawasan pergunungan di Darius Gorge yang diyakini sebagai tempat tembok Zulkarnain dibina.
 
Kaitan Ya’juk dan Ma’juk dan Turki
Antara kedua-dua bangsa iaitu Ya’juk dan Ma’juk dan bangsa Turki, terdapat cerita di yang berkait. Umumnya, bangsa Ya’juk dan Ma’juk adalah bangsa yang ganas dan suka membuat kerosakan.
Mereka muncul membawa kerosakan pada dunia. Ia diberitakan oleh Allah swt di dalam al-Quran dalam surah al-Kahfi;
Mereka berkata: “Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?”
Mereka menguasai dunia, bahkan tiada apa yang mampu mengalah dan menumpaskan mereka. Rasulullah saw bersabda bahawa ketikamana Ya’juk dan Ma’juk bermaharajalela di muka bumi, Allah swt mematikan mereka dengan mengirimkan satu wabak di mana ulat-ulat memakan belakang badan mereka sehingga tiada apa yang mampu diselamatkan. Begitu hebat dan ganasnya perilaku bangsa terkutuk ini.
Namun apakah saling perkaitan antara bangsa Turki dengan Ya’juk dan Ma’juk?
Diriwayatkan bahawa ketika ekspedisi Zulkarnain yang memerangi kaum Ya’juk dan Ma’juk di tempat yang disifatkan Allah sebagai ‘di antara dua buah gunung’ dalam surah al-Kahfi ayat 93, kaum terkutuk tersebut terperangkap di antara gunung-gunung tersebut. Lalu dengan bantuan masyarakat tempatan, Zulkarnain dan bala tenteranya mengurung Ya’juk dan Ma’juk dengan tembok besi bersadur tembaga berkat dengan rahmat daripada Allah swt. Ya’juk dan Ma’juk tidak akan berjaya menembusi tembok tersebut dan kekal terkurung di dalamnya sehingga tiba masa yang ditetapkan Allah swt.
Ekspedisi tersebut ternyata berjaya. Namun, ketika pertempuran tersebut terdapat saki-baki daripada mereka yang berjaya ‘melepaskan diri’. Bangsa tersebut adalah bangsa Turki.

Istilah Turki adalah berasal daripada perkataan ‘Taraka’ atau ‘Turika’ yang membawa maksud ‘meninggalkan’ atau ‘ditinggalkan’. Boleh jadi, asal asbab istilah Turki yang dinisbatkan kepada bangsa Turki adalah kerana kisah saki baki bangsa Ya’juk dan Ma’juk yang berjaya berlepas diri.
Dalam satu kajian lain, antara suku yang berjaya melarikan diri daripada serangan bertali arus tentera Zulkarnain adalah suku Mongol yang mana kemudiannya mendiami Gurun Gobi dan Steppe di Mongolia. Mongol sepertimana ‘moyangnya’ dilahirkan sebagai bangsa yang ganas. Perang tiada etika sehingga memusnahkan beberapa tamadun agung di dunia. Antara yang menjadi mangsa kerakusan suku Mongol adalah Dinasti Abbasiyyah. Baghdad yang dilanggar oleh suku Mongol telah hancur luluh dan rebah menyembah bumi. Kejatuhan Baghdad di tangan Mongol menyebabkan kota tersebut hilang fungsi sebagai pusat tamadun dan perabadan dunia. Ironinya sehingga kini kota tersebut gagal bangkit seperti yang berlaku pada zaman keemasannya.

Rasulullah saw menyedari potensi Turki
Dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda;
Tinggalkan Turki selama mana mereka tinggalkan kalian’
Hadis ini memberi gambaran bahawa Turki patut diberi keistimewaan berbanding lain-lain bangsa kerana bangsa ini seakan-akan diberi gambaran bahawa ia dielakkan untuk diperangi bahkan memberi mereka ruang untuk berlepas diri.
Ekspedisi dakwah Islam ke atas lain-lain bangsa bermula seawal zaman Rasulullah saw di mana Rasulullah saw mula mengirimkan risalah dakwah kepada beberapa Raja di negara jiran baginda. Antara yang mendapat risalah tersebut adalah Hercules daripada Byzantine dan Kisra Khusraw daripada Parsi Sasanid. Hercules miskipun diriwayatkan tidak menerima Islam tetapi melayan duta Rasulullah saw dengan baik. Namun, berlainan dengan reaksi Kisra apabila mengoyak risalah Rasulullah saw sehingga menguris hati baginda Nabi saw.

Apabila Rasulullaw saw wafat dan diganti dengan sistem khalifah, ekspedisi dakwah rancak berjalan. Beberapa wilayah dan tamadun besar berjaya ditawan. Antaranya adalah Mesir oleh Amr bin As. Syria dan Parsi pula oleh Saad bin Abi Waqqas, Khalid al-Walid dan Ubaidah ibn Jarrah.
Namun, bangsa Turki tetap diberi kelonggaran dan antara yang pertama menjalinkan hubungan dengan Turki adalah Saidina Uthman bin Affan. Saidina Uthman menyeru mereka kepada Islam dan berpusu-pusu mereka memeluk Islam. Berkat keislaman mereka di zaman khulafa ar-Rashidin dan para tabiin, mereka menjadi muslim yang berpegang kuat kepada ajaran Islam.
Bangsa Turki pada masa itu kebanyakannya berasal daripada kawasan pergunungan Turkistan dan dataran Steppe. Menjelang abad ke-8 Masihi, mereka berhijrah ke arah Barat melalui dataran tinggi Serbia menuju ke laut Arab dan sebahagian pula ke wilayah Russia.

Ketika Mongol berkuasa dan menjarah banyak tempat di Asia Tengah, beribu-ribu bangsa Turki sekali lagi mengalami  pengasingan apabila mereka terpaksa berhijrah ke negeri-negeri jiran mereka. Semasa pemerintahan Dinasti Abbasiyyah, bangsa Turki sangat taat kepada penguasa di Turkistan. Mereka mendapat layanan yang baik daripada pemerintah Dinasti Abbasiyyah terutama semasa pemerintahan Al-Mustashim.
Dek kerana Al-Mustashim berfahaman Muktazillah dan banyak menzalimi ulama ahli Sunnah, maka pemerintahan Al-Mustashim banyak berlaku pemberontakan. Oleh itu, Al-Mustashim mengalihkan pusat pemerintahan ke Samarra.Di sana, Al-Mustashim lebih menggemari pegawai berbangsa Turki berbanding Arab kerana curiga dengan kesetiaan bangsa Arab iaitu bangsanya sendiri kepadanya. Bermula daripada detik itu, bangsa Turki mula mendapat kekuatan terutama daripada segi politik.
Banyak pegawai dan panglima Turki berperang di sempadan Byzantine bagi menjaga wilayah Abbasiyyah. Lama-kelamaan, bangsa Turki membentuk kekuasaan di sempadan yang pada mulanya taat setia kepada Dinasti Abbasiyyah. Apabila Dinasti Abbasiyyah runtuh, mereka muncul membentuk komuniti yang berpaksikan militari di sempadan.
Maka disitu bermulalah era Bani Saljuk yang mana pemerintah pertamanya adalah Sultan Arp Arslan. Mereka memiliki semangat jihad yang tinggi, bervisi jauh dan ingin melihat Islam tertegak di merata ceruk.
Mereka bangga menggelar mereka ‘Ghazi’ yang membawa maksud ‘orang yang suka berperang’. Sememangnya mereka gemar berperang atas dasar jihad dan tidak sesekali goyang berhadapan musuh.
Di satu sisi yang lain pula, lahir pula sebuah Dinasti yang lebih agung yang berbangsa Turki. Ia adalah dinasti Othmaniyyah yang diasaskan sekitar abad ke-13. Dinasti ini bermula daripada seorang lelaki yang bernama Ertugrul. Ertugrul dikatakan berhijrah daripada tanah airnya ke Asia Minor bersama-sama 400 tentera berkudanya. Di sana, beliau bergabung dengan Kesultanan Saljuk untuk memerangi empayar Rom Byzantine.
Gabungan kedua-dua tentera Islam tersebut membuahkan hasil dan mencapai kemenangan. Atas jasa Ertugrul, sebuah wilayah di Eskisehir dihadiahkan kepada beliau. Kemudian, anak kepada Ertugrul iaitu Osman I yang bercita-cita tinggi mendirikan sebuah empayar yang dikenali sebagai Dinasti Othmaniyyah. Empayar Othmaniyyah menenggelamkan beberapa empayar Islam yang lain sehingga pada satu peringkat empayar ini mencapai keluasan yang mencecah ke sempadan Eropah. Beberapa sultan dan panglima agung bangkit daripada empayar bangsa Turki ini.
ERTUÄžRUL-GAZÄ°3 
Sultan Muhammad al-Fatih yang mendapat sanjungan Rasulullah saw kerana berjaya membuka kota Konstatinopel lahir di dalam kelompak Bani Othmaniyyah. Ironinya, inilah bangsa yang dikatakan serpihan Ya’juk dan Ma’juk daripada sulur galur Yafit. Inilah hikmah yang mana Allah swt adalah juru-aturnya. Lihat bagaimana Allah swt memberi kekuasaan kepada siapa yang Dia suka. Islam bukan terletak di tangan bangsa Arab bahkan kepada sesiapa sahaja. Bangsa Turki menunjukkan kepada kita bahawa mereka boleh dijadikan satu tanda aras kepada kekuatan kesultanan Islam.

