MOHD.
RIDHWAN KHAN dipercayai memanjat pagar semasa melarikan diri dari Pusat
Rawatan Cahaya Petunjuk di Wang Tepus, Jitra baru-baru ini. Gambar
kecil, Mohd. Muzni Mohd. Noor.
JITRA
- Seorang pelatih lelaki yang berperwatakan seperti wanita melarikan
diri dari sebuah pusat rawatan serta pemulihan dadah dan akhlak di Wang
Tepus di sini sejak 11 hari lalu.
Mohd.
Ridhwan Khan Jumakahn (gambar kecil), 30, yang berasal dari Negeri
Sembilan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan semasa menerima
rawatan di pusat berkenaan.
Pengetua
Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk, Mohd. Muzni Mohd. Noor memberitahu,
pihaknya menyedari kehilangan pelatih itu ketika mahu mengejutkan para
pelatih untuk solat Subuh secara berjemaah kira-kira pukul 5 pagi pada
14 Oktober lalu.
Katanya, pihaknya percaya pelatih terbabit memanjat pagar di pusat itu sebelum berjaya meloloskan diri.
"Kami telah cuba mencarinya di merata-rata tempat termasuk di Alor Setar, Pokok Sena dan Kuala Nerang, namun gagal.
"Kami
turut menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemuinya di
kawasan Bukit Tembaga, Kuala Nerang dan ingin menghantarnya pulang ke
pusat ini.
"Malangnya,
pelatih itu berjaya melarikan diri dan masuk ke kawasan hutan kerana
tidak mahu diberi rawatan semula di pusat ini," katanya di sini semalam.
Mohd.
Ridhwan Khan dimasukkan ke pusat itu sejak Mei lalu selepas ditahan
kerana kes penyalahgunaan dadah selain berpakaian dan berperwatakan
seperti wanita.
Menurut Mohd. Muzni, ketika melarikan diri, dia dipercayai memakai kemeja T berwarna biru gelap dan seluar trek biru.
"Sebelum ini dia pernah cuba melarikan diri sebanyak dua kali, namun berjaya ditahan polis dan dimasukkan semula ke pusat itu.
"Kita
tidak mahu dia kembali kepada perwatakan wanita kerana sejak berada di
sini dia sudah boleh menerima perubahan dan kembali menunjukkan
sifat-sifat kelelakian secara perlahan-lahan," ujarnya.
Laporan kehilangan pelatih itu dibuat di Balai Polis Jitra pada 22 Oktober lalu.
Dalam
pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohamed
Yusof ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai
kes itu.
No comments:
Post a Comment