Asal-Usul Mee Segera
Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur
dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam
air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya
disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh
dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di
kilang, biasanya dengan menggoreng.
Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Serupa juga, “mi benang ayam” (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.
Momofuku And?
Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.
Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima. Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.
thewall.x90x.net/
No comments:
Post a Comment