Tuesday, 7 August 2012

Penoreh Sayu Beraya Tanpa Kaki



Penoreh Sayu Beraya Tanpa Kaki

JITRA : Sayu hati seorang penoreh getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus di sini yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa sebelah kaki apabila terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis yang ditanggungnya selama 15 tahun.
Suaid Mat Kasa, 54, hilang kaki kanan dari paras betis akibat jangkitan kuman dan terpaksa menjalani pembedahan pada 28 Jun lalu.
Menurutnya, dia menitiskan air mata apabila dimaklumkan oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bahawa jangkitan kuman itu semakin merebak dan bagi mengelak ia bertambah serius kaki itu perlu dipotong.
“Saya berasa sedih, namun terpaksa menerima takdir Tuhan. Pada mulanya amat terasa kehilangan kaki kerana sebelum ini mampu bergerak dengan bebas tetapi kali ini pergerakan terbatas.
“Tidak banyak kerja yang boleh saya lakukan termasuk menyara keluarga dengan menoreh getah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam. – Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Posts