KOTA BHARU: Pasangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat
atau lebih dikenali sebagai Apek, 23, dan Leuniey Natasha Nazri, 21,
akan dinikahkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 28
Disember ini.
Perkara itu disahkan Pejabat Menteri Besar Kelantan selepas mendapat permohonan daripada keluarga Leuniey dan Apek.
Surat bertarikh 10 Disember lalu ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah menyatakan majlis akad nikah akan diadakan di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat jam 10 pagi.
Tiga majlis resepsi akan diadakan dengan majlis persandingan
perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30
Disember.
Resepsi di pihak Apek pula berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Cherang pada 5 Januari depan.
Pasangan itu turut memilih tarikh 13 Januari depan untuk mengadakan majlis resepsi ketiga.
No comments:
Post a Comment