Saturday, 8 December 2012

Kaki tertusuk besi konkrit ketika mandi di pantai Port Dickson


"7 Dis 2012 , TELOK KEMANG – Percutian seorang pemuda di Pantai Telok Kemang, di sini bertukar tragedi apabila kakinya tercucuk besi konkrit ketika mandi, dipercayai sisa bahan binaan longkang di sekitar kawasan pantai berkenaan, petang kelmarin.
 

Difahamkan akibat kejadian itu, mangsa, Nur Khamisi Ahmad, 26, yang datang dari Muar, Johor itu, cedera di bahagian tumit kanan dan dibawa ke Unit Rawatan Kecemasan Hospital Port Dickson oleh anggota penyelamat. 
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Port Dickson, Omar Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.28 petang. 
Menurutnya, mangsa ditemui sepasukan anggota JPAM yang ketika itu sedang melakukan rondaan di Pantai Telok Kemang. 
“Bantuan segera dilakukan. Bagaimanapun berlaku sedikit kekangan untuk menyelamat kerana kejadian itu berlaku dalam air dengan kedalaman hampir ke paras pinggang iaitu kira-kira 30 meter daripada kawasan darat,” katanya. 
Omar berkata, selain JPAM, anggota dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang turut bergegas ke lokasi. “Anggota penyelamat turut menyelam bagi mengenal pasti sejauh mana kecederaan yang dialami mangsa dan beberapa usaha dilakukan untuk memotong besi tersebut, namun menemui kegagalan. 
“Akhirnya anggota penyelamat terpaksa menarik kaki mangsa memandangkan mangsa tidak boleh dibiarkan terlalu lama dalam air kerana cedera,” katanya. Beliau berkata, pasukan penyelamat mengambil masa hanya beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 
Katanya, sepanjang tahun ini, ini adalah kejadian kali pertama membabitkan kecederaan terkena besi konkrit berkenaan. “Sebelum ini, JPAM sering menerima aduan kecemasan berikutan kecederaan ringan pengunjung yang terkena mata kail pemancing, kayu, serpihan kaca dan sampah,” katanya. 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kaki-tertusuk-besi-konkrit-1.110537

No comments:

Post a Comment

Popular Posts