Saturday 23 February 2013

Tindakan empat General (B) sertai PR kerana bencikan rasuah


Minggu lepas empat bekas General dari ketiga-tiga cawangan angkatan bersejata Malaysia telah bertindak nekad untuk terjun ke dalam arena politik dan menyertai Pakatan Rakyat.
 
Apa kah yang menyebabkan mereka bertindak menyertai Pakatan Rakyat itu. Persoalan ini sangat penting kerana sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan itu mesti bersebab. Untuk mengetahuinya elok kita ikuti sebahagian dari kata-kata mereka:-


LEFTENEN GENERAL (B) DATUK ABDUL GHAFIR ABDUL HAMID, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat
“Pembelian melalui rundingan buka melalui tender terbuka menyebabkan rasuah menjadi-jadi. Jika di kumpulkan keseluruhannya sejak mula berkhidmat sehingga bersara pada 2005 ia lebih kurang RM75 billion”
LAKSAMANA PERTAMA (B) IMRAN ABDUL HAMID, Bekas Ketua Logistik Markas Armada TLDM
“mengapa RM 9 billion? Sedangkan semasa saya berkhidmat, perjanjian TLDM dan Kementerian Pertahanan untuk membeli 27 kapal, hanya RM6 billion. Mengapa baru buat 6 petrol vessel?”
BRIG GENERAL ABDUL HADI ABDUL KHATAB, Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara.
“Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima TUDM, beritahu siapa hilangkan enjin jet? Kes seperti Scorpene, pembelian helicopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapan”
BRIGED JENERAL (B) DATUK NAJMI AHMAD, Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat)
 
“Campur tangan (UMNO) melampau hinggakan pegawai-pegawai kerajaan susah menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap gulunagn professional. Ia berluasa dan perlu diperbetulkan”
Tindakan keempat-empat bekas General ini memberikan semangat yang kuat untuk semua melakukan perubahan dan tentunya kata-kata mereka ini lebih telus dari kata-kata dan jawapan-jawapan yang di berikan oleh Menteri Pertahanan atau sesiap yang ada di dalam kerajaan itu.

Isu Kepentingan Wanita Diketepikan Dalam Bajet2013





Oleh Wan Azizah

Isu-isu Wanita adalah luas dan pelbagai. Wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan  wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad. Pada hari ini, saya ingin melahirkan suara hati, sebagai seorang wanita yang pernah bekerja sebagai doktor pakar mata di hospital kerajaan selama 15 tahun.

Saya juga ingin berbicara sebagai seorang muslimah dan ibu kepada 6 orang anak; saya bersyukur walaupun ayah mereka, Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara dengan zalim, semua anak-anak kami boleh dikatakan berjaya mendapati pendidikan tinggi dan kini mempunyai kehidupan produktif dan gembira.

Saya juga ingin berkata sebagai seorang nenek yang sudah mempunyai tiga orang cucu dan juga sebagai seorang ahli politik. Dengan pengalaman yang pelbagai inilah maka saya ingin membicarakan tentang isu-isu wanita.


Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh YB Hajah Zuraidah daripada KEADILAN, YB Chong Eng daripada DAP dan YB Hajah Siti Zailah daripada PAS telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil “Agenda Wanita Malaysia”. Dokumen ini mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan Wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda. Kesemua dasar-dasar yang tersebut diatas ada terkandung di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat kami.
4.    Saya ingin membuat perbandingan diantara Belanjawan Pakatan Rakyat dengan belanjawan BN UMNO dan akan menjelaskan dua polisi kami iaitu :-
• Caruman Wanita Nasional; dan
• Elaun Penjagaan Anak.

5.    Caruman Wanita Nasional adalah satu skim jaringan keselamatan sosial bagi Wanita suri rumah. Ideanya adalah seperti berikut; sekiranya suami meninggal dunia, menjadi kurang upaya atau menceraikan isteri, suri rumah akan mempunyai simpanan wang untuk menangani sebarang kemunkginan yang boleh terjadi. Kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk memberikan caruman sebanyak RM600 setahun kepada setiap suri rumah, dan akan memastikan dan menggalakkan suami menyumbang sejumlah wang sebanyak RM120 ke RM1,200 setahun kepada caruman yang sama.

6.    Sasaran skim ini adalah untuk memastikan seorang suri rumah mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM30, 000 ketika usia 50 tahun. Kami menjangkakan terdapat 5 juta suri rumah yang bakal menyertai skim ini dan ianya akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion setahun. Walaupun skim ini adalah berdasarkan kepada prinsip kebajikan, sasaran ekonominya adalah untuk menggalakkan simpanan peribadi. Skim ini adalah merupakan salah satu program kita untuk meningkatkan pendapatan isi rumah (disposable income).

7.    Skim Elaun Penjagaan Anak diperkenalkan untuk menolong wanita miskin yang bekerja dimana pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM1, 000 sebulan. Bagi setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kita akan menyediakan dana jagaan kanak-kanak sokongan sebanyak RM1, 000 setahun. Sokongan ini berhasrat membantu ibu yang bekerja untuk membayar yuran pengasuh menjaga anaknya ketika ibu sedang berkerja.

8.    Kini terdapat kira-kira 470,000 isi rumah miskin yang layak untuk skim ini dan pada kadar purata 2 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun bagi setiap isi rumah, skim ini akan menelan belanja kira-kira RM940 juta setahun. Walaupun mahal, skim ini mempunyai sasaran ekonomi untuk membebaskan lebih ramai Wanita untuk menyertai tenaga kerja.

9.    Kesimpulannya; kedua-dua projek memberdayakan Wanita tersebut akan menelan belanja RM3.94 bilion setahun. Pada keseluruhannya, Pakatan Rakyat berhasrat untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita, ini merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh UMNO BN.


Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,PresidenParti Keadilan Rakyat

Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar



"KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata,  Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.
"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang  tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?

"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.


Analogi haiwan


Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!

sumber

Sambutan Meriah Anwar di Labuan Sabah...

"

DS Anwar Ibrahim Bergerak melakukan lawatan sehari ke  Labuan

Ketibaan DS Anwar Ibrahim disambut meriah di Labuan
 

Bersemangat DSAI memberikan Pidato dihadapan ribuan Penyokong PR  di labuan 

sila  klik FB FAN PAGE  ORANG KAMPUNG UNTUK DAPATKAN  BERITA TERKINI   


Note: Ada 4 keping gambar - PK"




Tuesday 12 February 2013

Saiz Tidak Menghalang Kebahagian Perkahwinan


 
 

 
 
 

 


Sedia jawab tuduhan RM403 juta


Sedia jawab tuduhan RM403 juta
Mukhriz (kanan) mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama penduduk sambil membantu mengacau sup daging di Kodiang, semalam.
 
KODIANG - Umno Kedah sedia menjawab semua tuduhan mengenai 11 penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan mereka di Kedah berjumlah sehingga RM403 juta.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya tidak gusar dan bimbang terhadap setiap persoalan yang akan dibangkitkan kerana dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Katanya, pihaknya juga akan menjawab setiap isu dengan terperinci selepas menerima memorandum tersebut daripada Bongkar 403 juta yang mahu pihaknya memberi penjelasan.

“Buat masa ini saya masih belum dapat apa-apa maklumat berhubung penerimaan memorandum itu.

“Saya lihat kempen Bongkar 403 juta ini juga sebenarnya tidak dapat sambutan orang ramai. Yang datang semasa demonstrasi di pekarangan Masjid Zahir Alor Setar baru-baru ini pun berapa puluh orang sahaja.

“Saya hairan kenapa  sekarang ini baru dia (kerajaan negeri) nak ungkit perkara yang sudah berlaku. Mungkin sudah lebih 20 tahun yang lalu.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan Pas sekarang sudah tidak ada isu yang hendak dibangkitkan kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan pelancaran Skim Rondaan Sukarela (SRS) kawasan Sanglang, semalam.

Mukhriz berkata, pihaknya juga tiada  masalah untuk menjawab setiap isu yang dibangkitkan parti lawan.

“Kita tiada masalah, mereka boleh tanya. Sebenarnya yang berkait  kerajaan negeri pun jauh lebih banyak berbanding kita. Baru lima tahun perintah dah jadi macam ini,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, BN Kedah perlu menjawab semua tuduhan mengenai penyelewengan  berlaku ketika pemerintahan mereka.

Menurut laporan itu, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar berkata, satu memorandum akan dihantar ke Pejabat Barisan Nasional Kedah dalam masa terdekat untuk mendapat penjelasan secara terperinci sebelum PRU13.

Marilyn Monroe Statue Leaves Chicago


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 



Samseng Umno belasah mahasiswa edar risalah di Parlimen Pekan



KUALA LUMPUR 12 FEB: Baru lima hari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengumumkan bertanding dalam PRU 13 di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, mahasiswa yang mengedar risalah sudah pun diganggu samseng Umno dengan membelasah aktivisnya, Ekhsan Bukhari tengah hari tadi.

Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) itu dibelasah empat samseng Umno selepas mengedar risalah ‘Harapan Malaysia’ di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis.

ehsan“Selepas edar risalah, saya dan Fatih Abdul Aziz dan Alif Hafiz masuk ke kereta untuk ke lokasi lain. Tiba-tiba datang tiga lelaki tempatan merampas kunci kereta kami.

“Kemudian, datang tiga orang lagi yang mengaku ahli Umno, memaki kami. Mereka tarik saya keluar dari kereta hingga terjatuh. Mereka serta-merta menendang kepala dan badan yang terbaring di tanah.

“Saya cedera di beberapa bahagian di badan, antaranya siku saya berdarah dan bahagian leher baju koyak,” kata bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) itu ketika dihubungi Keadilan Daily dari sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ekhsan berkata, kereta yang dinaiki mereka turut kemek di bahagian tepi manakala kereta seorang ahli PAS yang menjadi penunjuk arah kemek di bahagian depan.

“Saya hairan, kalau Datuk Seri Najib Razak betul-betul kuat di Pekan, kenapa hantar samseng untuk pukul kami? Kami datang bawa hujah dan idea. Mereka patut lawan dengan cara sama,” katanya.

Ketika ini, mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan.

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) sebelum ini membuat pengumuman untuk bertanding di Parlimen Pekan yang disandang Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi penolakan mahasiswa terhadap Umno BN.

Sumber

Inca Girl Frozen For 500 Years


 
 
 
 
 

 
 
 



MSC Malaysia semakin lenyap di dunia: Kit Siang



KUALA LUMPUR, 11 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Malaysia yang diisytihar sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) 16 tahun lalu, kini semakin hilang daripada pengetahuan dunia sebagai lokasi teknologi maklumat (IT) antarabangsa terpenting.

Katanya, Malaysia yang dulunya setanding dengan Korea Selatan dalam IT, namun kini Korea Selatan menjadi negara pertama di dunia menjadi masyarakat jalur lebar dan mempunyai internet terpantas di dunia dengan purata kelajuan pada 2012 14.7 Mbps, 650% lebih tinggi berbanding purata 2.2 Mbps di Malaysia.

“Begitu juga dalam tadbir urus yang baik, Malaysia tertinggal di belakang Korea Selatan terutama dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sejak lima tahun lalu, yang mana Malaysia dilihat lebih korup menduduki tempat ke-47 hingga 60 dalam kedudukan dunia manakala Korea Selatan hanya ke-39 hingga 45.

“Dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang disusun oleh Reporters Sans Frontieres (Reporters Without Borders), Malaysia berada pada kedudukan paling rendah dalam sejarah iaitu ke-145 berbanding Korea Selatan pada kedudukan ke-50.

“Terkini, Trends in Mathematics and Science Survey (TIMSS) 2011 menonjolkan Malaysia sebagai negara yang mengalami kejatuhan terbesar markahnya untuk matematik dan sains di kalangan negara yang menyertainya, sambil mengesahkan corak berterusan penguasaan sekumpulan sistem pendidikan Asia iaitu Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong dalam dua subjek penting itu.

“Malaysia dengan sedih  tertinggal di belakang Korea Selatan di dalam kecemerlangan pendidikan. Di dalam Times Higher Education World University Rankings 2012-2013, empat universiti Korea Selatan termasuk dalam senarai antara 200 Universiti Terbaik sementara enam di dalam 400 Universiti Terbaik Dunia, namun tiada satu pun universiti dari Malaysia,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 60 Hari ke PRU-13, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa Malaysia begitu jauh ketinggalan di belakang Korea Selatan dalam pelbagai bidang, sedangkan sudah 56 tahun Merdeka.

Beliau berharap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan persembahan Gangnam Style bintang pop Korea, Psy, di Pulau Pinang esok, Najib perlu membuat kenyataan sama ada Malaysia mampu mengejar Korea Selatan atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang yang semakin besar antara dua negara itu.

Monday 11 February 2013

T 28 : Kereta Kebal Gergasi Dengan 4 Runut


Kereta kebal Overlord ialah kereta kebal kegemaran kami dari permainan komputer Command and Conquer Generals. Ianya kereta kebal gergasi China dengan 4 runut. Kami tak tahu bahawa semasa Perang Dunia Kedua dahulu terdapat kereta kebal gergasi seakan-akan Overlord.
Kereta kebal ini ialah T-28 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat. Ia direka bagi menentang pemusnah kereta kebal Jagdpanther yang milik tentera Nazi. Kereta kebal M-4 Sherman yang digunakan pada waktu ini tidak mempunyai ketebalan armor yang secukupnya bagi menentang meriam 88mm Jagdpanther yang mempunyai kuasa pemusnah yang menakutkan.
T-28 dibina pada tahun 1945. Dua buah prototaip dihasilkan dan setiap satunya seberat 86.2 tan. Oleh sebab itu konfigurasi 2 runut yang biasanya digunakan pada kereta kebal tidak cukup untuk menyebarkan berat T-28 ke permukaan tanah. Oleh itu 4 runut digunakan bagi memastikan kereta kebal ini tidak akan tenggelam. T-28 diperkasakan dengan meriam 105 mm dan  enjin V-6 500 kuasa kuda yang mampu menggerakkannya pada kelajuan 19 kilometer sejam. Ketebalan armor pada bahagian depan ialah 300 mm , 130 mm pada bahagian bawah dan 64 mm pada bahagian tepi. Kerana armor yang tebal meriam T-28 tidak diletakkan di dalam rudal berputar. Untuk membidik keseluruhan kereta kebal harus digerakkan ke arah musuh. 
Antara keunikan lain T-28 ialah dua runut luarannya boleh ditanggalkan dan dilipat. Ini membolehkan T-28 melalui jalan yang sempit. Runut luar ini kemudian boleh ditarik di belakang kereta kebal.
Projek T-28 dihentikan pada tahun 1947 kerana didapati tidak praktikal untuk digunakan di medan perang. Pada tahun sebelumnya salah sebuah prototaip yang dihasilkan terbakar dan musnah. Satu-satunya kereta kenal T-28 yang masih wujud kini boleh dilihat di Muzium Armor dan Kereta Kebal Patton di Kentucky

Popular Posts