Sumber: Utusan Malaysia
SAYA mempunyai ibu mertua yang cantik dan sangat
menjaga penampilan, jadi secara tidak langsung saya terpengaruh dan
tidak mahu dikatakan selekeh jika dibandingkan dengan ibu mertua,"
demikian kata-kata pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira.
Berbicara tentang kecantikan dan kesihatan, Shahira sangat mengagumi kecantikan ibu mertuanya, Datin Maria Arshad, 54.
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon senior ini. Selain terkenal
kerana bakatnya, Maria pantas mencipta populariti melalui kejelitaan
semula jadi yang dimilikinya. Sehingga kini, biar semakin berusia, Maria
atau nama sebenarnya Kamariah Arshad tetap kelihatan muda. Bibirnya
sentiasa mengukir senyuman dan penampilan elegan serta santainya telah
membuat pelakon ini sentiasa kelihatan anggun.
"Saya memang cintakan kecantikan sejak usia remaja lagi. Saya
mengamalkan cara moden iaitu dengan mengambil suplemen. Menantu saya,
Shahira yang memperkenalkan suplemen, Nuvafemme kepada saya. Ia serasi
kerana ia tidak memberi kesan negatif pada tubuh saya. Saya juga
mengamalkan cara tradisional seperti jamu sejak remaja lagi tetapi
rasanya mungkin berbeza," ujarnya yang kini bersara daripada berlakon.
Tambah Maria, dia gembira dengan rutin hariannya kini yang sibuk menguruskan anak dan cucu-cucu.
Aerobik"Hidup saya tidak sunyi kerana setiap hari
saya menguruskan mereka ke sekolah. Antara aktiviti yang saya tidak
lepaskan, bersenam aerobik. Sekurang-kurangnya sejam sehari saya akan
melakukan aerobik. Aktiviti ini bagus untuk membakar lemak badan,"
ujarnya yang mengamalkan pengambilan vitamin C dan banyak minum air
suam.
Mengulas tentang kebaikan Nuvafemme, Maria memberitahu, ia telah
berjaya membantu ramai wanita menemui semula sifat kewanitaan semula
jadi.
"Isu penuaan tidak lagi menjadi suatu kerisauan dan keyakinan sifat
wanita sempurna sememangnya tidak ternilai. Suplemen ini membantu kulit
kekal cantik dengan postur badan menarik kerana ia turut memelihara
kekuatan tulang," ujarnya.
Ditanya petua hubungan baik dan mesranya bersama menantu, Maria memberitahu, sikap hormat-menghormati sangat penting.
"Menantu dan mertua perlu saling menghormati. Syukur, kerana saya
mempunyai besan yang sangat memahami. Jadi, hubungan itu lebih mudah
untuk dibentuk. Bagi saya, orang tua tidak perlu mengawal anak menantu.
Bagi mereka kebebasan untuk membuat keputusan. Insya-Allah, segalanya
lebih mudah," katanya.
No comments:
Post a Comment