KUALA LUMPUR: Teras
Pengupayaan Melayu (Teras) tidak dapat menerima bahawa survival Melayu
hanya bergantung kepada politik kuasa semata-mata terutama dakwaan
bahawa hanya Umno sahaja yang membela Melayu.
“Sesungguhnya pemikiran ini adalah pemikiran yang sangat dangkal, ketinggalan dan sangat sempit berbaur asobiyyah yang tidak membantu membina bangsa Melayu yang berfikiran matang dan dewasa dalam menghadapi realiti semasa,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, jauh sekali jika dikaitkan dengan prinsip perjuangan Islam, membela nasib sesuatu kaum itu hanya akan diterima berasaskan prinsip keadilan dan kebenaran yang dituntut oleh Islam.
Justeru, tegasnya Teras berpendirian bahawa dengan mengapi-apikan sikap fanatik bangsa yang bercanggah dengan Islam akan berakhir dengan kesatuan yang sangat rapuh dan lemah sebaliknya ia boleh mencetuskan ketegangan dan saling mencurigai antara kaum yang tidak menguntungkan dan berbahaya.
Beliau menambah, jika hanya perpaduan Melayu semata-mata menjadi paksi bagaimana pula perpaduan dengan kaum lain yang beragama Islam.
“Umumnya kaum lain yang beragama Islam terutama kaum Tionghua merasa bahawa menganut Islam tidak sama dengan menjadi Melayu kerana bangsa Melayu sendiri banyak yang tidak menunjukkan contoh sebagai Muslim yang baik,” ujarnya.
Tambahnya, persoalan Melayu didefinisikan mengikut Perlembagaan yang menetapkan bahawa Melayu adalah beragama Islam harus dilihat sebagai pernyataan untuk menyatukan pelbagai rumpun Melayu.
Namun, ujarnya bangsa lain tetap dengan bangsanya walaupun beragama Islam.
Lantaran itu, kata beliau asas perpaduan yang hanya merujuk kepada bangsa tidak akan mengukuhkan bangsa Melayu .
“Hanya berasaskan Islam sahajalah perpaduan dan kuasa politik akan membawa makna untuk mengukuhkan sesuatu bangsa,” ujarnya lagi.

No comments:
Post a Comment