Setelah penderitaan pelawak dan artis veteran tanah air, Datuk Yahya Sulong disiarkan di media cetak dan elektronik termasuk media sosial, Pakatan Rakyat dengan pantas terus menghulurkan bantuan bagi meringankan beban beliau dan isterinya, Datin Alisah Ali.
Menurut ahli parlimen Batu, YB Tian Chua menerusi laman sosial bergambar yang semakin popular, Instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga ini.
Selain YB Tian, ahli parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad turut berjanji akan meminta Kerajaan Selangor membantu menyelesaikan segala permasalahan Yahya sekeluarga.
Tian yang menziarahi Yahya dan isterinya di kediaman mereka di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dalam parlimen Batu semalam memberitahu, Pejabat ahli parlimen Batu akan menyelesaikan tunggakan tersebut sambil Wanita KEADILAN melalui Biro Kebajikan Artis yang diketuai penyanyi tanah air, Dayangku Intan akan meminta kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan membuat tindakan susulan selepas kejadian yang menimpa pelawak veteran yang sedang uzur itu.
Dayangku Intan sempat membalas mesej Tian dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan segera yang disalurkan melalui pejabatnya sebelum notis mengosongkan rumah yang diterima Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Rakyat ingin melontarkan persoalan...Yayasan Artis 1Malaysia (YAT1M) yang dilancarkan Najib Razak tempoh hari ternyata gagal menyelesaikan kesusahan yang dialami Yahya termasuk persoalan ke mana dana RM2 juta yang dijanjikan persiden UMNO itu disalurkan.
Sementara itu, Wanita KEADILAN hari ini dijangka membuat kunjungan ke pejabat Baitulmal di ibu negara bagi mendapatkan penjelasan lanjut pihak mereka mengapa keperitan hidup Yahya dibiarkan begitu lama hingga menyukarkan mereka untuk terus hidup.
Ternyata Yahya boleh bernafas lega sementara Pakatan Rakyat mendapat penyelesaian kekal ke atas masalah yang menimpa mereka sekeluarga.
NAK HARAPKAN PEMIMPIN UMNO MELAYU NAK BANTU SEGERA JANGAN NAK MIMPILAH!!!!!.... CAKAP BERDEGAR-DEGAR DALAM PWTC KONONNYA UMNO PARTI MEMBELA NASIB ORANG MELAYU DAN MEMPERTAHANKAN AQIDAH UMAT ISLAM..POOODAHHH!!!!!
DISINI RAKYAT BOLEH LIHAT, FIKIR DAN NILAI PARTI DAN PEMIPIN MANA YANG YANG MEMBERI BANTUAN KEPADA WARGA MISKIN YANG MEMERLUKAN DALAM KADAR SEGERA.
UMNO TUMBANG ISLAM DAN MELAYU GEMILANG....UMNO KECUNDANG RAKYAT SENANG.
No comments:
Post a Comment