Tuesday 11 December 2012

AES: Kedah masih tunggu respons JPJ


Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi 

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah masih menunggu maklum balas dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memberikan taklimat berkenaan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Auto-matik (AES) di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumbar Air dan Tenaga, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sehingga kini, Kerajaan Negeri masih dengan pendiriannya untuk menangguhkan perlaksanaan AES di negeri ini sehingga mendapat maklumat yang jelas berkenan tindakan penguatkuasaan tersebut.


Katanya, Kerajaan Negeri akan membuat perbincangan bersama JPJ terlebih dahulu sebelum membenarkan pelaksanaan AES berkuatkuasa di Negeri Kedah.
“Kita minta mereka beri taklimat kepada Kerajaan Negeri dulu sebelum apa-apa tindakan berkaitan AES dibuat.
“Lagi pun, siapa yang akan pasang kamera tersebut? Yang pasang itu sudah pasti sebuah syarikat swasta. Jadi syarikat itu mesti membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri dulu sebelum buat apa-apa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Phahrolrazi berkata, JPJ akan diberikan peluang untuk menyampaikan taklimat berkenaan AES kepada Kerajaan Negeri melalui mesyuarat Kerajaan Negeri.


“Kita buka ruang kepada mereka untuk sampaikan taklimat secara rasmi dan sediakan beberapa slot supaya mereka boleh beri penjelasan.


“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri sehingga hari ini menegaskan masih menangguhkan pelaksanaan AES di negeri ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts