"Tanda-tanda
kemenangan semakin hampir. Dalam Al Quran disebutkan tentang kemenangan
Rasulullah SAW membawa risalah dan dakwah Islam, firman Allah Ta'ala
yang bermaksud: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong.
dengan baik, amanah, telus dan berjiwa rakyat.
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepada-Nya. sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat". (Surah An-Nasyr, ayat 1-3)
Kita
berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk Pakatan Rakyat (PKR, PAS,
DAP, PPPS, APS dan rakan) serta didokong majoriti rakyat negara ini.
Insya Allah, dengan rahmat dan izin Allah Pakatan Rakyat akan berada di
Putrajaya memimpin dan mentadbir negara ini ke arah lebih baik.Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepada-Nya. sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat". (Surah An-Nasyr, ayat 1-3)
Kita berikan kepercayaan kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat sama ada mereka yang memimpin di pusat dan di negeri-negeri. Mereka telah membuktikan kebolehan memimpin dan mentadbir negara dan negeri dengan baik, amanah, telus dan berjiwa rakyat.
Kemasukan dan sokongan ramai kalangan mantan YB umno/BN, pegawai tinggi kerajaan ke dalam Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, PKR dan DAP sejak akhir-akhir ini, merupakan petanda kemenangan Pakatan Rakyat menguasai dan mentadbir negara selepas PRU 13.
Ramai para pemimpin Pakatan Rakyat telah mengemukakan bermacam-macam formula dari sudut angka untuk menguasai pentadbiran negara. Iaitu menggunakan formula kekalkan kerusi parlimen yang telah dimenangi PRU 12 tahun 2008 dulu sebanyak 82 kerusi, tambah kerusi kemenangan di Johor (7), Sarawak (7), Sabah (7), Melaka (1) dan tambah beberapa kerusi di Perak (1), Kedah (1), Kelantan (1) Terengganu (3), Pahang (1) dan Wilayah Persekutuan (1). Menjadikan keseluruhan 112 kerusi parlimen untuk menguasai majoriti mudah di parlimen dan mentadbir negara ini.
Paling penting gandakan kerja kuat dan elakkan perebutan kerusi antara rakan pakatan.
Di Sabah YB Datuk Lajim berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat di Sabah mampu menguasai 32-35 kerusi DUN dan menyumbang 15 kerusi parlimen. Namun itu, pakatan pembangkang wajib bersatu dalam erti kata sebenar-benarnya, bersatu menumbangkan parti umno/BN di Sabah, parti-parti utama tempatan seperti SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee, mantan Ketua Menteri Sabah dan STAR pimpinan Dr. Jefry Kitingan Jika umno/BN tumbang di Sabah akan mudahlah Pakatan Rakyat menerajui kerajaan pusat di Putrajaya.
Apabila Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan lebih mudah dan banyaklah kebajikan diagihkan dan keselamatan rakyat dan negara dipertahankan.
Bukti kejayaan pentadbiran dan kebaikan kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (sebelum dirampas).
Kejayaan itu baru 4 tahun mentadbir negeri terlalu banyak kebaikan dan harta rakyat dan negeri dapat diselamatkan. Insya Allah lagi lama lagi banyak harta rakyat dan negeri selamat. Akhirnya keuntungan untuk rakyat juga.
Kelantan sejak dipimpin dan ditadbir oleh PAS dulu 20 tahun lebih keberkatan kepimpinan Tok Guru MB semakin serasi dengan rakyat dan kerajaan.
Tiada lagi hujah yang menghalangi untuk menolak kepimpinan Pakatan Rakyat dari segi kredibiliti dan sifat amanah kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat, Kedah diketuai oleh YAB Ustaz Azizan Razak, Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, Selangor YAB Khalid Ibrahim, Kelantan YAB Tok Guru Nik Aziz, Perak YAB Ir Nizar (dulu sebelum dirampas) dan Terengganu YAB Tok Guru Haji Hadi (tahun 1999-2004 dulu). Semua orang kenal kepimpinan mereka yang terbaik jika dibandingkan dengan MB/KM umno/BN.
Insya Allah watak kepimpinan ini jika memimpin negara malaysia selepas PRU 13 dengan watak-watak seperti DS Anwar Ibrahim, Tok Guru Haji Hadi, YB Lim Kit Siang, YB Karpal Singh, YB Salihuddin, YB Mahfuz, YB Saifuddin, YB Dr Dzulkifly, YB Azmin, YB Tian Chua, YB Azan, YB Fauziah, YB Dr Mariah sekadar menyebut beberapa peribadi pimpinan Pakatan Rakyat yang memiliki kredibiliti dan diyakini.
Selamat tahun baru hijrah 1434 dan tahun baru masihi 2013. Terus berjuang sehingga berjaya ke Putrajaya.
No comments:
Post a Comment