Tun Mahathir sekali lagi menyalah dan memperlekehkan pemerintahan orang
kepercayaannya yang mana dia sendiri mewariskan pemerintahan. Ketika Tun
M mewariskan pemerintahan negara pada Pak lah, semua orang tahu negara
dan pemerintahan Umno/BN berada pada tahap paling teruk penuh dengan
taik yang perlu disapu.
Bila Tun Lah dapat tampok pemerintahan negara, nampak macam dia berjaya
memulihkan sokongan rakyat jauh lebih baik berbanding Tun M sebelum itu.
Tun Lah sapu pembangkang liau-liau sampai kerusi PKR tinggal satu,
kesian. Ini membuatkan Tun M dan rasa jelous tapi dia simpan dalam dada.
Pak Lah mula menonjolkan dirinya sebagai utusan terhormat bagi membuat
pembaharuan kepada pemerintahan negara. Dia nampak macam berjaya
pulihkan Umno lalu memperkenalkan Islam Ada Hari di Malaysia dan cuba
meluaskannya ke seluruh dunia. Tapi ternyata gagal dan kena sumpah.
Pak Lah bukannya tak bagus, tapi dia silap sebab cuba memuaskan hati
semua pihak di seluruh tanah air termasuklah anak bini serta menantunya.
Habis kesemua bekas kawan lama, Cina, India, orang susah, orang senang,
peniaga, makan gaji, pembangkang, lelaki wanita, Islam bukan Islam cuba
dipenuhi permintaannya dan akhirnya dia sendiri tenggelam dalam cubaan
sewel untuk memuaskan semua pihak. Akhirnya Pak lah ambil keputusan
untuk tidur dalam setiap mesyuarat yang dihadirinya.
Sikap cuba memuaskan hati semua pihak Pak lah akhirnya membawa kejatuha
bila dia tersepit dengan keputusan kejap ok kejap tak ok. Memang akan
jadi cam tu bila semua orang kita nak dengar.
Itulah yang membezakan Tun Lah dengan Tun M. Tun M hanya mendengar
sekumpulan pihak yang dia suka saja. Tun M dia bisnes minded jadi dia
hanya mahu ambil kira pendapat puak peniaga dan puak kaya raya
sekelilingnya saja.
Puak sekeliling Tun M banyak duit, mereka main peranan untuk tabur bagi
mendapatkan sokongan atas apa saja yang Tun M mahu laksanakan. Maka
bermula disitu politik beli sokongan guna duit bercambah dengan subur
sekali.
Tun M tegas dengan keputusannya dan tak akan layan suara mereka yang dia
tak mahu dengar. Dia sanggup berkas dan sumbat masuk penjara dan
jatuhkan sesiapa saja jika cuba buat kacau. Keputusannya berdasarkan
pihak yang digemarinya akan dilaksanakan sampai jadi biar apa orang lain
nak kata.
Jelas Tun M mengamalkan pemerintahan ala perniagaan. Tun M hanya
memasarkan produknya pada pasaran yang dia kenal pasti demografiknya dan
dia istiqamah membina pasaran tersebut sebesar mungkin. Bagi demografik
yang dia tak berniaga, dia sedikkitpun tak layan. Itu teori perniagaan
yang tepat jika kita mahu membersarkan perniagaan kita.
Jadi siapa betul siapa salah antara Tun M dengan Tun Lah? bagi aku cara
Tun M betul cuma kumpulan yang dipilihnya untuk dilayan saja yang tidak
betul. Jika kupulan pilihannya betul nescaya negara akan menjadi lebih
baik lagi. Tidak ada mana-mana pemerintahpun di dunia ini akan berjaya
memuaskan hati semua pihak, maka pilihlah pihak mana yang mahu kita
puaskan hati mereka dan buatlah yang terbaik.
Najib pun nampaknya macam dah ikut jejak langkah Tun Lah. Dia sedang
cuba melayan semua orang di negara ini dan akhirnya dia juga jadi flip
flop sampai pilihanraya pun jadi tak tentu kalu sampai sekarang. Itu
alamat kejatuhan sesebuah pemerintahan. Apakah Najib akan menjadi PM
terakhir dari BN? aku yakin ya tempoh mereka sudah sampai dan apa saja
yang mereka buta hanya mempercepatkan lagi proses perubahan rejim
pemerintahan negara kita.
No comments:
Post a Comment