KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seramai 45 sukarelawan
yang mengikut Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya Kelab Putera
1Malaysia bakal dibekalkan baju kalis peluru bagi tujuan keselamatan.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, baju kalis peluru
itu akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan
tentera serta dibawa bersama dalam misi tersebut.
Menurutnya, selain baju kalis peluru, pihaknya turut menyediakan
perlindungan insurans ke atas semua sukarelawan termasuk wakil media.
"Kita mengambil berat mengenai keselamatan sukarelawan yang terlibat
dalam misi ini dan menyediakan baju kalis peluru kepada mereka yang
terlibat secara langsung dalam proses penyaluran bantuan.
No comments:
Post a Comment