Wednesday, 19 December 2012

Adakah Air ZamZam Akan Habis?

Setiap tahun, seramai 2 juta jemaah haji ke makkah. Sekurang-kurangnya seorang ahli jemaah akan meminum 1 liter sehari selama tempoh menunaikan haji iaitu 25 hari. 

Oleh itu, sebanyak 50 juta liter diperlukan untuk menampung jumlah air yang diminum jemaah haji. Setelah tamat menunaikan haji.
 
 


Setiap ahli jemaah akan diberi 5 liter air zam-zam untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing menjadikan 10 juta liter diperlukan untuk dibawa pulang. Maka, jumlah pengeluaran air zam-zaim adalah 60 juta liter dalam masa setahun.


5 L (bawa pulang) x 2 juta orang = 10 juta L
1 L (minum) x 25 (hari) x 2 juta orang = 50 juta L
Oleh itu, 10 juta L + 50 juta L = 60 juta L/tahun 

 SubhanaAllah Telaga Terhebat di Dunia yang Tidak Kering Hingga Hari Ini 

Telaga ZamZam yang asal.
KUANTITI AIR TELAGA ZAM-ZAM
 SubhanaAllah Telaga Terhebat di Dunia yang Tidak Kering Hingga Hari Ini

Satu ujian cubaan telah dilakukan iaitu menguji penimbaan Telaga ZamZam sebanyak 8000 liter/detik lebih kurang 24 jam menunjukkan tingginya air menurun dari 3.23 meter di bawah tanah hingga 12.79 meter.Kemudian air ZamZam kembali naik ke paras 3.9 meter di bawah tanah hanya 11 minit setelah penimbaan di hentikan.


Ada kemungkinan air yang  telah meresap masuk melalui lapisan tanah menuju telaga berasal dari retakan batuan di gunung-gunung sekitar Mekah.Oleh yang demikian air ZamZam tidak akan habis.Namun itu adalah andaian sahaja dan sumbernya yang sebenar tidak diketahui.
 SubhanaAllah Telaga Terhebat di Dunia yang Tidak Kering Hingga Hari Ini
Keratan rentas hidrogeologi Mekah 

Sebenarnya akuifer air zam-zam berada di batu pasir aluvium dan batuan diorit. Batuan diorit bukanlah batu untuk akuifer yg baik melainkan adanya retakan (fracture). Batuan dasar akuifer ini adalah batuan diorit yang banyak retakan-retakan menyebabkan ia menjadi akuifer yang
baik.

 SubhanaAllah Telaga Terhebat di Dunia yang Tidak Kering Hingga Hari Ini

Seperti rajah keratan rentas tersebut, air hujan yang turun di kawasan tinggi meresap masuk ke dalam tanah dan pergerakan air bawah tanah adalah berpusat di Masjidil haram berdasarkan kecerunan kawasan. Apa yang menarik ialah, kawasan arid (kering) yang jarang sekali hujannya boleh membekalkan air bawah tanah yang sangat banyak.

 SubhanaAllah Telaga Terhebat di Dunia yang Tidak Kering Hingga Hari Ini


KUALITI AIR ZAM-ZAM

Kajian telah dilakukan bahawa Air Zamzam tiada warna dan bau, mempunyai rasa yang unik; pH adalah 7.9–8.0 (alkali). Sodium chloride (garam biasa) berlebihan dalam Zamzam – memberikan rasa sedikit payau. Zamzam sangat baik utk kesihatan – menyegarkan dan berikut merupakan kepekatan mineral yang terkandung dalam air zam-zam:
  • Sodium – 250 mg/l
  • Calcium -198 mg/l
  • Magnesium – 43.7 mg/l
  • Chloride – 335 mg/l
  • Sulfur – 370 mg/l
  • Iron – 0.15 mg/l
  • Manganese – 0.15 mg/l
  • Copper – 0.12 mg/l
  • (Analysis of a study conducted in the laboratory of the Department of Water and Waste Water Treatment, the Western Province, Saudi Arabia)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts