Sunday, 12 August 2012

Petani Kedah Hasil Benih Padi Baru..!!!


ALOR SETAR -  Usaha seorang petani melakukan proses kacukan benih padi MR276 dengan Radin Emas atau benih Jarum Emas berjaya menghasilkan benih baru yang berbeza dengan benih padi lain.
Ishak Mahmud, 52 tahun dari Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, di sini berkata, pada awalnya dia hanya ingin mencuba untuk melihat hasil kacukan yang masih belum pernah dilakukan petani lain.
Menurutnya, usaha yang dilakukan kira-kira dua tahun lalu dengan hanya mencuba empat bekas berjaya menghasilkan benih yang diberi nama KS299.
“Pada peringkat awal, hanya satu tangkai sahaja yang berhasil, kemudian pada musim kedua saya mampu menghasilkan 80 tangkai,” ujarnya.
Ishak memberitahu, sekarang beliau berjaya menghasilkan kira-kira satu ekar (0.4 hektar) benih padi KS299 yang berbeza dengan benih padi lain.
Ishak yang menjadi petani hampir 30 tahun lalu berkata, benih padi yang dihasilkan itu mempunyai tangkai yang lebih panjang dan isinya lebih padat serta warnanya seakan-akan berwarna perang.

Beliau berkata, dari segi penjagaan KS299 sama seperti padi yang lain dan ia perlu dielak dari bercampur dengan padi angina yang mampu merosakkan tanaman itu.
“Saya beri nama benih padi ini KS299 sempena nama tempat tinggal saya iaitu Kubang Siam atau Kota Setar sebagai penghargaan kerana saya berjaya menghasilkan benih padi yang berkualiti,” ujarnya.
Beliau ada bercadang untuk menjual benih itu kepada petani yang berminat kerana ia secara tidak langsung dapat mempelbagaikan benih padi sedia ada.
Ishak berharap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat turun padang melihat hasil yang berjaya dihasilkan dan membantu dalam memasarkannya.
Menurutnya, kunjungan daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Dato’ Mohd Johari Baharum juga diharap untuk melihat apa yang dihasilkan dan memberi inspirasi untuk berjaya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts