Monday, 24 September 2012

Rayuan Peragut

JITRA: Seorang peragut merayu kepada orang ramai supaya berhenti daripada membelasahnya sebaik dicekup selepas meragut beg tangan seorang gadis yang berjalan kaki bersama ibunya berhampiran pasar malam di Pekan Jitra 2, di sini, malam kelmarin.
Suspek yang juga duda anak dua berusia 27 tahun cuba melarikan diri selepas motosikal ditunggangi bersama seorang lagi rakannya terbabas ketika dikejar orang awam yang melihat kejadian jam 8.30 malam itu.
Bagaimanapun, rakannya dapat melarikan diri, manakala suspek diserahkan kepada anggota polis yang tiba tidak lama kemudian.

Lelaki itu dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan selepas cedera di muka dan beberapa anggota badan.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapatinya positif mengambil dadah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts