GEORGE
TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi anugerah insentif
RM100,000 kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan menjadi rakyat
Malaysia pertama untuk memenangi 2 pingat perak Olimpik dan usaha
gigihnya dalam Sukan Olimpik London 2012.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini berkata, insentif itu juga sebagai galakan kepada Lee untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016.
“Anugerah insentif ini akan diberi melalui program ganjaran Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd (PBA) untuk olahragawan Pulau Pinang yang bertaraf dunia,” katanya. (HMO)

No comments:
Post a Comment