Monday, 17 December 2012

Warna celoreng pada aset tempur ATM


camouflage ATM
CELORENG - melihat pada foto ini, aplikasi warna celoreng, tidak 'blend' dengan alam sekitar - photo kredit (n.s shah majalah Perajurit)
camouflage ATM


camouflage ATM
CELORENG - melihat pada foto ini, semakin jelas 'blending' tidak berlaku - photo kredit  (n.s shah majalah Perajurit )

Semua kenderaan ATM terutamanya khusus bagi kelengkapan milik TD, boleh dikatakan sepenuhnya di warna dengan warna celoreng, berbanding era 70an dahulu kesemuanya di cat dengan satu warna iaitu hijau gelap,

Namun kini warna celoreng diaplikasikan sepenuhnya pada kenderaan tempur TD, penulis pada awalnya menganggap ianya bagus dan kurang membuat penelitian samada konsep gabungan warna tersebut, benar-benar dapat mengadun dengan alam sekitar kita.

Sehinggalah penulis melihat 2 foto daripada majalah Perajurit, ternyata 'blending' memang ada tetapi terganggu oleh satu warna yang menjadikannya mungkin tidak jelas pada thermal tetapi jelas kelihatan pada mata kasar. Gangguan warna 'cream' ini jelas sekali menjejaskan konsep 'blending' pada alam semulajadi negara kita.

Sememangnya ada yang mengatakan ianya perkara remeh yang tak perlu di titikberatkan, kerana kesemua aset tempur tersebut bakal di tutup dengan 'camo net'  ketika dalam suasana peperangan sebenar, sememangnya camo net military grade antara yang terbaik dalam memberikan pelindungan penyamaran.

Mungkin ada juga yang mengatakan aset aset ini akan berlindung di bawah pepohon hijau, memang berselindung disebalik pokok pokok kelapa sawit boleh mengaburi pandangan, namun dalam kontek peperangan sebenar adakah kita akan sentiasa bernasib baik untuk bergerak disebalik pokok.

Jika dilihat dari gambar kedua diatas, jelas kelihatan konsep blending tersebut masih gagal untuk mengaburi pandangan mata kasar di tempat yang agak terbuka, apa yang pasti warna 'cream' tersebut yang menjadikannya jelas kelihatan.
camouflage ATM

CELORENG - warna 'cream' digantikan warna hijau, lebih memberi impak penyamaran pada suasana alam  - photo asal kredit (n.s shah perajurit), imej ini telah penulis tambahkan beberapa objek APC, untuk menunjukkan perbezaan.

Cuba anda lihat imej diatas di hadapan komputer anda, kemudian bangun lihat dari jauh, yang jelas kelihatan ialah 3 buah APC yang mempunyai gabungan warna 'cream', manakala yang telah diubah warna kepada hijau, ternyata dapat mengadun dengan alam persekitarannya dengan baik. 

Pada gambar diatas, jika dilihat pada imej yang telah penulis edit secara kasar, warna celoreng pada APC Adnan, walaupun dalam kedudukan pada ruang terbuka gabungan warna hijau tersebut mampu memberikan impak penyamaran dengan lebih baik, jika dibandingkan pada APC yang mempunyai warna 'cream'.

Kesimpulan.

Penulis berpendapat warna cream tersebut hanya menjadikan aset tempur TD sebagai 'a unique marking' pada mata kasar musuh, wajar satu kajian semula dilakukan dan warna tersebut perlu digantikan dengan warna hijau, seperti contoh diatas, sekiranya warna sebegini dapat diaplikasikan, ianya pasti dapat memberi impak penyamaran yang lebih baik pada aset tempur TD khususnya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts