Sidang
Dun Perak yang terakhir untuk sesi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12
berlangsung selama lima hari (17 Disember hingga 21 Disember 2012).
Sidang tersebut mencetuskan banyak pertelingkahan di antara wakil
rakyat Umno dengan Pakatan Rakyat.
Bahkan kedua-dua pihak, iaitu "Kerajaan Mahkamah" yang diketuai oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Pakatan yang diketuai Ir Nizar Jamaluddin telah membentangkan belanjawanmasing-masing untuk membuktikan siapa yang lebih berwibawa mentadbir Perak.
Penulis sendiri terlibat dalam perbincangan
persiapan belanjawan Pakatan Rakyat Perak yang mampu memberikan banyak
manafaat kepada rakyatk. Belanjawan Pakatan seimbang, manakala
belanjawan Umno kekal defisit.
Mungkin ramai yang bertanya, apakah
belanjawan Pakatan realistik? Pokoknya, ramai orang tidak mengetahui
bahawa Perak adalah negeri yang sangat kaya jika kerajaannya lebih
bijak, cekap dan bebas rasuah. Inilah kegagalan UMNO sejak zaman Ramli
Ngah Talib hingga kini.
Kerajaan Perak melalui GLC miliknya
pernah memiliki ratusan ribu ekar ladang kelapa sawit, kilang simen dan
keuntungan puluhan juta ringgit oleh Lembaga Air Perak (LAP).
Kini sebahagian besar aset rakyat itu tergadai kepada saudagar-saudagar kapitalis yang licik memanafaatkan kecuaian dan kedunguan pemimpin Umno Perak. Antara lain, hanya LAP dan Perbadanan Pertanian (PPNP) sahaja yang masih selamat dan mengisi dana negeri.
Kini sebahagian besar aset rakyat itu tergadai kepada saudagar-saudagar kapitalis yang licik memanafaatkan kecuaian dan kedunguan pemimpin Umno Perak. Antara lain, hanya LAP dan Perbadanan Pertanian (PPNP) sahaja yang masih selamat dan mengisi dana negeri.
Apakah puncanya?
Jawapannya dapat dilihat dalam sidang Dun baru-baru ini. Segala-galanya
ada kaitan dengan amalan assobiyah Umno yang sangat tebal. Sebab lain
adalah pentadbiran mengutamakan kroni dan pembaziran sumber negeri.
Dalam
sidang berkenaan, jelas didedahkan bagaimana kerajaan Dr Zambry
terlibat dengan kronisma melampau. Ada taukeh China yang dianugerahkan
ratusan ekar tanah melalui tiga syarikat berbeda tetapi dimiliki orang
yang sama.
Pembantu khas MB pula dianugerahkan projek besar tanpa
melalui tender terbuka. Seorang ketua bahagian Umno boleh mengisi
pelbagai jawatan politik bergaji besar. Dialah Setpol MB, dia juga
lembaga pengarah GLC. Maka kini di kalangan ahli-ahli Umno timbul
kebencian kepada kumpulan 4A dalam Umno Perak yang banyak membolot apa
sahaja peluang.
Ironinya seorang pemimpin Umno peringkat bahagian
menemui penulis melaporkan betapa MB Perak dikelilingi pengendali 'road
block' yang meminta hingga puluhan ribu ringgit jika mahukan fail mereka
sampai ke meja MB.
Ada pemimpin kanan Umno Perak yang
'mengarahkan' jabatan hutan agar menukar kawasan blok balak yang
dianugerahkan kepada kroni beliau supaya diberi blok yang lebih lebat
kandungan balaknya.
Namun apabila amalan buruk tersebut didedahkan
kepada sidang Dun dan pengetahuan umum, maka jalan selamat mereka
adalah membuat tuduhan liar terhadap pemimpin PAS dan Pakatan Perak.
Umno Perak sanggup memfitnah Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat merasuahkan
pemimpin DAP kerana memberi laluan supaya Nizar dilantik MB Perak
selepas PRU 2008.
Sejarah tercatat dan semua sedia maklum bahawa
pakatan parti-parti pembangkang di Perak telah mengadakan sidang akhbar
seawal jam 5 pagi, 9 Mac 2008 (selepas lima jam keputuan pilihan raya
diumumkan) untuk mengumumkan pembentukan kerajaan Pakatan dengan calon
menteri besar ialah Adun PAS Pasir Panjang, Nizar.
Perbincangan
mencalonkan Nizar berlaku di antara jam 1 pagi hingga 3 pagi di kalangan
PAS dan KeADILan tanpa melibatkan DAP, pada awalnya kerana kedua-dua
parti itu tiada hubungan rasmi dengan DAP.
Awal-awal lagi DAP
menyedari keputusan memilih MB terserah kepada budi bicara Sultan yang
akan memilih seorang Melayu beragama Islam.
Tanpa perlu memberi
dan menerima rasuah, DAP sudah akur mereka tidak mampu membuat apa-apa
mengenai jawatan MB. Maka apa perlunya rasuah? Namun sejarah juga
tercatat bagaimanaIstana Perak telah mempamerkan kebijaksanaan untuk
meminta profil lengkap bakal-bakal calon MB daripada DAP, KeADILan dan
PAS. Akhirnya baginda Sultan memilih Nizar.
Itu hakikat sejarah yang tak boleh dikelirukan. Kenapa isu perlantikan MB timbul selepas lima tahun? Adakah Umno mempertikaikan pilihan Sultan Perak yang mengikut undang-undang tubuh negeri Perak?
Itu hakikat sejarah yang tak boleh dikelirukan. Kenapa isu perlantikan MB timbul selepas lima tahun? Adakah Umno mempertikaikan pilihan Sultan Perak yang mengikut undang-undang tubuh negeri Perak?
Namun dalam sidang Dun
Perak baru-baru ini, pemimpin Umno tetap ingin mengajak rakyat supaya
percaya kepada "hujah bodoh dan tololnya" itu. Urusan pelaburan projek
tanah 10,526 ekar tanah hakmilik Yayasan Islam Kelantan oleh syarikat
Upaya Padu Plantatation pada 3 Mei 2006 dituduh sebagai bukti Tok Guru
Nik Aziz memberi rasuah kepada pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham.
Pilihan
raya pada 8 Mac 2008 sedangkan transaksi pelaburan adalah dua tahun
lebih awal. Ngeh pula membeli sebahagian saham syarikat tersebut pada
bulan April 2012. Membeli saham tidak menyalahi peraturan kerana
beliau bukan lagi angota Exco dan ia dilakukan melalui amalan
perniagaan biasa secara telus.
Ngeh membeli saham syarikat swasta dan bukan mendapat tanah langsung daripada kerajaan Kelantan.
Soalnya,
adakah Tok Guru mempunyai keupayaan ilmu malaikat sehingga boleh
mengetahui lebih awal dua tahun sebelum PRU12 bahawa barisan
pembangkang akan menumpaskan Umno di Perak?
Saya percaya jika Tok
Guru sehebat itu, tentu Tok Guru akan mempastikan yang menang paling
banyak kerusi di Perak adalah PAS dan bukan DAP! Hakikatnya Tok Guru
adalah manusia biasa.
Cuma simpati penulis kepada pemfitnah Tok
Guru di kalangan pemimpin Umno Perak. Sangat besar dosa-dosa anda kerana
seramai mana orang yang percaya fitnah tersebut, sebanyak itulah
gunungan dosa anda. Akhirat menanti anda dan di sana, baik Umno atau
PAS, hanyalah sekadar alat perjuangan, bukannya matlamat.
Akhirnya,
apakah satu kesalahan bagi sesiapa melabur dalam hartanah di Kelantan?
Apakah suatu dosa untuk menjadi kaya? Untuk Ngeh dan rakan-rakan non
Muslim, ingin saya berikan suntikan dakwah Islam. Dalam Islam
segala-galanya baik dan halal asalkan piawaiannya syariah.
Manusia
digalakkan menjadi kaya kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan beberapa
kelebihan orang kaya yang dermawan. Dalam sejarah panjang Islam, ramai
ikon-ikon yang kaya. Siapa Nabi Sulaiman, siapa Saidina Usman dan siapa
Abdul Rahman Auf? Mereka semua orang kaya dan juga pemimpin-pemimpin di
zaman masing-masing. Berdosakah kerana menjadi kaya?
Cuma dalam
Islam, kekayaan adalah anugerah Alah yang perlu dikongsi bersama rakyat
miskin dan untuk membantu perjuangan menegakkan keadilan. Hanya Uumno
yang tidak suka orang lain kaya kerana bagi mereka hanya Umno, MCA, MIC
dan kroni sahaja yang boleh merampas khazanah negara ini
Tinggalkanlah Umno dan mari bersama kebenaran Islam kerana rahmat Islam itu untuk semua.
------
Dr Khairuddin ialah Setiausaha Pakatan Rakyat Perak
Dr Khairuddin ialah Setiausaha Pakatan Rakyat Perak
No comments:
Post a Comment