"Di tengah-tengah isu kenaikan harga barang dalam negara dan kebangkitan rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul isu Tabung Memali yang kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks, membangkitkan isu lapuk yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu.
Tetapi biasalah BN, Utusan Malaysia dan RTM di saat ketandusan isu, mereka jadi lalat dan langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan kalangan rakyat yang kurang cerdik agar mempercayai propaganda mereka. Maka terus kekallah sokongan terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang dinyalakan saban waktu.
Halal
atau haram membuat fitnah bukan persoalan mereka kerana tiada
perhitungan kematian, alam barzakh, akhirat, syurga atau neraka. Yang
penting bagi mereka ialah berusaha mengekalkan kuasa BN melalui apa cara
sekalipun kira-kira sampai turunnya Dajal.
Media-media
talibarut BN ghairah membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar
bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah
sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus selepasnya telah pergi
untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela diri untuk
menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Antaranya
Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu
Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai
lagi. Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke medan maya.
Puteri
Umno yang sebahagian besar ahlinya belum melihat dunia sewaktu
berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah isu tabung Memali
dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak tahu bahawa
peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi ‘pembela’ kepada
balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda
hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali.
Maka
ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai tabung Memali dibuat,
elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali itu diperjelaskan
terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini.
Peristiwa
Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan
bernama Mali, Mukim Siong, Baling. Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat
oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan nama it
uterus popular hingga ke hari ini.
Peristiwa
itu berlaku bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementeria
Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap
menggugat keselamatan (menggugat ‘keselamatan’ politik BN?). Ustaz
Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu
mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja.
Musa
Hitam telah menghantar satu ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan
dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz Ibrahim. Berlakulah apa yang
disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai “massacre” atau pembunuhan
beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Memali. 14 orang
kampung mati diserang, manakala empat anggota polis terbunuh.
Musa
Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno,
manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis PAS maka apa yang
dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk menyekat
kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap
Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja
memilih tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah.
Tindakan
yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian
Teoh Beng Hock, tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai
kekuatan maka mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya
oleh kerajaan Malaysia dan jentera propaganda mereka.
Lagi sambungan di:-
Lagi sambungan di:-
http://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/12/bongkar-fitnah-umno-isu-penyelewengan.html
No comments:
Post a Comment