Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?
Berpandukan
sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah
lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah
yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita
petunjuk.
Lihat semua pergerakan ini:
Pada
struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang
bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar
mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.
Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.
Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.
Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.
Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.
Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.
Mengikut
artikel “Rahsia Kaabah” yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa
antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di
Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah
tawaf mengikut arah lawan jam.
Hukum Tangan Kanan
Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)
menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi
oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil
suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.
Ketika
jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada
suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam
tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi
Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari
Kaabah.
Jadi
dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat
mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang
elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi
berlipat kali ganda.
Dalam
persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya
pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air
mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia
menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab
itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya
dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a’lam.
Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!
- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -
ikhwanmencarinurillahi.
No comments:
Post a Comment