Netizen Kritik Wanita Mahu 'Booking' Doktor Kacak Sambut Bersalin


Netizen semalam mengkritik konti radio HotFM gara-gara ada segelintir wanita yang mahu 'menempah' seorang doktor jemputan konti radio tersebut untuk menyambut kelahiran mereka.
Say Shazril Shaharuddin doktor yang dijemput oleh Stesen Radio Hot FM


Faisal Hamdi dalam statusnya di Facebook semalam melahirkan rasa kecewa kerana ada segelintir wanita berkelalkuan begini dan tidak memikirkan langsung perasaan para suami mereka.

Dalam statusnya di FB; “Astaghfirullah… Saat ramai Muslimah dok perjuangkan untuk dapatkan doktor wanita saat bersalin dek menjaga maruah, pagi ni mendengar perempuan-perempuan TAK ADA MARUAH dok menggatal berebut nak doktor hensem yang ke udara di HotFM pagi ni sambut dia bersalin.

“Tak dapat bayangkan perasaan si suami jika dia mendengar si isteri dengan rela hati (bukan darurat) untuk MENGANGKANG depan lelaki lain atas sebab KEKACAKAN.

Tambah seorang lagi netizen berkata; “Jika berlaku maka Nusyuz, berhak diceraikan,”

Dalam pada itu netizen wanita tampil memberi komen, “Muslim luar negara menangis dpt memperjuangkan hak bertudung…kita pulak seronok bergurau bab ni..sedih…,” tulis komen saudari Omeirah Zakaria di Facebook.

Beberapa pengguna maya melemparkan kata-kata tidak puas hati terhadap konti radio Hot FM dan mengatakan stesen radio tersebut banyak membicarakan isu yang tidak baik kepada masyarakat. -HarianBlogger.Com

Sumber asal: SuaraTV

Kisah Benar Askar Jepun 28 Tahun Hidup Di Hutan Selepas Perang Dunia Kedua


Sudah lebih daripada 60 tahun semenjak Perang Dunia Ke-2 berakhir dengan keputusan peperangan berpihak kepada Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Siapa sangka, walaupun perang telah lama berakhir, seorang askar Jepun yang ketakutan telah ditemui bersembunyi di dalam hutan selama 28 tahun, iaitu kira-kira 40 tahun setelah perang berakhir.
shoichi yokoi
Tepat 40 tahun semenjak seorang askar Jepun ditemui di hutan Guam, setelah terselamat dan berada di sana selama hampir 3 dekad selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2.

Beliau diberi sambutan seperti seorang wira semasa ketibaan beliau di Jepun.

Walaubagaimana pun, beliau sering merasai seolah-olah masih belum berasa seperti di rumah dalam keadaan Jepun pada era moden ini.

Selama 28 tahun ini, Shoichi Yokoi, seorang askar berpangkat Lans Koperal dalam pasukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke-2 menghabiskan masa dengan bersembunyi di dalam hutan dengan kepercayaan ahli pasukannya akan datang membawanya pulang.




Beliau akhirnya telah ditemui oleh sekumpulan pemburu tempatan di Pulau Pasifik, pada 24 Januari 1972 dan askar yang berusia 57 tahun ini masih lagi beranggapan bahawa hidupnya berada dalam bahaya.

"Dia sangat takut." kata Omi Hatashin, sepupu kepada Yokoi.

Terkejut dengan kehadiran manusia yang sangat ramai setelah bertahun-tahun hidup bersendirian, Yokoi cuba untuk merampas salah satu senapang daripada pemburu berkenaan namun disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat dan lemah, beliau bukan tandingan kepada pemburu tempatan itu.

"Pada masa itu, dia takut pemburu berkenaan akan mengambilnya sebagai tawanan perang - dan merupakan malu yang paling besar bagi seorang Tentera Jepun dan keluarganya yang berada di Jepun." kata Hatashin lagi.

Semasa sekumpulan pemburu itu cuba untuk membawanya pergi melalui kawasan hutan yang berumput tinggi, dia merayu kepada pemburu berkenaan untuk membunuhnya sahaja di situ.

Dengan menggunakan sejarah dan memoir pakciknya, Yokoi selepas dua tahun penemuan beliau, serta testimoni mereka yang menemui pakciknya pada masa itu, Hatashin telah menghabiskan masa selama beberapa tahun untuk menyatukan kembali cerita dramatik pakcik nya itu.

Dia berjaya menerbitkan sebuah buku bertajuk "Private Yokoi’s War and Life on Guam, 1944-1972" dalam Bahasa Inggeris pada 2009.

"Saya sangat berbangga dengan beliau. Beliau adalah seorang yang pemalu dan tenang serta mempunyai kehadiran yang besar." katanya.

Pengalaman pahit Yokoi bermula pada Julai 1944 apabila Tentera US menyerbu Guam sebagai sebahagian daripada serangan mereka terhadap Jepun dalam pertempuran di Pasifik.

Serangan tersebut sangat ganas, bilangan mangsa yang terkorban adalah tinggi pada kedua-dua belah pihak.

Namun, apabila pusat perintah Jepun berjaya diganggu, askar seperti Yokoi dan lain-lain askar dalam pasukan mereka, terpaksa dibiarkan hidup untuk menjaga diri-mereka sendiri.

"Dari awal, mereka mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak dikesan pihak musuh. Mereka memadam bekas tapak kaki mereka apabila mereka melangkah masuk dan bergerak melalui semak." kata Hatashin.

Dalam tahun-tahun awal keadaan Tentera Jepun itu, bilangan mereka semakin berkurangan dengan hanya menjadi beberapa dozen anggota.

Mereka terpaksa menangkap dan membunuh haiwan ternakan penduduk tempatan sebagai sumber makanan.

Bimbang dikesan oleh Tentera US dan penduduk tempatan, mereka membawa diri semakin dalam ke dalam hutan.

Di sana, mereka terpaksa makan katak beracun, belut dan tikus.

Yokoi juga ada membuat perangkap dari buluh untuk menangkap belut.

Beliau juga menggali sebuah lubang perlindungan bawah tanah yang disokong dengan batang buluh yang kuat.

"Beliau merupakan seorang lelaki yang sangat pintar". kata Hatashin.

Membuatkan dirinya sibuk juga dapat membantu beliau melupakan sejenak daripada terlampau berfikir mengenai sanak-saudara atau keluarga di kampung halaman, kata sepupunya itu lagi.

Kembali ke Guam
Memoir Yokoi sendiri juga menceritakan mengenai pengalaman beliau semasa bersembunyi dan mendedahkan keadaan terdesak beliau untuk tidak putus harapan, tambah-tambah lagi semasa tempoh 8 tahun yang terakhir di mana beliau benar-benar hidup keseorangan selepas dua sahabat terakhirnya yang masih hidup, meninggal dunia semasa banjir pada tahun 1964.

Dengan menumpukan fikiran beliau untuk pulang dan berjumpa dengan ibunya yang uzur, beliau sendiri pernah menulis.
"Ia adalah sia-sia untuk membuatkan hatiku sakit dengan dengan perkara-perkara seperti ini."

Pada suatu ketika yang lain, semasa dia dalam keadaan sakit yang teramat sangat di dalam hutan, dia menulis :

"Tidak! Saya tidak boleh mati di sini! Saya tidak boleh mendedahkan mayat saya kepada musuh. Saya mesti pulang ke rumah untuk mati. Saya telah berada sejauh ini untuk selamat dan saya tak boleh sia-sia kan nya sekarang."
Dua minggu selepas penemuan beliau di dalam hutan, beliau akhirnya dibawa pulang ke Jepun.

Beliau telah dikepung dengan pihak media, ditemuramah di televisyen dan radio, dan kerap dijemput untuk memberikan ucapan di universiti-universiti dan sekolah-sekolah di seluruh negara.

Hatashin, yang ketika itu berusia 6 tahun semasa Yokoi mengahwini makciknya berkata bekas askar memang tidak boleh hidup tenang di dalam kehidupan moden Jepun.

Yokoi tidak kagum dengan pembangunan pesat negara selepas perang dan sekali mengulas mengenai rupa baru matawang 10,000 Yen yang kini dianggap seperti "tidak bernilai" itu.

Menurut Hatashin, pakciknya itu sering bernostalgia mengenai kehidupan pada masa lalu seiring dengan keadaannya yang semakin tua, dan sebelum kematiannya pada tahun 1997, beliau kerap berkunjung ke Guam bersama isterinya.

Beberapa hadiah peninggalannya ketika hayat nya dihutan termasuk perangkap belut ciptaannya sendiri, tersimpan di dalam muzium kecil di pulau itu.







Sumber asal: 1newsonline.com

Fakta-fakta Pelik Semasa Perang Dunia Kedua



Warga Jerman pertama yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru daripada tentera Jepun semasa pencerobohan Jepun ke atas China pada 1937. 
(Jerman dan Jepun adalah antara negara utama yang membentuk pakatan Paksi selain Itali)

Sebaliknya berlaku kepada


  • Warga Amerika Syarikat pertama yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru daripada tentera Rusia semasa pencerobohan Rusia ke atas Finland pada 1940.


(Amerika Syarikat dan Rusia adalah antara negara utama yang membentuk pakatan Berikat selain Britain)


  • Tentera Infantri Amerika Syarikat divisyen ke-45 menggunakan simbol swastika pada bahu mereka.

Sebaliknya berlaku kepada


  • Kereta api peribadi Aldolf Hitler digelar dengan gelaran ‘Amerika’.

Yang pelik


  • Hiroyoshi Nishizawa adalah seorang juruterbang yang mempunyai reputasi paling cemerlang semasa Perang Dunia Kedua. 


Beliau telah menembak jatuh lebih 87 buah pesawat musuh. Lain-lain sumber menyatakan beliau menembak jatuh lebih 100 pesawat musuh.

Namun, beliau akhirnya maut semasa menjadi penumpang kepada pesawat kargo yang ditembak musuh.


  • Apabila tentera Berikat dapat menyeberangi sungai Rhine, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk memberi satu ‘tayangan’ unik- kencing di sungai Rhine.! 

Daripada pangkat prebet sehingga kepada Winston Churchill dan Jeneral Patton, kesemua mereka pernah melakukannya.


  • U.S Army mempunyai unit kapal perang yang melebihi daripada yang dimiliki U.S Navy semasa Perang Dunia Kedua.



  • Seramai 84 orang Jeneral Jerman telah dipenjara dan dihukum gantung oleh Aldolf Hitler kerana disyaki sebagai agen dan perisik. Ia termasuklah seorang Jeneral Jerman Nazi paling berjasa, Erwin Rommel yang digelar Desert Fox kerana kelicikan beliau merancang strategi perang.



  • Salah satu cara tentera Jepun memusnahkan kereta kebal musuh adalah dengan menanam kelongsong-kelongsong artileri berat di dalam tanah dengan muncungnya menghadap ke langit. Apabila kereta kebal mendekati kelongsong-kelongsong yang ditanam, tentera Jepun akan mengetuk dengan kuat muncung kelongsong tersebut. Selepas itu, ‘kebooommmm’.!



  • Kebanyakkan tentera Waffen SS(Tentera infantri Jerman) bukan berketurunan Jerman. Kebanyakkan mereka adalah warga Bosnia, Chenchen, Turki, India, Korea dan banyak lagi.


Yang Agak Pelik


  • Jerman hanya mengistiyharkan perang secara rasmi kepada satu-satunya negara iaitu Amerika Syarikat.




  • Jerman kehilangan 136 Jeneral. Secara purata mereka kehilangan seorang Jeneral untuk jangka masa dua minggu.



  • Di kalangan tentera Jerman Nazi yang ditangkap semasa pendaratan besar-besaran di Normandy adalah berpuluh-puluh tentera Jerman Nazi warga Korea(mereka adalah tentera Korea). Tentera Korea telah dipaksa berperang untuk Jepun sehingga mereka ditangkap oleh tentera Rusia dan dipaksa berperang untuk Rusia sehingga mereka ditangkap oleh tentera Jerman dan dipaksa berperang untuk Jerman sehingga mereka ditangkap oleh tentera Amerika Syarikat.



  • ME-264 milik Jerman mampu untuk mengebom bandar New York sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Namun, Jerman tidak menggunakannya sebaik mungkin.



  • U-Boat boleh dianggap kubur yang bergerak di lautan. 40,000 orang tentera Jerman berkhidmat di dalam kapal selam U-Boat. Namun, 30,000 orang gagal pulang ke tanah tumpah darah mereka. Mereka diistiyharkan mati dan hilang semasa berkhidmat.



  • Calvin Graham adalah tentera Amerika Syarikat paling muda iaitu 12 tahun. Malah ia adalah rekod bagi tentera paling muda berkhidmat sepanjang Perang Dunia Kedua. Namun, Graham terpaksa pulang ke kampung dan dikenakan Dishonorable Discharge setelah beliau didapati menipu berkenaan usianya. Beliau menyatakan usianya adalah 19 tahun.



  • Sebanyak 433 buah pingat Medal of Honour telah diberikan kepada tentera-tentera Amerika Syarikat yang paling berjasa semasa Perang Dunia Kedua. Namun 219 orang daripada mereka menerimanya setelah mereka maut dalam pertempuran.



  • Jerman kehilangan 110 orang komander Divisyen semasa Perang Dunia Kedua.



  • Tentera Amerika Syarikat yang mempunyai pangkat paling tinggi terbunuh adalah Lt. Jeneral Lesley J. McNair. Beliau dibunuh oleh tentera Amerika sendiri, US Army Air Corp semasa operasi Cobra di Normandy.



  • Beberapa orang tentera udara daripada kesemua negara yang berperang akan mengalami masalah untuk kentut dan akhirnya membawa maut. Kenapa?cuba kaji sendiri.


Calvin Graham
(apabila pesawat mendaki lebih 20,000 kaki, udara di dalam usus perut akan mengembang melebihi 300% dan seterusnya membawa maut.!)

Sumber: takusahrisau.wordpress

Popular Posts