Monday 13 August 2012

Mydin Taman Saga terima tiga juta pengunjung


ALOR SETAR 9 Ogos - Sejak dibuka lima bulan lalu, Pasaraya Besar Mydin di Taman Saga di sini, telah menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila dikunjungi lebih daripada tiga juta pengguna.
Pengurusnya, Azmin Saduruddin berkata, tawaran harga rendah setiap hari menjadi tarikan kepada pengguna yang mahukan penjimatan dalam perbelanjaan harian mereka.
"Dengan purata kunjungan pengguna kira-kira 22,000 orang sehari, pihak kami mampu meraih jualan RM10 juta sebulan.
"Sejak dibuka Mac lalu pengguna memberi maklum balas positif terhadap barangan yang ditawarkan di Mydin.
"Mydin juga terletak di lokasi strategik berdekatan taman perumahan selain hampir susur masuk Lebuhraya Utara-Selatan yang turut menyumbang kepada kejayaan pasar raya ini," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan warga emas di pasar raya itu di sini hari ini.
Seramai 70 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Batu 9 dan warga emas dari sekitar Alor Mengkudu di sini diraikan dalam majlis pertama kali sempena Ramadan yang diadakan di pasar raya cawangan itu.
Turut hadir Pengarah Urusan Mydin Bahagian Utara, Saduruddin Gulam Husen.
Azmin yang juga Pengurus Besar Mydin Wilayah Utara berkata, bersempena musim perayaan, pasar raya cawangan itu akan melanjutkan tempoh operasinya sehingga pukul 12 tengah malam pada tiga hari terakhir menjelang Aidilfitri.
Katanya, pelbagai tawaran menarik disediakan kepada pengunjung termasuk harga rendah sehingga 30 peratus untuk pakaian raya berbanding pasaran.
"Sepasang baju Melayu dan baju kurung dijual antara RM29 hingga RM79," katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts