Belajar main bowling sampai jadi jaguh, anda ada lesen untuk rogol budak bawah umur? |
Kita layan kejap undang-undang sivil. Lagipun negara kita letak
undang-undang ala British tu di atas sekali dalam hal ehwal jenayah. Aku
tak ada pilihan lain selain dari follow dan kritik apa yang aku rasa
tak betul base on that sivil law, ok. Walau macam manapun aku tak rela
undang-undang macam tu berjalan dan aku reserve hak aku untuk pangkah
pada mereka yang sudi mahu melaksanakan tututan syariah.
Baik!, berbalik pada tajuk sensasi tidak bermoral yang aku letak di atas
tu, aku pilih tajuk itu sebab kes seorang champion main bowling negara
yang didapati bersalah dan mengaku bersalah merogol remaja berumur 13
tahun di sebuah hotel telah diringankan hukuman kerana dia mempunyai
masa depan yang cerah.
Hukumannya diringankan seumpama macam tak ada hukuman lansung sebab dari
asal hukuman penjara 5 tahun dia bertukar menjadi "berkelakuan baik
selama 5 tahun beserta ikat jamin RM25k". Waduh waduh seronok balun
budak kecik lepas tu hukumannya hanya perlu buat baik selama 5 tahun.
Apa hangpa pasang cctv kat atas kepala dia ke untuk pantau dia selama 5
tahun. hari tu dia kantoi belasah awek budak kecik 13 tahun tu, lepas ni
kalau dia belasah berdozen anak dara dan tak dara peminat muka hensem
tangan keras hayun bola bowling dia tu macam mana?.
Kemudia yang lucunya pulak, selepas 5 tahun lagi dia boleh tak
berkelakuan baiklah? begitu ke maksudnya. Woooit, berkelakuan baik tu
bukan hukuman, macamlah hang jatuhkan hukuman tak boleh tinggalkan solat
selama 5 tahun, itu memang dah wajib dan kalau tak buat kena bunuh, tau
tak?.
Hukuman bermoral macam tu bagi mesej kuat pada remaja lain untuk
berusaha menjadi champion atau apa-apa saja yang boleh memberi tanda
masa depannya akan cerah. Dengan status tersebut maka kelakuan anda
pelahap tubuh budak kecik 13 tahun tidak akan dikira sebagai jenayah
berat. Dan hukuman lawak akan diberikan semata-mata takut masa depan
budak champion akan rosak.
Alahai! aku tak paham puak hakim ni jenis yang berkawan dengan
masyarakat atau tidak. Berdasarkan apa yang berlaku di atas aku yakin
dia jenis bergaul sesama dia saja dan telah lama meninggalkan dunia
kemasyarakatan!
Tonton TV1.T2.T3.TVi .Muzik Aktif,astro ria,astro prima.astro warna,astro ceria
ReplyDeleteastro arena,bernama tv dan pelbagai channel menarik hanya di http://www.vecests.com/2013/01/online-tv-malaysia-radio-streaming.html semua nya di bawakan khas untuk anda