Tuesday, 25 December 2012

Melangit!! Ummi Hafilda Puji Bakal Laki


"Ummi_ZamanBukan main seronok lagi Ummi Hafilda yang akan mendapat laki [SINI], muda pula… Mereka akan menikah lagi dua minggu dan yang pastinya Azmin Ali, abangnya tak akan dijemput malah tetap dikutuknya, tak ada guna!! Agak-agaknya siapa walinya nanti!! dan juga cerita bengap pencacai tentang wali. [SINI]

“Saya faham bahawa dia adalah abang saya tetapi apakah gunanya menjemput Azmin Ali kerana dia tidak peduli untuk melawat ibu saya Che Tom (Che Tom Yahaya) selama lebih setahun.

“Baru-baru ini, kami mempunyai majlis perkahwinan sepupu lain tetapi dia tidak juga hadir untuk pertemuan keluarga itu. Saya faham jika dia tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya,” katanya kepada mStar Online.

Selepas itu melangit tinggi dia puji bakal laki. Yelah, masa bercinta air kosong terasa macam sirap, batu jalan terasa macam sedap, arang nampak warna-warna enak, garam terasa manis pulak dan bunga tahi ayam pun berbau semerbak. Itulah adab bercinta.

Saya membawanya bertemu dengan ibu saya dan dia melayan ibu dengan penuh hormat. Dia menjaga ibu seolah-olah Che Tom adalah ibunya sendiri. Satu ketika, dia menerima restu daripada ibu saya, saya tahu bahawa dia adalah lelaki yang tepat. Itu adalah bagaimana dia memenangi hati saya,” katanya.

Mudah-mudah begitulah, enaknya biar sampai ke akhir hayat…

Dia rahsiakan lokasi majlis perkahwinannya kerana takut di’bom’ musuhnya. Sedikit angkuh, kerja nak burukkan orang. Nak kahwin, kahwinlah, insyaallah tak ada siapa yang nak mengacau!!

“Kita tidak mahu sesetengah pihak yang tidak diingini menjejaskan hari istimewa saya,” katanya yang akan berbulan madu di Eropah. Tajaan UMno ke, kerana pengabadiannya di pentas-pentas UMno sebelum ini?
"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts