JITRA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kubang Pasu akan
melaksanakan proses pemutihan terhadap 6,755 penerima bantuan di sekitar
daerah terbabit dari semasa ke semasa supaya membolehkan bantuan dapat
diberikan sama rata.
Pegawai JKM Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabrri Othman berkata, proses terbabit akan dilakukan memandangkan permohonan yang diterima meningkat setiap tahun dan purata untuk setiap bulan adalah kira-kira 250 permohonan.
Menurutnya, perkara ini membimbangkan pihaknya sekiranya pemohon yang benar-benar memerlukan bantuan tidak memperoleh bantuan yang dipohon dan inisiatif terbabit diambil supaya permasalahan ini tidak akan berlaku.
“Oleh itu, kepada penerima yang ditamatkan bantuannya diharapkan tidak memandang negatif tindakan berkenaan kerana ia akan ditamatkan sekiranya seseorang pemohon itu sudah melepasi garis kemiskinan seperti yang ditetapkan.
“Sebaliknya mereka perlu memahami berhubung tindakan terbabit kerana bantuan yang diterima bukannya bersifat kekal dan keutamaan perlu diberikan kepada pemohon yang lebih layak dalam usaha membantu mereka supaya melepasi garis kemiskinan,” katanya.
Katanya, sesetengah penerima yang ditamatkan bantuan itu tidak memahami dengan tindakan itu sehingga mereka bertindak mempertahankannya walaupun sudah menyedari taraf kehidupan mereka sudah melepasi garis kemiskinan.
“Walaupun masih ada permasalahan itu, JKM turut bertolak ansur dengan menjalankan penilaian semula sama ada penerima terbabit melepasi mahupun tidak garis kemiskinan mengikut syarat dan sekiranya belum bantuan berkenaan akan disambung semula.
“Saya berharap sekiranya penerima sebelum ini sudah ditamatkan bantuan, ia bermakna mereka sudah layak menjalani kehidupan seperti biasa dengan hidup secara berdikari dan perlu menggandakan usaha untuk memastikan kehidupan mereka berada di tahap yang baik,” katanya.
Mohd Shabbri berkata, dianggarkan kira-kira RM1.7 juta setiap bulan peruntukan dibelanjakan untuk penerima bantuan yang sedia ada manakala untuk setahun, sebanyak RM20.1 juta dibelanjakan.
“Oleh itu, saya berharap penerima berfikiran secara terbuka dan perlu berubah sekiranya bantuan mereka ditamatkan kerana ruang serta peluang untuk permohonan yang lebih berkelayakan perlu diberikan keutamaan,” katanya.

No comments:
Post a Comment