Sunday, 16 December 2012

AES tak ada nie..patutlah eksiden..!!!


SEBUAH jentolak menarik keluar kereta Proton Iswara milik mangsa yang terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Jitra semalam.




JITRA – Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Jalan Sungai Korok di sini semalam.

Mangsa, Mohd. Zulrani Mohd. Nasir, 23, dari Kampung Baru Tok Pauh, Changlun di sini mati dalam perjalanan ke Hospital Jitra dipercayai akibat lemas.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa yang memandu Proton Iswara itu dari Simpang Balai Pos, Ayer Hitam menuju ke bandar ini.

Mangsa yang bekerja sendiri dipercayai memandu laju, gagal mengawal kenderaan di laluan yang tidak rata menyebabkannya terbabas lalu terhumban ke dalam sungai.


Menurut seorang saksi, Baw Ali, 35, ketika melalui jalan itu dia ternampak orang ramai mengerumuni tebing sungai manakala sebuah kereta berada di dalam sungai.

Katanya, dia lantas terjun ke dalam sungai dan cuba memecahkan cermin kereta dengan bantuan beberapa penduduk.

“Ketika itu kenderaan mangsa masih di permukaan air dengan keempat-empat tayar di atas. Saya juga dapat lihat mangsa berada di tempat duduk belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Selepas kami memecahkan cermin kereta, mangsa berjaya dibawa keluar dan kami cuba memberi bantuan kecemasan,” ceritanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts