Thursday 2 August 2012

Amerika Cipta Robot Sekecil Serangga Untuk Membunuh Musuh


Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang.

Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbanglalu.


Menurut sumber internet yang dihimpun dari pelbagai pasukan penyelidik di Johns Hopkins University kerjasama dengan Pejabat Penyelidikan Ilmiah Tentera Udara AS di Wright-Patterson Air Force Base di Arlington, Virginia, mengatakan bahawa mereka sedang mengembangkan apa yang mereka sebut dengan kenderaan udara mikro MAV yang akan melakukan tugas sebagai perisikan di pelbagai tempat dan negara.

Serangga robot itu direka sedemikian rupa sehingga dengan mudah dapat menyusup kawasan bandar, walaupun faktor padatnya bangunan dan konsentrasi orang-orang, namun kewujudan enjin pembunuh ini tak terduga dan tanpa halangan dan sangat praktikal.

Robot serangga super mini ini juga boleh dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera dan mikrofon built-in.

Walaupun peranti perisikan baru ini mempunyai kemampuan untuk mendarat tepat pada kulit manusia, dengan menggunakan super-mikron jarum bersaiz kecil untuk mengambil sampel DNA dan terbang lagi dengan kelajuan tinggi. Orang hanya akan merasa sedikit rasa sakit seperti gigitan nyamuk tanpa sensasi terbakar dan bengkak.
"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts