Monday, 27 August 2012

Sheikh Australia Syahid Di Syria. Al-hamdulillah!

Sheikh Mustapha Al Majzoub has been killed in Syria.
Sheikh Mustapha Al Majzoub has been killed in Syria.
SEORANG sheikh yang terkenal di Sydney telah terbunuh dalam satu serangan roket di Syria, pengesahan telah dibuat oleh keluarganya di Australia.

Sheikh Mustapha Al Majzoub meninggal dunia Ahad lalu semasa menjalankan kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan di Syria, ujar keluarga itu dalam satu kenyataan, yang turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas sokongan dan mesej takziah.

''Walaupun sekarang adalah masa yang amat mendukacitakan kami kerana kehilangan ahli keluarga yang amat kami sayangi, namun kami amat berbangga kerana Sheikh Al Majzoub meninggal dunia sewaktu melakukan apa yang dia telah lakukan sepanjang hidupnya - berkhidmat kepada masyarakat demi Allah, tanpa memikirkan dirinya sendiri," katanya.

Beliau telah dikebumikan di Syria Isnin lalu dengan majlis pengebumian diketuai oleh abangnya, Sheikh Fedaa Majzoub, satu-satunya warganegara Australia yang menjadi ahli kumpulang pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria, lapor laman web Muslim Village.

Disebabkan kesukaran mengakses maklumat dari Syria, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan masih belum mengesahkan kematian Sheikh Al Majzoub, atau sama ada dia adalah warga Australia pertama yang mati dalam konflik yang berterusan di Syria.

Penghargaan untuk syeikh terkenal ini, yang berketurunan Syria, telah membanjiri laman sosial media sebelum satu perhimpunan yang akan dihadiri oleh keluarganya di Lakemba Selasa lalu. Pusat anti-keganasan New South Wales berkemungkinan besar akan memerhatikan situasi ini, memandangkan potensinya untuk terus memarakkan ketegangan antara masyarakat Sunni dan Syi’ah di Sydney sejak konflik Syria berlaku.

Bekas guru di Unity Grammar School di barat Sydney itu pergi ke Syria atas alasan kemanusiaan Jun lalu. Punca kematiannya masih tidak diketahui apabila berita kematiannya tersebar di Australia di tengah-tengah sambutan Aidilfitri. Beberapa laporan awal menyatakan bahawa Sheikh Al Majzoub mengetuai platun pemberontak di bandar utara Salma apabila dia telah diserang, satu kemungkinan yang ditolak oleh keluarga dan pemimpin komunitinya.

Presiden Persatuan Muslim Lubnan, Samier Dandan, berkata beliau percaya Sheikh al Majzoub menguruskan perbincangan antara pemimpin kumpulan pemberontak yang perlu bekerjasama selepas konflik, dan bukannya terlibat secara langsung dalam sebarang pertempuran.

"Sheikh al Majzoub adalah seorang individu yang berkaliber, maka mereka memerlukannya untuk cuba membina hubungan antara kumpulan pemberontak yang berbeza," katanya.

''Orang seperti beliau, secara jujurnya, jika saya adalah komander tentera, saya tidak akan meletakkan mereka untuk berperang kerana mereka tidak mempunyai apa-apa pengalaman berperang. "

Jurucakap Persatuan Persahabatan Islam Australia (Islamic Friendship Association of Australia), Keysar Trad, yang percaya Sheikh Al Majzoub berada dalam wilayah Latakia pada masa kematiannya, juga menolak kemungkinan beliau terlibat dalam pertempuran, dan menganggap kemungkinan itu sebagai "tidak masuk akal".

"Beberapa roket telah dilancarkan kira-kira 50 kilometer dari bandar beliau menginap oleh tentera rejim Syria, dan malangnya beliau terbunuh dalam serangan rawak yang menghujani bandar tersebut," katanya.

"Seorang lelaki berjubah yang misi hidupnya ialah untuk membawa keamanan dan memenuhi keperluan rohani orang-orang di sekelilingnya telah dibunuh secara kejam oleh rejim Assad yang hampir runtuh."

Mr Dandan berkata Sheikh Al Majzoub dikenali sebagai seorang yang sederhana dalam komunitinya, dan juga dihormati untuk kerja-kerja beliau dengan belia Islam Australia.

"Beliau adalah seorang lelaki yang sayangkan keluarga, seorang bapa yang penyayang. Dia sangat mengambil berat tentang apa yang sedang berlaku di Syria," katanya.

Pada bulan Januari, Sheikh Al Majzoub berucap di satu perhimpunan protes di Bankstown yang menyokong pemberontakan Syria terhadap rejim Bashar al-Assad. Beliau menyatakan tentang keperluan menyokong mereka yang tertindas di seluruh di dunia, khususnya di Syria. Dalam status Facebook terakhir beliau pada 3 Ogos, dia menulis bahawa dia belajar untuk tidak menghukum seseorang melalui kekuatan mereka, "tetapi menghukum seseorang berdasarkan kesabaran mereka di waktu musibah dan di medan perang".

"Saya bertemu dengan saudara-saudara orang Islam di sini yang pada mulanya anda berfikir mereka terlalu pengasih atau lemah (kerana cara mereka melayan orang Islam yang lain), namun di medan perang mereka adalah singa yang mengganas," katanya.

Sheikh Al Majzoub mengajar di Unity Grammar School di Australia, sebuah sekolah Islam, sehingga awal tahun ini. Guru besar sekolah itu, Walid Ali, berkata Syeikh al Majzoub adalah seorang yang komited dalam pengajaran dan terhadap pelajar-pelajar beliau. Pelajar-pelajar bersama-sama kakitangan sekolah itu terkejut dengan berita kematiannya.

"Beliau adalah seorang yang benar-benar periang, sangat komited dalam pengajaran, sangat komited terhadap pelajar-pelajar di bawah jagaan beliau, dan beliau benar-benar seorang contoh teladan yang positif untuk orang lain," katanya. "Kehilangannya akan amat dirasai oleh semua orang yang mengenali beliau."
Link asal
http://www.smh.com.au/nsw/sydney-sheikh-killed-in-syria-reports-20120821-24k0r.html

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mati adalah sesuatu yang telah ditentukan. Cuma cara mati dalam perjuangan, adalah anugerah Allah SWT.untuk ditinggikan darjatnya di akhirat.  Al-hamdulillh!!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts